Kawan-kawan setia

Selasa, 24 November 2009

Cuti Sekolah, perayaan dan banjir

Mulai minggu depan cuti sekolah akan bermula, maka kesempatan ini akan diambil oleh ibu-bapa untuk membawa keluarga bercuti, balik kampong, membeli-belah dan sebagainya. Di tambah lagi 27 Julai Hari Raya AidilAdha akan disambut oleh umat Islam, maa bertambah lagi aktiviti perjalanan. Sehubungan itu kepada yang bakal berbuat begitu dinasihtkan dapatkan maklumat dari pihak-pihak tertentu dan dapatkan laporan terkini berkenaan hujan dan kemungkinan banjir. Menurut berita dari media beberapa tempat di Kelantan, Terngganu, Pahang dan Kedah sedang mengalami hujan lebat dan banjir. Jadi elakkan dari membuat perjalanan ke tempat yang sudah dipastikan mengalami banjir jika khuatir akan terperangkap di situ. Bagi sahabat yang akan membuat perjalanan ke Kelantan saya lampirkan di sini website yang boleh di layari untuk maklumat banjir (http://ebanjir.kelantan.gov.my/)

Ahad, 22 November 2009

Kerja kontrak merugikan rakyat

Diman-mana pun sekarang ini para lulusan universiti dan kolej memperolehi pekerjaan tetapi berstatus kontrak samaada dengan sektor kerajaan atau swasta. Kerja Kontrak dalam jangkamasa yang pendek tidak membebankan, tetapi kalau sudah samapai 3 tahun kontrak bahkan ada yang bekerja disyarikat swasta masih berstatus kontrak walaupun sudah lima tahun. Ianya amat merugikan anak-anak kita kerana status kontrak tidnjaikan jaminan kewangn tetap buat menyara anak isteri dan membeli keperluan yang bernilai tinggi. Tindakan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menggesa kerajaan supaya menyerapkan lebih 60 ribu pekerja yang berstatus kontrak di negara ini secara tetap dalam jabatan kerajaan seperti mana yang disarankan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) sangat dialu-alukan. Menurut Ketua Penerangan,Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz,lebih 60 ribu pekerja kontrak ini sedang mengisi perjawatan kosong sedia ada yang sepatutnya diisi dengan kakitangan tetap. "DPPWP melihat bahawa ini adalah kerugian kerana kerajaan masih mengajikan kakitangan kontrak yang sepatutnya diserap masuk sebagai kakitangan tetap bagi memenuhi kekosongan perjawatan yang sedia ada."Isu pekerja kontrak yang berkhidmat di jabatan kerajaan adalah isu besar yang perlu ditangani segera. Ini kerana seramai 60,000 pekerja ini mengalami nasib yang tidak menentu kerana status mereka yang tidak tetap,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.Tambahnya,bagi kakitangan tetap pihak Kerajaan memberikan masa maksimum selama 5 tahun untuk mengesahkan jawatan mereka sedangkan bagi kakitangan kontrak peringkat pengurusan dan profesional gred 52 ke bawah serta kumpulan sokongan kontrak maksimum mereka adalah 5 tahun."Jika pegawai kontrak ini berkebolehan sekalipun, kontrak mereka tetap akan ditamatkan selepas 5 tahun dan ini adalah satu kerugian besar bagi sumber tenaga utama Kerajaan."Kerajaan boleh menyerapkan pekerja-pekerja kontrak ini ke dalam jabatan kerajaan secara berperingkat-peringkat setiap tahun dengan melihat kepada prestasi kerja mereka,"katanya.Katanya, DPPWP mencadangkan status pekerja kontrak diberikan maksimum 3 hingga 5 tahun untuk diserapkan sebagai pekerja tetap sekaligus memberikan mereka peluang untuk mendapat hak dan kelayakan sama seperti pekerja tetap lainnya seperti kenaikan gaji, elaun, pesaraan dan bonus tambahan serta kemudahan lainnya."DPPWP juga mencadangkan sekiranya khidmat pekerja kontrak ini ditamatkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, pekerja ini diberikan imbuhan yang selayaknya seperti Skim Pemisahan Sukarela (VSS) atau lain-lain imbuhan mengikut tempoh mereka bekerja. "Dengan cara ini, pekerja ini akan mendapat motivasi yang positif untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh serta kehidupan mereka akan lebih terjamin."Prestasi kerja akan bertambah dan ia mampu meningkatkan produktiviti negara. "Nasib pekerja kontrak ini akan lebih terbela sekiranya kerajaan benar-benar melihat dan melaksanakan slogan “rakyat didahulukan, prestasi diutamakan”."Kerana setiap warga kakitangan kerajaan juga rakyat Malaysia dan mereka juga patut diutamakan sebagaimana slogan Perdana Menteri itu,"tegasnya

Sabtu, 21 November 2009

PLUS - Banyak kerak daripada nasi

PLUS Expressways Bhd merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak 7.3 peratus atau RM1.187 bilion dalam tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2009 berbanding RM1.106 bilion pada tempoh yang sama sebelumnya. Kumpulan itu berkata peningkatan itu sebahagian besarnya disumbangkan oleh perolehan dan pelunasan yang lebih tinggi ke atas aset-aset konsesi, pendapatan kewangan yang rendah dan kos kewangan yang lebih tinggi susulan terbitan sekuriti Islam tambahan dengan jumlah terbitan paling tinggi sepanjang tempoh itu.
Perolehannya juga melonjak 6.94 peratus kepada RM2.325 bilion berbanding RM2.174 bilion sebelumnya. Ia sebahagian besarnya dipacu oleh pertumbuhan trafik yang kukuh sebanyak 7.8 peratus di PLUS, 6.4 peratus di Elite, 9.2 peratus di Linkedua dan 2.8 peratus di Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim, berikutan perjalanan tempatan yang meningkat terutama semasa musim Hari Raya yang lepas. "Walaupun ekononi lembab dalam beberapa suku, pertumbuhan trafik ayng kukuh sehingga September tahun ini, terutama PLUS, melebihi jangkaan kami," kata Pengarah Urusannya, Noorizah Abd Hamid hari ini.
"Berdasarkan sejarah, jumlah trafik akan lebih tinggi pada suku akhir tahun, berikutan cuti persekolahan yang panjang dan cuti perayaan. Oleh itu, kumpulan menjangkakan prestasi kewangan yang lebih baik untuk tahun ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Kumpulan itu juga merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak 23.7 peratus sebanyak RM421.939 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September, 2009 berbanding RM341.075 juta dalam suku sebelumnya. Perolehan meningkat 13.67 peratus kepada RM815.177 juta berbanding RM717.153 juta sebelumnya. Jumlah pinjaman PLUS ialah sebanyak RM10.9 bilion pada 30 Sept, 2009

Khamis, 19 November 2009

MCA hampir punah-ranah, giliran Pakatan Rakyat pulak memimpin

Rasa janggal pulak bila membaca berita TP UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan kemungkinan Umno mengambil alih peranan MCA membantu masyarakat Cina. Rasanya macam mencabar maruah kaum Cina. Mungkin Tan Sri lupa selain MCA ada satu lagi group yang lebih cemerlang meminpin bukan saja kaum Cina tetapi semua kaum di Malaysia. Walaupun Tan Sri Muhyiddin mengatakan Umno tidak mahu campur tangan dalam kegawatan dalaman MCA kerana dikhuatiri memberi kesan negatif terhadap BN pada pilihan raya akan datang, namun tindakan membuat cadangan mengambil alih kepimpinan MCA oleh UMNO sudahpun menjadikan MCA semakin haru-biru dan tentu sekali melibatkan BN. "Saya berniat baik dan bukan mahu campur tangan. Tetapi saya bimbang dengan masalah dalam MCA, parti yang senior dalam BN. Sokongan masyarakat Cina sangat penting dan kritikal untuk mengukuhkan BN". Beliau diminta mengulas kemelut dalam MCA berikutan penyingkiran Ketua Pemuda, Datuk Wee Kah Siong dan Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun daripada Majlis Presiden parti itu semalam.

Rabu, 18 November 2009

Anuar Shaari, cerita basi yang dikitar semula


Nama bekas setiausaha Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anuar Shaari tiba-tiba dikenali seluruh Malaysia gara-gara membuat laporan polis berhubung pemilikan saham oleh naib Presiden PKR Azmin Ali dan isterinya yang mencecah RM2 juta. Anuar juga dilaporkan turut menyerahkan salinan dokumen asal berhubung perkara itu kepada polis membuat laporan pada pukul 11.45 pagi di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Bukit Aman, di sini.
Anuar, yang pernah bertugas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua tahun bermula 1996, telah diiringi beberapa anggota Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas). Beliau mendakwa mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dokumen itu bertarikh 1992-1994 semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dan ketika itu juga Azmin Ali menjadi setiausaha Anwar. Laporan polis itu dibuat ekoran timbulnya keinsafan beliau sebagai seorang warganegara bertanggungjawab tanpa didesak oleh mana-mana pihak dan berharap pihak berkenaan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menuduhnya berniat jahat.
Rakyat Malaysia juga digegarkan sebelum ini dengan aporan Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia S.A. Vickneswaran yang mendakwa memiliki dokumen-dokumen berkaitan urusan pembelian saham melibatkan Azmin dan isterinya, Shamsidar termasuk iparnya, Jamal Tahrin yang mencecah RM8.5 juta pada awal 1990-an. Anuar yang pada 2004 pernah menjadi Ketua Bahagian PKR Permatang Pauh juga pernah bertugas sebagai Setiausaha kepada Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum mengumumkan keluar parti PKR pada bulan Mei 2007.
Entah mengapa bila melihat perbuatan bekas ahli (parti) seperti ini, teringat satu movie 80an lakonan Mr Os bertajuk Mr Os juga. Cerita ini berkisar tentang komplot jahat yang meletakkan seorang yang bermasaalah di dalam kru Mr OS. Mr OS dan kumpulan penjahat itu bertaruh jika Mr Os boleh menghabiskan wang sebanyak RM500 ribu dalam masa 20hari dia akan mendapat ganjaran beratus juta ringgit. Tugas si tamak yang bermasaalah ini ialah mengintip setiap perbelanjaan Mr OS dan usahakan supaya Mr Os membeli harta. Dalam satu usahanya ialah meletakkan deposit dalam penyewaan rumah mewah yang diduduki Mr Os. Maksudnya bila habis tempoh taruhan deposit ini akan diserahkan kembali kepada Mr Os bagi menunjukkan Mr Os masih lagi belum dapat menghabiskan wang RM500 ribu. Inilah taktik kotor musuh dimana mereka yang meletakkan sesorang yang bermasaalah dalam sesuatu parti supaya mengintip dan mencarai bahan bukti yang boleh menjerat kepimpinan parti dan akhirnya memporakkan perandakan parti. Mereka ini ada dalam PKR atau pun PAS dan susah nak cam mereka ini sebelum keadaan mendesak yang membuatkan mereka keluar dari persembunyian dan mendakwa itu dan ini.

Isnin, 16 November 2009

Mereka tak takut bahana memfitnah


Mereka ini tak takut balasan akhirat, merasakan memfitnah begitu sedap macam makan goreng pisang. Mengatakan Tok Guru menerima rasuah adalah satu tuduhan yang berat. Apa itu rasuah?, rasuah ialah memberi sesuatu dengan harapan mendapat sesuatu yang lebih besar. Apa yang diminta oleh penaja TGNA dari tajaan menunaikan haji tersebut?. Minta tanah?, TGNA tiada kuasa memberi tanah. Lalu minta projek?, projek kerajaan Kelantan adalah melalui tender terbuka. Mengapa dinafikan keikhlasan seseorang yang ingin berbakti kepada seseorang yang disayanginya dengan menuduh memberi rasuah. Kalau begitu banyak sangat kes rasuah kerana kes tajaan ni berlambak-lambak. Perbuatan Ketua Pemuda UMNO Kelantan ini si Anuar Safian (tiga dari kiri) dan ahli-ahli pemuda Umno membuat demonstrasi, berkumpul dengan membawa slogan fitnah adalah dikesali. Kalau rasa ada berlaku perbuatan rasuah cukuplah dengan melaporkan kepada SPRM Negeri berkenaan sogokan kepada Menteri Besar Kelantan dan CEO PMBK Ir.Abd Arif Fahmi Ab Rahman itu dan biarkan SPRM menyiasat kebenarannya. Berdemonstrasi, hantar memo sahaja dan menuduh TGNA seperti yang dilkukan oleh KP UMNO Kelantan ini menunjukkan sebenarnya dia pun tak yakin apa yang dia lakukakan betul ke salah. TGNA sudah memberi lampu hijau SPRM menyiasat jadi jangan membuat keputusan sendiri, lagipun SPRM akan bertindak segera bila puak-puak UMNO buat laporan. Tapi kalau setakat hantar MEMO dan demonstrasi minta TGNA turun jawatan MB apa yang SPRM dapat buat.

Industri Filem tempatan tenat?

Nampaknya industri filem tempatan akan menerima nasib seperti Jalan Ampas, bilamana bermacam-macam kepincangan ditimbulkan oleh beberapa pihak terutama FINAS sendiri melalui ketua pengarahnya Mohd Mahyidin Mustakim. FINAS mendedahkan kepincangan filem tempatan dengan isu KRU Studios yang masih berhutang dengan perbadanan itu. Kini ada lagi isu baru iaitu terdapat tiga buah filem yang gagal disiapkan oleh beberapa produksi sedang diambil alih oleh perbadanan itu. Sementara sebuah lagi filem yang telah lama siap tetapi belum ditayangkan sehingga kini. Lima buah filem yang sudah siap ditayangkan pun masih belum melangsaikan hutangnya. KP FiNAS itu juga memaklumkan, daripada RM50 juta yang diberikan oleh kerajaan untuk membantu dana industri penerbitan filem, Finas telah menggunakan RM46 juta untuk 45 projek filem sejak 2005. Sebanyak 18 projek filem sudah siap dan ditayangkan dengan memungut RM27.2 juta manakala jumlah yang dibayar semula oleh peminjam adalah sebanyak RM10.35 juta. Bagi pencinta industri filem tempatan mereka merasakan gerhana pengeluaran filem ini sebagai satu musibah kepada negara. Apa jadi bila sudah tiada filem lagi dikeluarkan di Malaysia yang membawa identiti dan semangat Malaysia kepada rakyat Malaysia, bahkan berkemungkinan Malaysia akan dihujani filem Hongkong, Korea, Taiwan, Bolywood dan Holywood. Bila ini terjadi kerosakan generasi Y pasti bertambah parah. Tetapi bagi kumpulan dari Pakatan Rakyat terutama PAS yang telah lama berkempen supaya menjauhi hiburan dan menjadi penghibur atas alasan "lagho" bersorak riang bila industri filem dan muzik ini lingkup. Tiada lagi gatal mata dengan karenah artis-artis ini. Umum tahu setiap ceramah atau kuliah diadakan dimesjid surau para ustaz tidak lepas dari mengeji para artis yang dilebelkan sesat, munafik, jahil dan fasiq. Bolehkah masyarakat dinafikan menerima hiburan-hiburan ini?, contohnya bila kerajaan PR memerintah, disekat segala bentuk hiburan barat, Bollywood dan Hongkong dari memasuki Malaysia. Hiburan keluaran tempatan pun sudah dibungkus, diikat rapi dan rakyat hanya diajak menonton TV ala ASTRO OASIS dan TV9. Sebenarnya kerajaan PR ingin dilihat oleh rakyat sebagai kerajaan yang berjiwa besar. Kerajaan PR sepatutnya tidak memandang sebelah mata sahaja industri hiburan tanahair seperti filem, muzik, konsert dan sebagainya, tetapi dididik, diadun dan dicanai secara lebih Islamik bukan menutup terus secara membuta-tuli.

Sabtu, 14 November 2009

Kepada peminat kedai mamak di bangi, sila berhati-hati

BANGI: Mengaku kononnya adalah penganut agama Islam tulen namun rata-rata pekerja sebuah restoran ‘mamak’ muslim yang disoal siasat pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) langsung tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah atau membaca surah al-Fatihah sekali gus membongkar rahsia identiti mereka yang sebenar.Lebih mengejutkan pemilik restoran berkenaan sengaja menggantung deretan gambar ayat suci al-Quran, kalimah Allah dan Nabi Muhammad di dalam premis untuk memperdaya pelanggan yang menyangka ia restoran halal.Taktik itu dibongkar Jakim selepas penyamaran dilakukan kakitangannya di restoran berkenaan sejak sekian lama sebelum melakukan serbuan semalam.Kewujudan restoran `halal’ palsu itu dibongkar selepas sepasukan lima pegawai Jakim dibantu enam pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya menjalankan serbuan mengejut di restoran berkenaan di Jalan Bangi di sini, semalam.
Pemeriksaan diketuai Penolong Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim, Mohd Amri Abdullah, dilakukan selepas mendapat aduan berhubung kesangsian orang ramai terhadap sijil halal milik restoran berkenaan.
Sumber Jakim berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, pegawai Jakim yang menjalankan pemeriksaan menyoal siasat lapan pekerja warga asing restoran berkenaan yang ketika itu sedang melayan berpuluh pelanggan Islam.Menurutnya, kebanyakan pekerja dari India itu pada mulanya mengaku beragama Islam, namun gagal membaca surah al-Fatihah atau mengucap dua kalimah syahadah.“Mereka tiba-tiba menjadi gagap dan hanya menggeleng kepala sekali gus membuktikan mereka bukan beragama Islam seperti didakwa.Menurutnya, pemilik restoran sengaja menggantung kalimah ayat suci Al-Quran, Allah dan Nabi Muhammad di dinding premis termasuk ayat seribu dinar untuk mengaburi pemilik sebenar restoran berkenaan.“Semua ayat al-Quran itu sengaja digantung di atas kaunter pembayaran selain sijil halal palsu yang turut diguna pakai bagi meyakinkan pelanggan seolah-olah restoran terbabit milik orang Islam.“Siasatan susulan terhadap sijil pendaftar syarikat (ROC) bagaimanapun mendapat bukti paling jelas apabila nama pemilik yang tertera pada dokumen bukan Islam,” katanya.Menurutnya, penyelia berusia 30-an yang juga bukan Islam cuba berdolak-dalik dan memberi pelbagai alasan tidak munasabah berhubung bukti diperoleh itu sambil memberitahu restoran terbabit milik orang Islam.“Agak mengejutkan apabila seorang lelaki berusia 40-an yang tidak dikenali tiba-tiba muncul sebelum memperkenalkan diri sebagai rakan kongsi pemilik restoran berkenaan.“Lelaki itu mendakwa menguruskan restoran terbabit walaupun namanya tidak tertera pada ROC. Dia mendakwa restoran itu diuruskan olehnya. Bagaimanapun pegawai Jakim percaya lelaki berkenaan hanyalah `wayang’ yang diupah sekiranya berlaku apa-apa masalah,” katanya

HMetro

Memalukan - Non Muslim dalam PR lebih perihatin dari Muslim dalam BN

Bernama melaporkan persidangan Dewan Rakyat semalam kecoh apabila seorang Ahli Parlimen PR mempertikaikan tanah yang diwartakan untuk pembinaan masjid telah dijual dan kini dibangunkan sebagai bangunan komersial. MP PR tersebut Wee Choo Keong-Wangsa Maju, membangkitkan perkara itu, mendesak Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik dari BN menjelaskan mengenai sebidang tanah di Sri Hartamas di sini yang dikhaskan untuk pembinaan masjid telah dibangunkan dengan projek pangsapuri dan kompleks beli-belah. MP Wee berkat "Kami sokong (pembinaan masjid) tetapi yang kami tidak boleh terima ialah bagaimana tanah yang khas untuk masjid boleh tukar untuk dibangunkan pangsapuri dan kompleks beli-belah. Saya difahamkan tanah ini telah dijual kepada syarikat swasta dengan harga RM30 juta". MP Wee diberitakan tidak puas hati dengan jawapan itu, lalu bangkit meminta Raja Nong Chik menyatakan lokasi baru masjid yang dimaksudkan itu tetapi gagal dijawab oleh Raja Nong Chik yang hanya menjawab ringkas dan mengatakan bahawa perkara yang membabitkan agama patut dijawab olah Menteri agama Jamil Khir Baharom. Begitulah cara BN, bila terhimpit samapai kedinding, tak dapat jawab, tiada maklumat, dia akan mencari orang lain sebagai kambing hitam.

Jumaat, 13 November 2009

Now you see it, now you don't

Cuba perhatikan lambang tu dalam akhbar TheStar Lihat pula dalam Harian Metro Lihat juga dalam Berita Harian DAN....ini dia dalam Utusan malaysia...magik-magik, kantoi Utusan..









Isnin, 9 November 2009

Penyokong bola dan penyokong parti

Semasa menonton Kelantan lawan NS, perlawanan akhir Piala Malaysia, secara sinis datang gangguan membisikkan ke telinga tentang karenah penyokong. Penyokong sepatutnya menyokong sehingga kasaat akhir perjuangan. Apa yang dapat di lihat dalam perlawanan akhir hari itu ada penyokong (yang ketara sangat penyokong Kelantan) bertindak liar membaling batu, botol air, mercun dan barangan lain hingga mengenai penonton lain, bahkan jurukamera RTM terpaksa dihantar ke kelinik kerana luka di kepala terkena batu. Kerja liar ini tidak sepatutnya dilakukan oleh manusia yang waras dan beriman. Adalah mendukacitakan bila penyokong mengecam wakil mereka sendiri bila perlawanan kalah, memaki hamun bahkan mengejek. Penyokong sepatutnya terus memberi rangsangan dan jeritan motivasi supaya wakil mereka terus bersemangat berlawan hingga ke wisel terakhir. Jika masih kalah juga bukanlah maki hamun terhadap pemain yang mewakili mereka tetapi kata-kata semangat supaya akan terus mencuba dan memperbaiki kelemahan di dalam perlawanan akan datang. Mereka yang sampai ke garisan akhir adalah mereka yang hebat, cuma adat permainan mesti ada yang kalah. Kalah bukan sebab tidak baik tetapi masih belum berpeluang.
Berbalik ke parti, kita sangat sadar selepas kekalahan pertama PR dalam PRK, parti menjadi haru hijau, sehingga ada suara-suara nakal menyalahkan barisan kepimpinan hingga kepada presiden. Kita sebuah parti yang berdisiplin, ada AJK, ada cawangan, ada kawasan dan ada AJK pusat. Kita dikawal selia oleh Dewan Ulamak, jadi janganlah melalut tak tak tentu pasal. Pemimpin PAS boleh ditegur, tak ada kekebalan tetapi beradaplah, jangan membocorkan kapal kerana geram kepada kapten. Orang luar yang profesonal boleh menegur parti macam mana carapun semeka orang luar. Kita pasti orang luar yang menegur adalah ikhlas dan demi kebaikan parti maka take it positively, lihat semula cermin dan perbaiki segera.

Sabtu, 7 November 2009

Belum habis lagi hal Dr Asri-Apa kata Mufti TS Haruss pulak

Kes penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh penguat kuasa JAIS tidak sepatutnya dijadikan isu dan dipertikaikan.
Tindakan menangkap dan menghadapkan beliau ke mahkamah adalah wajar kerana bekas mufti itu secara terang-terangan tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan dalam pentadbiran agama negara ini.
Berdasarkan sebuah negara berperlembagaan yang memberi kuasa kepada pentadbir-pentadbir agama seperti JAIS menjalankan tugas, penangkapan terhadap mana-mana individu yang mengajar agama tanpa pentauliahan adalah wajar.
"Saya pelik kenapa orang ramai riuh rendah, termasuk orang-orang atasan yang mendukung negara. Perkara ini tak perlu jadi isu. Saya juga pelik kenapa Dr Mohd Asri tidak ambil berat dengan amaran yang dibuat Jais sebelum ini, tak ada tauliah memang tak boleh tapi dia tak endahkan,".
Semua pihak perlu akur dengan perlembagaan dan enakmen berkaitannya yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) setiap negeri serta telah disahkan oleh raja-raja.
Enakmen tersebut sudah diselaraskan di seluruh Malaysia supaya terdapat kawalan dari segi penyebaran agama di setiap negeri.
"Tak ada (tauliah) memang salah, tak ada siapa pun yang berkecuali termasuk saya sendiri. Jika saya hendak berceramah di negeri lain, saya juga mohon tauliah, ibarat kita mohon lesen sama seperti bidang profesional lain yang perlu ada lesen," katanya.

Rabu, 4 November 2009

Kes Dr Asri ditangkap, masyarakat masih keliru

Bermacam versi keluar dalam media berkaitan penangkapan Dr MAZA minggu lepas. Sehinga kini masyarakat masih lagi keliru, apa sebenarnya yang berlaku. Ada yang kata sebab menyebar fahaman Wahabbi, ada yang kata perancangan untuk sabotaj Dr Hasan Ali, ada yang kata perancangan Ustaz Nakhaie, ada yang kata atas dakwaan Persatuan Peguam Muslim, dan macam-maca versi. Dalam blog ini juga ada pembaca membuat versi sendiri, "padan muka Asri dia ingat dia teror sangat".
Semalam MB Kelantan ada versi lain pulak. TG Nik Abdul Aziz dukacita di atas penangkapan tersebut ke atas bekas Mufti Perlis. Menurut Harakahdaily TG Nik Aziz merasakan tindakan JAIS amat tidak wajar dilakukan ke atas seorang pendakwah apa lagi kesalahannya belum dapat dipastikan. Beliau menganggap ia satu tindakan yang melampau kerana menangkap seorang tokoh agama yang juga bekas mufti. Selain tidak masuk akal, TG Nik Abdul Aziz berkata masih ramai lagi orang yang patut ditangkap, tetapi kenapa ditangkap seorang pendakwah, dia mengajar agama dan bukannya buat huru hara atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama. TG Nik Aziz juga berkata walaupun ada pihak mendakwa Dr Mohd Asri menyebarkan ajaran Wahabbi, ia perlu diperhalusi terlebih dahulu bagi memastikan ia benar-benar salah di sisi undang-undang.

????

Isnin, 2 November 2009

Apa hal Dr Asri (Dr MAZA) di tangkap?

Lama tak kemaskini blog, sibuk la tu, nak baca berita dan blog kawan-kawan pun tak sempat. Maklumlah masih bekerja dengan majikan, lainlah ALBrangi, blogger sepenuh masa, begitu juga Prof Hamirdin, walaupun sibuk kenduri walimah anak perempuannya semalam masih ada masa menjenguk ke dalam blog. Malam ini bila kesempatan tiba, mula-mula jenguk Harakahdaily, alih-alih tajuk utamanya, terbaca "Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin telah ditangkap". Terkejut dibuatnya apa hal pulak DR MAZA ditangkap polis dan turut bersama pegawai JAIS pada jam 12.15 tengah malam tadi. Apa-apa pun tunggu berita esok, apa yang sebenarnya berlaku.