Kawan-kawan setia

Khamis, 31 Disember 2009

Pelik TAPI benar: Akibat Jahil

Sama ada ibu atau bapa mentua, tarafnya sama seperti bapa dan ibu kandung kita. Perkahwinan itu tidak sah dan jika mereka melakukan hubungan kelamin, hukumnya zina.“Mereka mesti berpisah dan duduk jauh antara satu sama lain,” kata Mufti Kedah, Datuk Muhammad Baderuddin Ahmad, mengulas pernikahan antara menantu dan bapa mentua yang dibongkar Pejabat Agama Daerah Sik di sebuah kampung di daerah ini, malam Selasa lalu.Muhammad Baderuddin berkata, hubungan antara menantu dan mentua tidak akan putus hingga ke akhirat meskipun anak mereka sudah meninggal dunia.“Saya terkejut kerana ada pihak yang tergamak berkahwin dengan saudara sendiri dan kejadian ini pertama kali saya dengar. “Sehubungan ini, saya menasihatkan umat Islam supaya mempunyai ilmu sebelum membuat sesuatu perkara terutama membabitkan agama,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Agama Pejabat Agama Islam Daerah Sik, Syeikh Mohd Haizan Hamzah (gambar), berkata pasangan berkenaan dipanggil ke pejabat agama itu untuk diberi kaunseling dan nasihat.Katanya, berdasarkan soal siasat, pasangan itu mendakwa pernikahan berkenaan memudahkan mereka hidup bersama seterusnya menjaga anak.“Bapa mentua berkenaan mengakui suami menantunya adalah anak kandungnya dan selepas kematiannya tahun lalu, dia kerap menjenguk cucunya. Namun, kunjungan itu kata mereka menyebabkan penduduk kampung mempersoalkannya.“Disebabkan itu, mereka mengambil keputusan bernikah di negara jiran dan ketika sesi kaunseling, mereka mengakui hidup seperti suami isteri,” katanya sambil menyatakan siasatan lanjut masih dijalankan

Gempa bumi dalam PAS

Terbaru: Saman RM800 juta terhadap kerajaan Kelantan
> Isu SU dan SA MB Kelantan letak jawatan
> Isu Blogger Celaka, siapa?
> Isu Husam
> Isu Calon luar bertanding di Kelantan
> Isu anak MB Kelantan buat kenyataan dalam blog
> Isu menantu MB Kelantan
> Isu tajaan umrah
> Isu cerai dan saman isteri ADUN Kelantan
> dan banyak lagi

Nampaknya musuh sudah dapat mengkucar-kacir PAS Kelantan dengan izin Allah, sesuatu yang kita tidak mahu tetapi inilah dugaan yang sangat kuat macam gempa bumi terhadap pemerintahan 15tahun TGNA. Kami doakan gempa bumi ini akan berakhir segera sebelum PRU ke 13. Musuh PAS tak akan berhenti, namun ianya tidak berjaya tanpa izin Allah, PAS dan kerajaan PAS Kelantan kena bertahan, munajat memohon Allah Taala tunjukkan jalan penyelesaian, mungkin setelah 15 tahun kita leka, jadi Allah bagi peringatan dengan membri bermacam masaalah untuk kita kembali semula ke jalanNya.

Pemerintahan PAS di Kelantan baru 15 tahun

Kerajaan negeri Kelantan diarah membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan kerana melanggar beberapa perjanjian di antara kedua belah pihak sejak 45 tahun lalu. Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu itu dikatakan mencatatkan sejarah tersendiri kerana jumlah ganti rugi merupakan antara yang terbesar dalam kes sivil di negara ini.Menurut sumber, pada prosiding tersebut, Timbermine Sdn. Bhd. diwakili oleh Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan kerajaan negeri diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Khairul Anuar Wahab. Difahamkan Hakim Datuk Azman Husin membuat keputusan tersebut dalam prosiding yang berlangsung pagi tadi membabitkan Timbermine Sdn. Bhd. dan kerajaan negeri. Kes itu dipercayai difailkan pada 2004. Syarikat pembalakan itu memperoleh konsesi balak beratus ribu hektar di Hulu Kelantan.
Bagaimanapun keluasan asal dikurangkan kepada separuh tetapi masih mengekalkan perkongsian di antara kedua-dua pihak. Masalah dipercayai timbul apabila kerajaan negeri didakwa melanggar perjanjian konsesi dengan tidak membenarkan syarikat itu menjalankan pembalakan di kawasan yang dimilikinya. Ekoran daripada itu syarikat yang dikatakan milik bumiputera terbabit terpaksa menanggung kerugian besar selepas pelaburan bernilai jutaan ringgit termasuk pembinaan beberapa buah kilang kayu tidak dapat beroperasi. (UM)

Rabu, 30 Disember 2009

Wahai media tulislah berita yang benar dan sohih

Kalau nak dikatakan media negara kita khususnya media perdana yang menjadi mengampu utama kerajaan UBN tidak bertanggung jawab, mungkin kasar bunyinya, tetapi itulah hakikatnya. Kerja memutar belitkan berita supaya Pakatan Rakyat berpecah-belah tak pernah reda. Bukan sahaja antara komponen PR bahkan di dalam satu-satu komponen pun di kacau-bilau oleh mereka. Selepas isu Husam dikatakan akan meletak-jawatan, kini isu Su akhbar MB pulak. Cerita sebenar ialah SU habis kontrak, dan tidk memperbaharui kontrak kerana akan menyambung pengajian ke peringkat PHD, namun apa yang disiarkan lain pulak. Hanya bertujuan mengeruhkan suasana dalam PAS sendiri.

Kerana itu SU Akhbar MB Kelantan, Mohd Saiba Yaacob meminta akhbar berkenaan memohon maaf secara terbuka kerana menyiarkan kenyataan yang dianggap tidak tepat mengenai dirinya. Malah katanya, wartawan akhbar berkenaan tidak pernah menemuinya sebelum menyiarkan kenyataan dianggap panjang lebar berkaitan dirinya.“Beberapa laporan yang terdapat dalam akhbar berkenaan semalam bukan sahaja tidak betul, bahkan tidak pernah menghubungi saya untuk mendapatkan sebarang penjelasan.“Laporan itu kata saya merancang untuk mengajar di Kias tak betul, nak melanjutkan pengajian di Kuis pun tak betul, sebaliknya saya akan menyambung pengajian di peringkat PhD di UM,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Akhbar terbabit semalam menyebut Mohd Saiba sudah lama merancang menjadi pensyarah di Kias sambil melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Kuis.Laporan tersebut juga memberitahu beberapa pihak mempersoalkan Setiausaha Politik Menteri Besar, Annual Bakri Harun kerana gagal memberi nasihat yang betul kepada Menteri Besar.Oleh yang demikian, Mohd Saiba memberi peluang akhbar berkenaan memohon maaf sebelum tindakan lanjut diambil memandangkan berita yang disiar tidak mendapat kebenarannya dan turut dilibat nama Anual Bakri.“Jadi bagi membersihkan nama saya dengan laporan yang agak kurang manis, ada baiknya akhbar berkenaan memohon maaf secara terbuka sebelum tindakan lanjut diambil,” ujarnya.Katanya begitu kecewa dan terkejut dengan laporan tersebut dengan memperincikan maklumat mengenainya.Beliau juga berkata, ekoran laporan tersebut menyebabkan beliau bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

Katanya juga beliau mengambil keputusan tidak menyambungkan kontrak kerana ingin melanjutkan pengajiannya di peringkat PhD di Jabatan Syariah di Universiti Malaya (UM) dalam bidang Siasah Syariah.“Pada masa yang sama saya akan bertugas sebagai ahli akademi seperti jawatan asal sebelum ini di sebuah kolej di sini,” tambahnya.Saiba sebelum ini pernah bertugas sebagai pembantu pensyarah di UM selama empat tahun sehingga 2000, kemudiannya mengajar di Kolej Darul Quran di Terengganu akhir 2000 hingga Januari 2002.Selepas itu dilantik Setiausaha Akhbar Menteri Besar pada 3 Febuari 2002 dan berakhir Febuari 2010.Beliau merupakan Setiausaha Akhbar yang keempat dan paling lama berkhidmat iaitu selama lapan tahun.Semalam Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengesahkan kedua-dua setiausahanya itu akan tamat tempoh perkhidmatan, di mana Anual mohon berhenti dan Saiba tamat tempoh kontrak.

Isnin, 28 Disember 2009

Update blog Gerbang Media Ummah

Lama tak update, cuti panjang, InsyaAllah malam ini kena mula semula..

Ahad, 20 Disember 2009

Konvensyen blogger PAS 2009

Dr Abu Hasan membentangkan kertas kerja (Foto Harakahdaily)
Ucapan perasmian TG Presiden (Foto Harakahdaily)

Sebahagian peserta konvensyen (Foto Harakahdaily)

Ustaz Hasan Tantawi, Ketua Pemuda PAS

Ustaz Idris sedang meyampaikan ucaptama konvensyen blogger 2009

Peserta sedang mendaftarkan diri

Hari ini Konvensyen blogger PAS yang di adakan di Pusat Tarbiah PAS Taman Melewar telah dihadiri lebih empat ratus peserta termasuk peserta muslimah. Majlis telah dirasmikan oleh TG Presiden dan sekarang pembentangan kertas kerja pertama dibentangkan oleh Prof Madya Dr. Abu Hasan diikuti pembentangan kedua oleh Ustaz Abd Ghani Shamsuddin. Kehadhiran lewat Us Abd Ghani telah di isi oleh saudara Mohd Shuhaimi embong selaku ketua Lajnah IT PAS Pusat. Dalam ucapan perasmian TG Presiden menasihatkan blogger supaya mengambil panduan dari sifat Rasulullah iaitu Sidik, Amanah, Tabligh, Fatanah dalam menulis dan mengendalikan blog. Blogger mesti menyampai, content yang disampaikan mestilah benar dan selari dengan tuntutan syarak. Kegagalan mematuhi syarak bererti mengundang dosa dan kemurkaan dari Allah.

Khamis, 17 Disember 2009

Selasa, 15 Disember 2009

Blogger-blogger sekalian...

Konvensyen Blogger PAS dijangka akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di anjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Pusat. Tarikh yang dipilih ialah pada 20 Disember di Dewan Datuk Fadhil Noor, Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar. Menurut makluman dari pihak penganjur, akan dilancarkan sempena konvensyen ini Kelab Blogger PAS. Program ini juga dibuka kepada penyokong biasa.
Kepada mereka yang berminat tetapi masih belum mendaftar, bolehlah berbuat demikian dengan menghantar maklumat seperti:

Nama sebenar:
Nombor Kad pengenalan:
Alamat blog
E-mail dan
Nombor telefon bimbit:
ke alamat email di bawah:
penerangan.paspusat@yahoo.com

Tarik tutup pendaftaran pula adalah pada 18 Disember ini. Ketua dan Setiausaha Penerangan PAS disemua peringkat yang bukan blogger diwajibkan hadir.

Zaid Ibrahim & Co Tiada Hubungan Dengan Zaid

Harga sebuah perjuangan, Zaid Ibrahim & Co kini tiada lagi hubungan dengan Datuk Mohd Zaid Ibrahim, bekas pengerusi dan rakan usaha sama kanan, namun firma itu memutuskan untuk mengekalkan nama "Zaid Ibrahim & Co" memandangkan ia sudah dikenali di luar negara.
Bberapa individu tertentu telah mengambil alih Zaid Ibrahim & Co dengan membeli saham syarikat guaman terkenal itu. Perkara ini dijelaskan kepada media bila kelibat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed yang menghadiri sambutan peluasan Zaid Ibrahim & Co di Australia, telah mengelirukan orang ramai. Mustapa sebelum itu ditanya mengapa beliau menghadiri majlis terbabit memandangkan firma itu berkaitan Zaid, bekas menteri di jabatan perdana menteri yang kemudiannya menyertai parti pembangkang.
Zaid Ibrahim diberikan portfolio undang-undang semasa dilantik menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Mac 2008 namun meletak jawatan pada September tahun yang sama selepas mengkritik penahan Teresa Kok, Anggota Parlimen DAP, penulis blog Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Tan Hoon Cheng mengikut Akta Kselamatan Dalam Negeri.
Zaid meletak jawatan sebagai pengerusi dan rakan usaha sama kanan Zaid Ibrahim & Co, serta melepaskan semua pemegangannya dalam firma guaman ini susulan pelantikannya sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Mac 2008. Zaid Ibrahim & Co diasaskan oleh Zaid pada 1987 dan berkembang menjadi firma guaman terbesar di Malaysia dengan lebih 140 peguam

Ahad, 13 Disember 2009

Datu Chua Jui Meng

Program Bersama Dato Chua Jui Meng di NS

Tarikh : 16 Disember 2009
Hari : Selasa

ATURCARA
6.00 ptg : Rasmi Ranting di Rantau
7.30 mlm : Ceramah Umum di Paroi
9.30 mlm : Ceramah Umum di Tampin

Maklumat lanjut di http://chegubard.blogspot.com

Jumaat, 11 Disember 2009

Ong Tee Keat: Parti perkauman sudah berlalu

Semua parti perkauman di Malaysia sedang mengalami revolusi. Bermula dengan pergolakan dalam parti diakhiri dengan kegagalan parti dalam memenangi hati rakyat. Rakyat sudah bosan dengan perkauman. MCA sudah ditolak rakyat, MIC tak laku lagi dan UMNO hanya menunggu masa untuk karam. UMNO masih kuat kerana anggotanya masih memegang kepimpinan negara dan bijak mengeksploitasi instrumen kerajaan untuk menguatkan parti. Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat yang dikaitkan dengan pelbagai masalah dalaman parti diajak meninggalkan partinya yang sedang bergolak untk menyertai Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) bagi memperjuangkan nasib semua kaum. Tee Keat dilaporkan telah pun menemui Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyampaikan hasratnya menyertai Keadilan dan meninggalkan parti perkauman (MCA) itu. Jika benar laporan itu maka ianya sangat-sangat dialu-alukan. Kemasukan beliau boleh memperkukuhkan kedudukan lagi Keadilan dan Pakatan Rakyat amnya seperti mana kemasukan bekas menteri kesihatan, Dr Chua Jui Meng tempuh hari. Ong Tee Keat dikatakan tidak ngam dengan kepimpinan UMNO dan pernah memberi kata dua kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak supaya tidak masuk campur urusan MCA. Beliau juga tidak bersetuju dengan pelan perdamaian yang dikemukakan oleh Najib.

Khamis, 10 Disember 2009

Selangorku: Kad nikah pintar

Kini masalah surat perakuan nikah palsu dapat diatasi selepas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini memperkenalkan Kad Perakuan Nikah Pintar (NCRKad).Identifikasi perkahwinan yang bersaiz kad pengenalan ini dilengkapi dengan maklumat peribadi dan data pernikahan pasangan dan ianya boleh digunakan di Terminal Mudah Alih (PDT).Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, kad ini dapat membantu mempercepatkan proses pengesahan oleh JAIS berhubung maklumat perkahwinan pasangan suami isteri.Katanya lagi, kini pasangan berkahwin hanya perlu membawa NCRkad ini kemana sahaja tanpa perlu menyertakan Surat Perakuan Nikah."Pagi ini kita melancarkan kad nikah pintar bagi mengantikan kad nikah yang telah pun di laksanakan sebelum ini bagi menukarkan kad yang lama kepada kad yang baru yang lebih ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan daripada peniruan, pemalsuan dan sebagainya. Dan kad ini lebih mencirikan keselamatan dan dia ada dia punya chip dia dimana kita menyimpan maklumat setiap individu," kata beliau. Menurut beliau, cadangan ini juga telah diujarkan kepada jabatan agama Islam negeri-negeri seperti Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk penyelarasan sistem baru ini.Kad pintar ini turut dilengkapi dengan sistem sinar Ultra Unggu bagi menggelakkan kad ini dipalsukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.Menurut Khusrin lagi, NCRkad ini tidak diwajibkan kepada semua pasangan berkahwin di Selangor namun pihaknya akan berbincang jika pindaan akan dilakukan dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam."Kita tidak ada menyediakan satu tempoh pasal kad ini bukan wajib. Ini bukan diwajibkan setiap pasangan mesti buat. Cuma kita galakkan supaya mereka membuat kad ini untuk kemudahan mereka jugak," katanya.Menurut beliau lagi, masyarakat Selangor boleh mendapatkan NCRkad ini di pejabat JAIS Shah Alam dengan harga RM40 sepasang.Setakat ini 300 pasangan berkahwin di negeri Selangor telah mendapatkan NCRkad ini. Khusrin turun mengumumkan mulai 1 Januari 2010, kadar mas kahwin untuk wanita di negeri Selangor telah dinaikkan sebanyak RM300 setelah diperkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.Ini bagi menaikkan martabatkan wanita pada masa kini memandangkan mas kahwin terdahulu hanya RM80.Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan majlis pelancaran di Bangunan Sultan Idris Shah (BSIS), Shah Alam.

Isnin, 7 Disember 2009

UMNO Kelantan kena bedal lagi oleh TGNA

Nampaknya semakin UMNO Kelantan membuat cubaan menjatuhkan TGNA (sehingga ada sepanduk UMNO menyatakan "KAMI SOKONG DATUK HUSAM"), semakin kerap mereka di bedal oleh TGNA. Dalam ucapannya di Markas Tarbiah minggu lepas TGNA menyifatkan Umno kini berada dalam keadaan "lemas" dalam usaha mereka untuk merampas semula Kelantan dari PAS dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang lain. TGNA berkata walaupun menyedari mereka berada dalam keadaan begitu, Umno masih "meraung-raung" dengan pelbagai cara bagi mencapai cita-cita mereka mengambil semula negeri itu."Oleh kerana mereka dalam keadaan lemas, mereka meraung-raung bermacam-macam, termasuk bermacam tuduhan yang dilemparkan kepada saya."Dia (Umno) tengok saya berserban, tidak pandai memerintah negeri dan saya pakai jubah tak tahu apa-apa pun. Jadi tuduhan itu macam-macam. Dia tahu bahawa dia sedang lemas".

Cubaan mengeheret istana ke dalam medan politik

Kenyataan Awang Adek memberi komen kepada cadangan kerajaan Kelantan membawa balik Tuanku Sulatan Kelantan cuba dipolitikkan. Melalui media Awang Adek memberi persepsi negatif terhadap cadangan itu, kononnya langkah kerajaan negeri mengumumkan melalui media, supaya Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, yang sedang gering dan dirawat di Singapura, untuk pulang mendapatkan rawatan dalam negara, disifatkan sebagai tidak wajar. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berhubung perkara itu mengguris perasaan Sultan.

Ahad, 6 Disember 2009

Begitu sempit laluan untuk berdakwah

Saya ternganga bila membaca laporan akhbar yang mengatakan Pengarah JAIS melebelkan Akil Hayy sebagai tidak layak berdakwah. Pengarah JAIS itu memberi alasan akil Hayy ilmu agamanya cetek dan ada masalah rumah tangga. Ada orang kata kalau itu alasan beliau, beliau sendiri sebagai Pengarah JAIS dalam sangatkah pengetahuannya tentang agama kerana beliau mentadbir satu institusi yang menjaga hal ehwal agama. Dari pengalaman saya mengikuti kuliah, mendengar CD rasanya ilmu agama yang dimiliki oleh Akil Hayy jauh lebih baik dari Pengarah JAIS sendiri. Kebolehannya membaca al Quran dengan baik dan kepetahannya menyampaikan ceramah yang menarik jauh lebih baik dari Pengarah JAIS dan ustaz-ustaz UMNO sendiri. Pada saya Akil Hayy ada kebolehan dan kelebihan untuk menarik minat anak-anak muda rockers dan mat rempit mengikuti ceramah agama. Ilmunya memang sedikit berbanding ulama dan ustaz-ustaz kelulusan Azhar tetapi beliau sendiri tidak pernah mengelar dirinya ulama, sedikit ilmu pun kalau disampaikan dengan niat berdakwah lebih baik daripada ilmu yang banyak tetapi tidak disampaikan. Saya masih ingat ramai ustaz-ustaz yang memberi kuliah mengutarakan hadis Nabi yang bermaksud "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu AYAT".

Sabtu, 5 Disember 2009

PC Fair, antara pameran PC dan pameran seksi

Berkunjung ke PC Fair KLCC ke sekian kalinya, terasa kmeriahan yang ada tidak cukup untuk menarik saya supaya akan terus mengunjungi ke PC Fair yang akan datang. Ramai,emang ramai pengunjung, yang terasa macam bukan PC Fair tetapi bergesel Fair. Apa tidaknya, bila pengunjung terlampau ramai dan tidak mampu ditampung oleh keluasan dewan yang ada, maka apa yang nak di tengok dan dibeli. Bila saja kita berhenti untuk meneliti barangan yang hendak dibeli, akan adaorang menegur dari belakang, "excuse me". Mengapa mereka tegur sebab bila kita berhenti di satu-satu booth, aliran perjalanan jadi jem.
Seperkara lagi yang saya tak berapa selesa ialah pakian petugas-petugas booth yang kebanyakannya tak cukup kain. Yang ditutup hanya kawasan dada dan bawah kawasan buah nyok.
Jadi untuk PC Fair yang akan datang saya sudah nekad, tak akan berkunjung lagi. Cukuplah pergi ke Low Yatt sahaja.











Syukur Alhamdulillah, talian streamyx pulih semula

Hari ini terasa gembira sangat dapat membuat sambungan semula ke internet melalui streamyx. Memang ada talian lain ke internet, tetapi tak sepuas menggunakan streamyx, stabil dan laju. Cuma masih menghadapi masaalah dengan sambaran petir. Skat ini sudah tiga modem kaut dek petir.

Bakpo dok cuit lagi pasal TGNA

Melihat kepada kehadhiran ratusan ribu rakyat berbagai kaum menyokong TGNA, terasa menitis airmata terharu betapa majoroti rakyat Kelantan tidak akan berganjak dengan sokongan mereka terhadap kerajaan PAS Kelantan dibawah kepimpinan TGNA. Kalau ada puak-puak gedebe yang nak cuit TGNA mereka hanya membuang masa. Rakyat nampak kehidupan seharian TGNA, dari subuh sampai menjelang malam. Bersih dari sebarang rasuah dan salahlaku. Mereka membuat perbandingan dengan kehidupan pemimpin UMNO/BN Kelantan yang dirantai oleh berbagai salah laku dan penglibatan rasuah yang tak kunjung padam. Laporan Harakah dapat dibaca oleh semua orang. Tiada sorok-sorok, tiada putar belit macam media perdana di malaysia ini. Lihatlah sendiri bila pusat bandar Kota Bharu penuh sesak dengan kebanjiran lautan manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan TGNA.

Apa yang jelas ia ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Baihaki Atiqullah.Biarpun cuaca redup dengan hujan sekali sekala lebat, ia tidak menghalang puluhan ribu rakyat Kelantan hadir menyatakan kasih dan sayang mereka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.Ada yang datang dari Besut, Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan negeri-negeri lain bagi meramaikan lagi perhimpunan tersebut.Pelbagai sepanduk dapat dilihat, ada yang bertulis ‘Kita Sayang Tok Guru Kita’, ‘Kami Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz’, ‘Royalti bui-builah (bagi-bagilah)’ dan ramai yang memakai lilit kepala bertulis ‘We Love Tok Guru’.Tidak kurang juga kelihatan ramai anggota polis yang terpaksa berkawal di sepanjang jalan.Medan Ilmu di Jalan Tok Pati menyaksikan sokongan terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak pernah surut.

Khamis, 3 Disember 2009

Update blog

masih tak boleh update, streamyx kena petir lagi...modem, router, wi-fi ko