Kawan-kawan setia

Isnin, 27 Disember 2010

Program Karnival Rakyat Bangi 2010

Mengakhiri ke hujung tahun 2010 Persatuan Penduduk Seksyen 4 yang diketuai oleh pengurusinya Datuk Abdul Karim bergabung dengan Surau AlKauthar dan pejabat ADUN Bangi telah mengadakan karnival rakyat semalam, Ahad 26 Disember 2010. Program yang dirasmikan sendiri oleh ADUN Bangi YB Dr Shafie Abu Bakar itu telah mendapat sokongan padu dari agensi-agensi Kerajaan terutama kementerian kesihatan yang telah membuat ceramah, pameran kesihatan, ujian kesihatan percumadan sebagainya. Selain gerai-gerai penerangan ianya dibuka juga kepada penduduk Bandar Baru Bangi untuk mengadakan gerai jualan. Surau AlKauthar dan persatuan penduduk seksyen 4 juga tidak ketinggalan membuka gerai jualan. Sebelah malam pulak di adakan forum agama yang menampilkan ahli penal yang terkenal.


Khamis, 23 Disember 2010

Out of the box: Selamat Pengantin Baru


Syabas kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang telah selamat dinikahkan dengan seorang wanita Lubnan berusia 28 tahun dalam majlis tertutup di kediaman rasminya. Majlis itu hanya dihadiri orang kenamaan dan ahli keluarga terdekat yang turut dihadiri kira-kira 200 tetamu khas. Taib dan isteri, dinikahkan oleh Mufti Sarawak, diiringi satu majlis persandingan sederhana turut diadakan di ruang utama kediaman rasmi beliau. Majlis tepung tawar mempelai dan persembahan hadrah dan berzanji turut diadakan ketika Taib dan isteri bersanding dengan kenalan dan keluarga terdekat diberi peluang menepung tawar pasangan.

Sabtu, 18 Disember 2010

Apa macam?..kalau PR cabar speaker di mahkamah, macam DUN Perak dulu

Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa mahkamah boleh mengenepikan keputusan Speaker Dun Perak kini bakal makan tuan apabila Pakatan Rakyat mahu mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat.

Oleh itu, pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa keputusan Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dicabar oleh mahkamah telah tertolak dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.

Demikian kata peguam Mohamed Hanipa Maidin, Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Mohd Nazri melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah.

Mengulas kenyataan ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh - Nazri, menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal parlimen berkata mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.

“Ini kerja gila dan saya percaya ia akan ditolak oleh mahkamah kerana parlimen ada supremasinya,” katanya di lobi parlimen hari ini.

Menurut Nazri, telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi atau bidang kuasa ke atas Parlimen.

Karpal yang merupakan seorang peguam sebelum ini berkata tindakan akan diambil ke atas Speaker Dewan Rakyat, Datuk Pandikar Amin Haji Mulia kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya selama enam bulan.

Bagi Hanipa, Umno telah terbelit dengan tindakannya sendiri apabila seolah-olah membenarkan tindakan Mahkamah Persekutuan campur tangan dalam kes keputusan Speaker Dun Perak V Sivakumar apabila beliau menggantung Zambry Abdul Kadir dan enam Exco haramnya.

"Adakah Nazri tidak sedar dalam kes Perak, Umno telah menyalahgunakan mahkamah untuk cabar keputusan V Sivakumar, Speaker Dun Perak.

"Bukankah Mahkamah Persekutuan telah memutuskan keputusan Sivakumar sebagai Speaker boleh dicabar. Sekarang kes Perak ini dah makan tuan," kata Hanipa dalam kenyataannya.

Ini kerana, kedudukan Speaker Dun dan Speaker Dewan Rakyat tidak ada bezanya dalam konteks sistem dewan perwakilan di Malaysia. Jika keputusan Speaker Dun boleh dicabar, maka keputusan Speaker Dewan Rakyat juga boleh dicabar (Harakahdaily)

Sabtu, 11 Disember 2010

Uniform Galeri




Sabtu lalu 4 Disember sebuah lagi stor jualan keperluah persekolahan telah dibuka di Bandar Baru Bangi. Sesuai dengan tema Bandar Baru Bangi Banndar Ilmu, kewujudan banyak kedai buku dan keperluan sekolah dialu-alukan. Bertempat di kawasan perniagaan yang baru dibuka usahasama PKNS dengan Glomac ia sangat sesuai kerana lokasi ini berdekatan dengan banyak kawasan perumahan di Bandar Baru Bangi. Kedai ini telah diusahakan oleh saudara Roslan yang banyak pengalaman dalam perniagaan kedai buku dan peralatan sekolah. (petikan dari http://razmij.blogspot.com)

Rabu, 8 Disember 2010

Maal Hijarh 1432: Sultan Kelantan, MB Kelantan penggerak dakwah ummah

Kelantan memulakan misi pembentukan kerajaan Islam di Malaysia bila PAS dapat mendirikan kerajaan dengan TG Nik Aziz dilantik sebagai Menteri Besar. Dengan kapasiti kuasa yang terhad kerajaan Kelantan di bawah PAS antaranya telah menghapuskan judi, tempat-tempat hiburan, premis-premis yang menjual arak secara terbuka dan pengasingan kaunter dipasaraya. Kelantan bersih maksiat telah berjaya dilakukan disamping penyuburan dakwah dan ilmu agama melalui berbagai cara. Kini, dalam era kedua ini, Kelanta melangkah setapak lagi kehadapan dengan mendapat Sultan yang baru iaiitu DYMM Sultan Muhammad ke V, yang berjiwa rakyat dan teguh menghayati agama, diharap akan terus menyuburkan dakwah kepada seluruh rakyat. Gandingan mantap antara ulamak dan umarak ini merupakan contoh terbaik yang hidup nyata yang boleh dilihat oleh semua.

Dalam majlis Maal Hijrah peringkat negeri yang diadakan di Balai Islam Lundang semalam Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menggesa umat Islam khususnya rakyat di negeri ini supaya menggerakkan usaha mewujudkan umat Islam bersatu padu atas ‘kalimah tauhid’. Ini penting bagi merealisasikan status umat Islam sebagai ‘khaira ummah’ dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang di akhirat kelak. Baginda mengajak umat Islam supaya sedar dan insaf bahawa tanggungjawab besar itu tidak akan berjaya dicapai tanpa perpaduan dan persaudaraan di kalangan ummah. Baginda juga mengajak rakyat dan umat Islam supaya sama-sama menghayati ruh dan semangat perjuangan ‘hijrah’ yang telah diteladani dari Junjungan Besar Nabi Muhammad khususnya dalam aspek perhubungan dan persaudaraan sesama Islam dan masyarakat bukan Islam. Sambutan tahun ini bertemakan “Satu Ummah, Satu Matlamat” itu, baginda turut menekankan komitmen ummah dalam amalan sunnah yang merupakan kunci kekuatan dan kejayaan dalam mendidik ruh dan hati supaya menjadi baik, tenang dan bersangka baik. “Dengan semangat Hijrah untuk memartabatkan umat Islam di negeri Kelantan khususnya dan di Malaysia amnya, marilah kita membangunkan masyarakat dengan budaya Islam yang unggul iaitu ‘faqiihan’, ‘rahiiman’, ‘ilman’ dan ‘salaaman’ dalam menelunsuri kehidupan masa depan kita yang kian mencabar,” titah baginda.

Sambutan Maal Hijrah peringkat DUN Bangi

Majlis sambutan Maal Hijrah 1432 bagi kawasan DUN Bangi telah di adakan di masjid Hj Mat Saman Sungai Ramal Kajang. Dengan anugerah cuaca yang baik majlis telah berlangsung dengan meriah dengan kehadhiran penduduk tempatan dan jemputan khas. Antara VIP yang hadhir ialah YB Ahli Parlimen Serdang, YB ADUN Bangi sendiri dan ahli-ahli Majlis Perbandaran Kajang. Majlis sambutan kali ini telah di isikan dengan ceramah yang telah disampaikan oleh Uztaz Kamal Shaari dengan mengupas konsep Hijrah, peranan para sahabat utama dalam menjayakan hijrah dan peranan umat Islam masa kini.


Disamping itu pihak penganjur juga mengambil kesempatan mengadakan gerai jualan dan gerai-gerai kesedaran kesihatan juga pendaftaran pengundi. Orang ramai mengambil peluang mendapatkan penjelasan tentang bahaya denggi malah boleh mendapatkan bahan kimia anti nyamuk seperti abate dengan percuma. Orang ramai juga diberi peluang membuat pemeriksaan kesihatan asas.


Disamping penyampian anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat DUN majlis ini juga memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dari sekolah-sekolah anjuran kerajaan negeri.



Isnin, 6 Disember 2010

Gotong Royong Perdana Seksyen 4 Bdr Baru Bangi




Gotong royong ini di adakan sebagai salah satu aktiviti kebersihan persatuan penduduk dengan kerjasama ADUN Bangi, MPKj, Kementerian kesihatan dan beberapa agensi kerajaan yang lain., Seksyen 4 merupakan kawasan denggi yang tertinggi di Bangi dan merupakan satu ancaman kepada kesihatan penduduk. Kehadiran ADUN Bangi dan Ahli Majlis MPKj Ustaz Shafie Ngah telah menyuntik semangat kepada penduduk seksyen 4 untuk bertungkus lumus membersihkan kawan rumah masing-masing dan kawasan-kawasan awam. Beberapa pokok yang agak membahayakan dan tumbuh liar telah ditebang ataupun di trin oleh anggota MPKj dengan peralatan khas.


Selesa duduk dibangku sahaja...Ustaz Shafie Ngah, YB Dr Shafie dan pengerusi Persatuan penduduk seksyen 4 Datuk Abd Karim.



SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1432H

Kepada semua sahabat PASBANGI 3 diucapkan selamat menyambut tahun baru Hijriah 1432 dengan azam menguatkan semangat jihad memperjuangkan risalah Allah di Malaysia ini amnya di Selangor ini khususnya. Semangat yang semakin dingi ditahun lalu 1431H wajib disegarkan semula bagi menghadapi PRU ke 13 yang dijangka akan berlaku tahun 2011M.

Jumaat, 3 Disember 2010

Gaji pengerusi SYABAS lebih RM400 ribu sebulan...biar betul

Mak oooii..terkejuk beruk semua orang, mengalahkan beruk bila mendapat tahu gaji pengerusi SYABAS RM400ribu sebulan?....menyamai gaji seorang eksekutif yag baru bekerja 20tahun.. Dia ni makan beras emas ke?, sampai diberi gaji sebanyak itu.. malu la kat PM Najib, pengerusi Malaysia, gaji PM pun tak sampai sebanyak itu, inikan pula pengerusi sebuah syarikat yang mengendalikan keperluan asas kehidupan terutama manusia macam kita ni....

Petikan Harakahdaily

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong sekiranya ada usaha Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sendiri memotong gaji pengerusinya untuk menampung kos operasi atau memberi bantuan keperluan asas kepada penduduk khususnya warga Selangor.

Ketua Penerangannya, Fadhil Osman berkata pihaknya merasa terkejut dengan maklumat pendapatan Pengerusi Eksekutif Syabas mencecah RM5.1 juta setahun atau bersamaan RM425,000 sebulan.

Katanya, DPPWP hairan bagaimana kerajaan Selangor sebelum era Pakatan Rakyat (PR) boleh meluluskan pendapatan sebegini banyak untuk seorang pengerusi syarikat yang mempunyai kepentingan dengan keperluan asas penduduk di negeri Selangor iaitu air.

DPPWP, ujarnya tidak kisah sekiranya pendapatan tersebut diperolehi oleh pengerusi atau ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat gergasi yang mempunyai keuntungan berbilion ringgit setahun dan bersifat internasional.

Tetapi, soalnya nilai pendapatan sebegitu tinggi tidak wajar diperolehi oleh pengerusi sebuah syarikat yang menguruskan air untuk rakyat.

“Apakah Syabas mahu mengambil laba berlipat kali ganda dari rakyat hasil dari sedikit jasa menguruskan air untuk keperluan rakyat?

“Meskipun air di Selangor diuruskan oleh Syabas, namun lupakah pengerusinya bahawa air dikurniakan oleh Allah untuk manusia?” soalnya lagi.

Jelasnya, air adalah keperluan asas penduduk di mana tanpa air, tiadalah kehidupan dan DPPWP kesal bagaimana air yang sangat penting boleh diniagakan dengan nilai yang tinggi kepada rakyat.

DPPWP juga, katanya melihat mungkin itulah faktor Syabas mahu menaikkan harga air sebanyak 37% kerana mahu menampung operasi mereka termasuk membayar gaji pengerusinya.

Sedangkan, ujarnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mahukan kebajikan untuk rakyat dengan memberi 20 meter padu air percuma kepada rakyat.

Sepatutnya, tamba beliau Pengerusi Syabas perlu insaf terhadap keadaan masyarakat khususnya yang berpendapatan rendah kerana menaikkan harga air bererti menambah beban kepada rakyat.

“Rakyat baru mendapat ‘hadiah’ dengan kenaikan harga minyak petrol RON 97 baru-baru ini, usah ditambah dengan pelbagai kenaikan lagi,” ujarnya.

Beliau menambah, Syabas perlu melihat kesan kepada ekonomi negara dengan hampir semua harga barang keperluan akan meningkat.

DPPWP juga, ujarnya menyokong usaha kerajaan Selangor yang akan mengadakan himpunan besar-besaran pada 5 Disember, Ahad ini sebagai membantah kenaikan harga air oleh Syabas

Ahad, 28 November 2010

Gotong Royong perdana

Meningkatnya kes denggi di Hulu Langat dengan 13 kematian tahun ini – tempat kedua selepas PJ dengan 16 kematian, meningkatnya kebimbangan ancaman berkenaan berterusan. Pihak Berkuasa Kesihatan Daerah Hulu Langat diwakili Encik Nahrawi dan Cik Norazlin datang ke Pejabat Adun pada Jumaat 19 November, Jam 3-00 petang berbincang bagi mengambil tindakan bersama membasmi wabak denggi di Hulu Langat, khususnya di Bangi. Kami diberitahu antara lokasi tertinggi dengan kes denggi di BBB ialah kawasan 4/5 (15 kes), kawasan 4/7 (20 kes) dan 4/6 (8 kes) dan beberapa kawasan yang lain dengan kes masing-masing. Kami mengambil keputusan bagi mengadakan mesyuarat dengan pihak-pihak berkenaan pada Khamis malam ini - 25 November.

Hadir pada malam ini antaranya ialah pegawai-pegawai dari Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat iaitu Dr. Zanariah, Encik Nahrawi dan Cik Norazlin, Wakil dari MPKj Zon 23 Ustaz Shafie Ngah, Tuan Haji Nazri Pengerusi Surau al-Kauthar, Dato` Abdul Karim Pengerusi Persatuan Penduduk 4/5, En. Abu Bakar Alias AJK Infrastruktur Adun Bangi, Tuan Haji Ahmad Sufie Munasir AJK Alam Sekitar dan Kesihatan Adun Bangi, Wakil dari Alam Flora dan beberapa yang lain yang jumlahnya lebih kurang 20 orang.

Adun Bangi yang mempengerusikan mesyuarat pada malam itu berterima kasih kepada semua yang memberi respond dan hadir jemputan yang menandakan semua pihak prihatin dan mengambil serius dengan bertambahnya kes denggi di BBB. Menurutnya kita akan membincangkan tentang cadangan untuk mengadakan gotong royong dan mengharapkan semua yang hadir mengambil bahagian memberi cadangan bernas bagi diambil tindakan. Sebelum perbincangan diteruskan, Adun menjemput pegawai dari Pejabat Kesihatan memberi taklimat mengenai denggi di Hulu Langat. Taklimat disampaikan oleh Cik Norazlin dengan dibantu oleh Dr. Zanariah dan En. Nahrawi. Dari cadangan-cadangan yang diterima mesyuarat bersetuju untuk mengadakan gotong royong Perdana pada Ahad 5 Disember 2010 dengan memberi tumpuan kepada tempat-tempat kes utama denggi, iaitu 4/5, 4/6, 4/7, 4/8, termasuk perumahan Sri Ayu dan Jubli Perak.

Persetujuan diambil, Jabatan Kesihatan akan turun dengan kakitangannya lebih kurang 10 orang dengan membawa postar-postar berkenaan denggi, contoh-contoh bahan-bahan denggi dan abet yang diguna dalam air bagi mencegah perkembangan larva nyamuk eidis. Pihak MPKj dan Alam Flora diminta menyediakan tenaga pekerja, lori, beg plastic hitam dan alat pembesar suara, AJK Adun menyediakan khemah, air minuman dan makanan untuk peserta dijangka antara 250 hingga 300 orang. Pengerusi Surau Al-Kauthar akan menghebohkan gotong royong kepada jamaah pada hari jumaat untuk keluar menyertai gotong royong. Begitu juga Surau Al_ikhwan diminta maklumkan kepada jamaah. Demikian ketua-ketua Persatuan Penduduk kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan gotong royong dan Kontrektor Rumah Pangsa Seri Ayu dikehendaki memberitahu anak buah masing-masing untuk keluar bergotong royong mulai pagi Ahad 5 Disember 2010 sebagaimana dipersetujui. Pada hari Sabtu sebelum hari gotong royong pihak Jabatan Kesihatan akan membuat semburan fogging. Pihak penduduk diminta memberi kerjasama. Peserta yang datang pada pagi hari Ahad 5 Disemberperlu membawa peralatan masing-masing seperti pisau, sabit, gerap, saki, mesin rumput dan apa-apa alat bagi pembersihan yang difikirkan sesuai,

Antara agenda pada pagi itu ialah:

7.00 pagi - Berhimpun
7.30 pagi - Makan pagi – Minuman air mineral disedia berterusan
8.00 pagi - Berbaris dan menerima taklimat
8.15 pagi - Pelancaran
8.30 pagi - Turun padang
12.00 T.H - Berhimpun kembali
12-15 T.H - Penilaian penemuan dan keberhasilan.
12.30 T.H- Bersurai.

(ADUN Bangi) - klik disini

Selasa, 16 November 2010

SELAMAT MENYAMBUT EIDUL-ADHA

Kepada semua muslimin dan muslimat GMU mengucapkan selamat menyambut EIDUL-ADHA semoga segala pengorbanan ikhlas akan di beri ganjaran setimpal oleh Allah SWT. Kepada Sahabat yang memandu pulang ke kampong kekalkan disiplin, memandu berhemah dan hormati pemandu lain, semoga kita semua dapat pulang dengan selamat ke destinasi masing-masing.

Khamis, 4 November 2010

MengGalas harapan kemenangan di Galas

Hari ini akan berlakulah undian untuk menentukan siapkah calon yang layak untuk berada di DUN Kelantan. PAS dan BN masing-masing mempertaruhkan ayam sabong berkaliber untuk mewakili parti masing-masing. PAS dengan serba kekurangan turun memprtaruhkan seorang profesional yang telah lama dikenali oleh warga Galas. Dr Zulkifli seorang doktor perubatan yang telah banyak membantu warga Galas, telah terbukti boleh dijadikan harapan rakyat mewakili mereka di DUN Kelantan.

BN dengan segala bala tenteranya tidak akan mengalah semudah itu. Raksaksa tak akan melutut pada seekor semut api....walaupun sebenarnya BN sangat lemah tetapi mampu memperguna seluruh jentera kerajaan yang dibayar gaji oleh rakyat termasuk ahli PAS untuk menntang PAS. Yang paling ketara boleh dilihat siapa saja bukti BN memperguna jentera kerajaan ialah RTM. Saban waktu RTM diperkudakan oleh BN untuk kepentingan mereka sedangkan mereka anggota kerajaan.

Isnin, 1 November 2010

Akibat terlalu laju...bila lagi mau sedar..

Terguris hati bila membaca laporan akbar KOSMO tentang tiga beradik bersama seorang bayi yang dalam perjalanan pulang selepas membeli ikan menemui ajal apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum bertembung dengan sebuah van di Jalan Permaisuri semalam.

Turut maut dalam kemalangan pada pukul 1.30 petang itu ialah seorang wanita warga emas, yang merupakan salah seorang daripada 13 penumpang yang menaiki van yang terlibat dalam kemalangan itu.

Kejadian bermula bila kereta yang dipandu mangsa gagal dikawal dipercayai akibat jalan licin ekoran hujan dan merempuh sebuah van yang membawa 13 penumpang. Sudah pasti kenderaan terbabit dipandu laju berdasarkan foto yang dipaparkan oleh KOSMO di atas. Lihat sendiri lah berakhirnya sebuah kenderaan yang dibuat daripada besi, dan bayangkan manusia di dalamnya yang dibuat daripada tanah...amat menggerikan. Soalnya...sampai bila kelajuan yang membunuh ini terus diamalkan oleh pemandu kita...mungkin pada fikiran mereka "ah yang kemalangan tu orang lain aku tak akan terlibat".

Ahad, 31 Oktober 2010

Sudah bertahun BN amalkan...tiba-tiba dah jadi rasuah pulak.

Tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 (baru ditawarkan, entah ya entah tidak belum pasti) kepada pengundi yang berada di luar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas untuk pulang mengundi merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Ini ucapan pelik Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang berkata, pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi. Amalan ini sudah bertahun dan berpuluh pilihanraya di amalkan oleh BN, tetapi bila diadukan kepada SPR tiada tindakan pun diambil. Jadi eloklah kalau SPR dah sedar, kita tengok jika BN memberikan apa-apa kepada pengundi jadi rasuah tak. Umpamanya semasa TS Muhyidin datang ke Galas, menawarkan projek kepada warga Galas jika menang, rasuah tak?..buka projek sahaja, wi-fi percuma, basikal, generator, peruntukan baiki rumah...banyak lagi lah...ini bukan dongeng malah disiarkan dalam semua media perdana....rasuah tak?...apa kata SPR...hanya diam membisu seribu bahasa. Aleh-alah bila terrrrrdengar ura-ura alias berita angin bagi RM250 yang belum tentu sohihnya dari PAS eh eh rasuah pulak..

Khamis, 28 Oktober 2010

Projek mee segera @rasuah politik 1


Tiba-tiba sahaja kedai komputer sibuk dengan orang-orang kampong dari Gua Musang, berlumba-lumba membeli komputer. Tak kira macam-mana cara pun yang penting sebuah komputer yang dilengkapi wi-fi....... Check punya check...rupa-rupanya UBN telah merasuah pengundi di Gua Musang, akan memasang wi-fi percuma bagi memudahkan orang-orang kampong masuk internet. Baguslah tu biarkan orang kampong yang sebelum ini nak sebut wai-fai pun kekok masuk ke youtube, boleh tengok macam-macam gelagat pemimpin kerajaan BN, skendel2 yang tak habis2....boleh baca cerita dari harakahdaily secara percuma, boleh masuk blog2 untuk mengetahui berita semasa. Kalau diharap Utusan, Berita Harian, RTM, TV3, TV9....kerje mengampu sahaja, orang kampong pun dah menyampah.

Gua Musang menjadi jajahan pertama di Kelantan menerima perkhidmatan melayari internet tanpa wayar secara percuma melalui program “Kampung Wifi” melibatkan 30 buah kampung dalam jajahan itu.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan DS Rais Yatim berkata, selaras dengan usaha kerajaan memberi kemudahan itu kepada semua lapisan masyarakat termasuk di luar bandar, kementeriannya akan melaksanakan Kampung Wifi secara berperingkat dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata perkara itu sudah dirancang lebih awal lagi kerana kerajaan mahu rakyat di semua peringkat sama ada di bandar atau luar bandar menikmati kemudahan terbabit secara sama rata.

"Buat kali pertama di Kelantan kita lancarkan dahulu Kampung Wifi di Gua Musang kerana ramai penduduk menunggu-nunggu perkhidmatan itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kampung Wifi di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Sungai Terah, di sini hari ini. (Lepas ini pening la TM, maxis, Digi nak fikir camne nak dapatkan bajet segera ni...atau rembat dulu masuk akaun kemudian).

Rabu, 27 Oktober 2010

Alahai UBN


Baru tak sampai satu hari puji PRK Galas permulaan demokrasi matang BN/UMNO namun bila terpandang poster ini dalam harakahdaily baru tersedar sebenarnya UMNO belum matang dalam pilihanraya. UMNO masih memerlukan sentimen agama, sentimen kaum untuk menang. Ini belum lagi dengan rasuah projek, rasuah basikal, rasuah baiki rumah, rasuah enjin letrik yang dilambak dikawasan memancing pengundi...bukan orang kecik anak, TPM sendiri yang merasuah... Nampaknya harapan tinggal harapan jika ingin melihat senario pilihanraya yang adil. Kalau menonton TV lagi sakit hati, tigasuku siaran berita dipenuhi kempen BN/UMNO.....

Selasa, 26 Oktober 2010

Demokrasi sehat di Galas

Beberapa peristiwa yang patut dicatit dari Galas yang memberi sedikit cahaya kepada kematangan demokrasi di Malaysia. Ramai yang tertarik dengan sikap mesra para pemimpin BN semasa hari penamaan calon DUN Galas kali ini. Antaranya lawatan mesra pemimpin BN ke khemah Pakatan Rakyat, berbual dan berbincang tanpa prejudis kepada parti masing-masing, juga reaksi positif khairy Jamaluddin berhubung solat hajat oleh PAS di masjid Gua Musang, sikap mesra pihak keselamatan terhadap petugas PAS dan banyak lagi yang seronok dicatat. Pergaduhan, membaling botol, ejek mengejek tidak berlaku di Galas setakat ini. Bahkan ucapan-ucapan Dr Rais Yatim, Tok Pa... disenangi dan seronok didengar. Apakah ini petanda perubahan iklim politik Malaysia atau ada udang disebalik mee... Harapan kita sebagai rakyat ingin melihat demokrasi matang yang memberi hak kepada semua sewajarnya tanpa mengira kumpulan atau parti.

Antara laporan yang dapat dipetik dari Harakahdaily" Presiden PAS sempat berseloroh dengan Shahrizat semasa kehadiran Ketua Wanita Umno itu ke khemah yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk pemimpin Pakatan Rakyat dengan berkata beliau tidak berkinjung ke khemah BN kerana presidennya tiada, merujuk kepada ketidakhadhiran DS Najib semasa penamaan calon semalam. Shahrizat pula dengan nada selamba berkata, beliau pergi ke khemah tersebut untuk bertemu Presiden PAS. Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh turut berbual dengan Shahrizat ketika itu. Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim juga berbuat demikian sambil bersetuju memberikan ruang selama 15 minit kepada Pakatan Rakyat melalui RTM.

Pelik juga...mana Ku Li

Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang akan diadakan pada 4 November ini seperti dijangka menyaksikan saingan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.

BN diwakili Ab Aziz Yusoff, 49, manakala PAS diwakili Zulkefli Mohamed, 44.

Pencalonan Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PASGua Musang telah dicadang oleh Mohamed Noor Awang Hamat dan disokong oleh Abdullah Hussein.

Beliau berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan kejayaan PAS pada pilihan raya kecil kali ini. Dr. Zulkefli pernah bertanding di Parlimen Gua Musangsebanyak dua kali, iaitu pada pilihan raya umum 2004 dan 2008, namun tewas di tangan Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku RazaleighHamzah.

Dalam rioh rendah tersebut ramai yang tertanya-tanya mana Ku Li?....sepatutnya Ku Li sebagai pengarah PRK BN ini mesti ada bersama-sama dengan calon semasa penamaan hari ini... pelik juga ni..

Sampai bila bahasa Inggeris diagung-agungkan...

Seramai 370 pakar bahasa Inggeris dari luar negara akan diambil bekerja untuk memantau pengajaran bahasa itu di sekolah-sekolah bagi merealisasikan pelaksanaan dasar memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) mulai tahun depan.(berapa kosnya setahun?...)

Hinakah belajar dalam bahasa Melayu?, bertutur dalam bahasa Melayu?, berurusan bisnes dalam bahasa Melayu?..., maka harus di ambil bahasa penjajah untuk dijadikan keutamaan. Biarlah bahasa sendiri berdaulat sebagaimana negara-negara maju amalkan. Jepun, Jerman, Peranchis, China, Korea...semua menggunakan bahasa ibunda. Mereka maju, jauh lebih maju dari kita yang terhegeh-hegeh memuliakan bahasa yang pernah menjajah kita. Pergilah kemana pun terasa elit skit dah begitu berbangga dengan bahasa Inggeris yang fasih...terasa begitu hina bila berbahasa Melayu..

Berita semalam memaparkan TPM Tan Sri Muhyiddin berkata akan mengambil ramai pakar-pakar bahasa Inggeris untuk memantau pengajaran bahasa Inggeris khususnya untuk pelajar tahun satu sekolah rendah di seluruh negara. Adoi...sampai begitu sekali...bukan murah tu...duit negara, duit rakyat yang membayar cukai. TPM berkata lagi bahawa pengambilan pakar itu amat penting bagi pendidikan negara memandangkan usaha perlu diteruskan untuk memperkukuhkan bahasa Inggeris.

Isnin, 25 Oktober 2010

Setiap kali perhimpunan...tajuk utama hentam PAS, cuba baca laporan The Star

Hentaman 1

---------------------------------------------------------------

A SELANGOR delegate took a swipe at PAS, saying that the Islamist party practises its own brand of democracy when it comes to appointing mosque committee members in the state.

Datuk Ismail Kijo claimed that a PAS-friendly candidate would be appointed to the committee even though the person garnered the least number of votes.

“It is like giving a gold medal to the one who finished third. This is the so-called democracy practised by PAS in Selangor,” he said when debating the motion on religion and education during the Umno general assembly.

Ismail said that PAS would appoint candidates that would benefit them.

Hentaman 2

---------------------------------------------------------------------------

Wanita Umno debate kicked off with a fiery attack against PAS. Datin Rahimah Mohamed of Kelantan claimed that PAS had betrayed the race and religion. “PAS is now afraid of DAP. Its leaders are more scared of (DAP chairman) Karpal Singh than Allah,” she said when proposing the debate on Wanita Umno chief Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil’s policy speech. She said PAS had wooed Malays by promising to establish an Islamic state but now it had stopped mentioning it as it was afraid of DAP.

She also said PAS was a party that flip-flopped.

“In the 70s and 80s PAS said Umno was kafir for collaborating with MCA and MIC. “They said then that it was against Allah’s law. “But now they have forged ties with DAP to destroy Malay (political dominance),” she said.

She also noted that PAS had set up a Brigade Muslimat to counter Wanita Umno’s Squad Sayang.“The Red Squad (Wanita Umno) will face off with the Green Brigade (Muslimat PAS) in the Galas by-election,” she said, adding that Galas would be the stepping stone for Umno to return to power in Kelantan.

Bila hidayah hadhir...


( Lauren Booth (born Sarah Booth 22 July 1967, Islington, London) is an English broadcaster, journalist and human rights activist. She now works for Press TV, the English-language news channel of the Islamic Republic of Iran - Wikipedia)

Beliau adalah adik ipar (tiri) bekas perdana menteri Britain Tony Blair, seorang penyiar dan wartawan telah mengumumkan keislaman beliau enam minggu lalu. Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.

“Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun.

“Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari,” katanya yang dipetik akhbar Daily Mail. Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan. “Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana Islam akan membawa saya seterusnya?” katanya.
Lauren sebelum ini diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan banyak masa bertugas di Palestin.

Sabtu, 23 Oktober 2010

Ulama muda UMNO pertahan festivel fesyen Islam yang menghina Islam

Perwakilan Umno Perlis, Fathul Bari Mat Jahya ialah salah seorang daripada 40 ulama muda yang menyertai Umno baru-baru ini mempertahankan tindakan isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung kepada sebuah pertunjukan fesyen menggunakan nama Islam di Jakarta baru-baru ini. Beliau juga berkata Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk terus menghakimi dan menghukum seseorang tanpa membuat usul periksa terlebih dahulu. Malah katanya, Islam telah menggariskan satu panduan jelas untuk menegur dan menasihati pemerintah dengan cara berhemah dan bukannya secara terangan. (ayat selepas ini telah ditarik balik, maaf menyinggung sesetengah pihak)

Siapa peduli

Lihatlah dan pandanglah ke Taman Tasik Cempaka:

1. Lampu-lampu sepatutnya menerangi Tasik Cempaka...kini tinggal tiang
2. Pasir-pasir berkumpul tanpa disapu bila selepas hujan, kadang-kadang ada lumpur...
3. Ramai berjoging waktu pagi menunjukkan minat warga Bangi beriadhah, MPKj bersihkanlah selalu Taman kami ini..
4. Tiada pengawal yang mengawal motorsikal masuk sesuka hati ke kawasan tasik...tidak selesa bagi warga Bangi berjoging yang mencari udara bersih.
5. Siapa peduli mengindahkan tasik sesuai sebagai tempat rekreasi dan taman ...
6. Banyak plaque yang dipasang hilang...dimana tahap disiplin warga Bangi yang dikatakan terpelajar..
7. Pagar keselamatan yang pernah dipaparkan dalam blog ini tahun lepas...masih ternganga menanti mangsa yang lalai...

selebihnya cari lah sendiri...sambil berjoging

Calon Pakatan Batu Sapi....Datuk Yong Teck Lee

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee, telah dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat PRK Parlimen Batu Sapi. Walaupun sebelum ini timbul desas desus bahawa akan wujud pertandingan tiga penjuru antara PKR-BN-SAPP dalam pilihanraya kawasan pada 4 November ini. Ini merupakan penyertaan pertama Yong dalam pilihan raya selepas pembatalan kelayakannya untuk bertanding dalam pilihan raya 2001. Sebelum ini diberitakan bahawa rundingan antara PKR dan SAPP Khamis lalu gagal mencapai kata sepakat untuk memboleh hanya seorang calon pembangkang bertanding menentang BN di Batu Sapi nanti. Yong Teck Lee juga merupakan bekas Ketua Menteri Sabah. Beliau pernah menjadi ADUN Likas dari 1985 hingga 2002 dan Ahli Parlimen Gaya dari 1999 hingga 2002. Beliau berkelulusan LLB (Hons) University of London dan Barrister-at-Law dari Lincoln's In

Jumaat, 8 Oktober 2010

Lampu isyarat jalan 3 tumbang


Entah kena ribut ke kena rembat, tiba-tiba lampu isyarat masuk ke seksyen 3 tambahan tumbang menyebabkan trafik yanh ingin memasuki ke seksyen 3 tambahan melalui petronas tersekat...

Surat khabar...

Ada sahabat cerita, beliau biasanya membeli akhbar Berita Harian atau The Star, namun akhir-akhir ini susah dapat The Star atau BH, cepat habis. Penjual akhbar menawarkan kepadanya Utusan Malaysia, kerana UM masih banyak lagi, tak berapa laku... Kata penjual tersebut UM susah nak dijual, seolah-olah ada kempen boikot UM. Setahu kita tidak ada kempen sedemikian...mungkin rakyat terbanyak sudah bosan dengan kandungan UM yang terlalu kepartian BN dan mengutuk parti lawan BN. Kalau nak jadi akhbar parti jangan namakan Utusan Melayu, letak saja Utusan BN senang. Ini berselindung disebalik Melayu yang sebenarnya akhbar parti BN. Tak hairanlah UM semakin terpinggir. Harakah?.... lagi cepat habis walaupun akhbar parti dan untuk ahli sahaja. Ramai benarkah ahli PAS ni?...

Isnin, 4 Oktober 2010

gelihati....

Kata LGE "Biarkan Umno terjun dengan labu-labunya" reaksi beliau bila menghadapi serangan demi serangan olek Umno dan askar2 mereka terhadap kepimpinan Pakatan Rakyar khususnya LGE sendiri di Pulau Pinang.Dalam TV terutama TV3 kalut menayang demi tayangan hal warga penang memulangkan wang pemberian warga emas RM100 dan wang pengurusan jenazah warga emas sebanyak RM1,000. LGE dah banyak kali menekankan bahawa wang ehsan tersebut bukan dari hasil judi namun mereka berterusan memainkan sentiment tersebut. Tiadameasalah dengan kerajaan negeri Pulau Pinang jika ada warga emas yang mahu memulangkan pemberian Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tersebut, mereka boleh berbuat demikian, bahkan kalau tak mahu seumur hidup pun boleh dengan buat surat hantar kepada kerajaan negeri katakan mereka tidak mahu menerima terus pemberian yang diperuntukkan kepada mereka setiap tahun itu selama-lamanya.

Hai bila pulak UMNO alergik dengan judi.....yang kat Genting tu siapa pungut hasilnya....tak sensitif ke?...

Sabtu, 18 September 2010

Utusan, UMNO dan kuncu-kuncunya....

DAP Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap kenyataan liar bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, yang kini melukut ditepi gantang dalam UMNO,Mohd Zahid Md Arip yang telah menuduh suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya adalah ahli seumur hidup parti itu sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar yang terkenal penabur fitnah Utusan Malaysia, 16 September lepas.

Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang, Ng Wei Aik berkata, kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Zahid bermatlamat memburuk-burukan DAP sebagai sebuah parti gabungan dalam Pakatan Rakyat."Tuduhan itu nyata sekali tidak berasas kerana suspek berkenaan tidak pun pernah menyertai DAP tetapi sebaliknya pernah mengatakan hasrat menyertai MIC sepertimana yang dinyatakan oleh Senator T. Murugiah dan disiarkan oleh hampir kesemua media termasuk TV yang telah ditonton oleh kebanyakan rakyat.
Tindakan Utusan Malaysia membesarkan kenyataan Zaid, juga jelas menangguk di air keruh dengan mempolitikkan isu berkenaan bagi menghentam DAP yang didekati PAS dan PKR.DAP Pulau Pinang, katanya melihat usaha utama program itu ialah memberi gambaran bahawa DAP adalah sebuah parti yang menganjurkan keganasan.

"Itu dia sikap Umno dari dulu sehinggalah sekarang. Asyik melemparkan tuduhan dan fitnah walaupun tiada bukti sah," tambahnya

Ahad, 12 September 2010

Kejamnya manusia Malaysia...letup pukul, bakar sampai jadi abu...

Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, kesemua suspek dipercayai terlibat membunuh mangsa sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebuah anak sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat di sini, Mohd. Bakri berkata, polis membuat tangkapan pertama pada 10 September melibatkan lima orang.

Semalam, Datuk itu dan adiknya yang juga seorang peguam dan berpusat di sini ditahan, manakala seorang lagi suspek ditahan hari ini.

Beliau berkata, hasil penyiasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit itu seluas 1.6 hektar, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa.

Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Bagaimanapun, Mohd. Bakri berkata, beliau tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar kesemua mereka dibunuh, tetapi ia mungkin di antara tarikh mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos sehinggalah semalam.

Mengenai motif kejadian, beliau berkata, ia lebih ke arah saingan perniagaan dan urus niaga kewangan di antara suspek utama (kedua-dua peguam) dan Sosilawati (Kosmo)

Jumaat, 10 September 2010

MAJLIS HARI RAYA ANAK KELANTAN DI PERANTAUAN

Kerajaan Kelantan melalui Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakan) akan mengadakan Majlis Hari Raya Bersama Menteri Besar dan Pimpinan Kerajaan bertempat di Dewan Konvesyen Pusat Dagangan Kelantan (KTC) pada hari raya kedua bermula jam 8.00 malam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Dr.Muhammad Fadzli Hassan, program tahunan tersebut adalah merupakan satu cara kerajaan negeri untuk bersama anak Kelantan yang berada di perantauan.

Melalui program itu juga, katanya anak Kelantan dapat mengambil maklumat perkembangan semasa negeri secara terus dengan berjumpa pegawai kerajaan maupun wakil rakyat mereka, kerana pada malam tersebut wakil-wakil rakyat dari seluruh negeri akan hadir yang memudahkan pertemuan sesama mereka.

Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan para petugas media dan kakitangan Urusetia Kerajaan Negeri di majlis berbuka puasa malam tadi bertempat di JKR 10.

Muhammad Fadzli juga berkata seperti kebiasaannya, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan menyampaikan amanat kepada hadirin yang dianggarkan lebih 2,000 akan hadir pada malam tersebut.

“ Tahun ini kita akan adakan di KTC seperti tahun lepas dan sambutan amat menggalakkan, saya juga berharap orang ramai dapat datang awal bagi memudahkan urusan pendaftaran masuk dan mereka dikehendaki mengisi borang kemas kini alamat surat menyurat di negeri tempat mereka berada agar mudah dihubungi pada tahun hadapan pula,” katanya lagi.

SALAM EIDULFITRI

Kepada semua muslimin dan muslimat PASBANGI BBB3 ingin mengucapkan selamat manyambut eidulfitr. Kepada yang berada dikampong atau dimana saja ambil kesempatan pertemuan ini dengan mengeratkan hubungan silaturRahim antara umat Islam. Semarakkan perjuangan demi agama Islam yang dicintai. Teruskan dakwah penerangan kepada yang belum Islam semoga menambahkan lagi umat Nabi MUHAMMAD...

Minai Aaidin wa Faizin...

Sabtu, 4 September 2010

Tepuk air didulang terpercik ke muka sendiri..

Malaysia menadi kecoh seminggu dua lepas bila dikhabarkan oleh media ada Ahli Parlimen bukan Islam memasuki surau dan masjid menyampaikan peruntukan parlimen kepada surau-surau dikawasannya, seolah-olah satu tragedi paling hitam dalam sejarah Masjid Malaysia. Kecohnya kerana yang terlinat adalah dari ahli parlimen bukan BN…kalau ahli parlimen atau adun BN, tak ada apa-apa..Ramai sudah maklum dah bertahun pimpinan MCA dan Gerakan yang bukan Islam memasuki masjid, tak jadi kecoh pun. Bahkan ada di kalangan mereka masuk untuk kempen dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pun sebelum ni. Yang terbaru kempen pilihanraya yang melibatkan calon India yang beragama Hindu melawan Datuk Zaid Ibrahim. Cuma yang nampak manisnya calon India tersebut tidak di sebutkan nama penuh sekerat sahaja…Saudara Kamal, sedangkan nama penuhnya Kamalnathan..

Lebih malang ada yang keluar ‘fatwa’ melarang Cina bukan Islam masuk ke masjid, takut ianya mencemar nama baik masjid. Seperti kata Tuan Ibrahim Tuan Man orang bukan Islam sebelum masjid siap dah masuk masjid, tak kecoh pun, masuk buat kontrak masjid, masik pasang wiring, masuk pasang aircond, masuk pasang karpet, PA system dan macam-macam lagi….tak kecoh pun. Ada juga yang berpendapat orang bukan Islam tak boleh masuk masjid sebab tak menutup aurat….ye ke yang saya nampak orang Islam sendiri pun masuk masjid tak tutup aurat, ada yang tutup rambut sahaja, jambul keluar…

Saya setuju dengan lakaran kartun oleh sebuah akbar yang memaparkan budak-budak yang berlambangkan BN menembak sasaran ke objek berlambang PAS, apa terjadi meriam buluk meletop dan pecah terkena muka sendiri sedangkan objek yang dituju tiada apa-apa...begitulah yang berlaku sebenarnya...tuduhan, tohmahan, fitnah UBN kesemuanya kembali kepadanya semula....

Sabtu, 28 Ogos 2010

Bantuan RM500....Alhamdulillah

Kami warga Bangi ni seronok mendengar khabar melalui tv, suratkhabar yang mewar-warkan kerajaan bakal menganugerahkan RM500 kepada setiap petugas kerajaan dan bekas petugas kerajaan mulai 1 September ini. Katanya inilah duit raya dari kerjaan pusat untuk 1.24juta pekerja-pekerja yang telah melakukan tugas cemerlang menangani urusan negara. Kerajaan akan membayar kepada bekas anggota kerajaan atau nama lain pesara atau mantan (yang sekarang mundar mandir tanpa jawatan), akan dibayar mulai 6 september. Alhamdulillah terima kasih kerajaan, dan memang hak rakyat pun sepatutnya pengorbanan mereka mengurus kerajaan dihargai.

Selasa, 24 Ogos 2010

Petikan saksi yang hadhir....ini sebenarnya

Setiap kali semasa membaca khutbah kedua atau kuliah beliau ada membaca doa untuk Agong tetapi dalam bahasa Arab… ni yang buat puak UMNO tak faham..dan lepas tu beliau mendoakan agar Allah bukakan “hidayah” kepada Ketua Menteri P. Pinang LIM GUAN ENG untuk memeluk ISLAM dan bukanya mengantikan nama Agong… Saya dengar sendiri dengan mata kepala … tapi yang sedih POLIS pun di jadikan alat oleh UMNO ni… dah tu pulak MUFTI PERAK.. pun turut jadi burung kakak tua… sedih betul puak ni… ditambah pula oleh bekas menteri besar kedah Mahzir khalid suruh guna ISA… apa punya bebal puak ni… jadi rumusan yang dapat kita buat teramat betul lah TOK GURU NIK ABD AZIZ menolak kerjasama dengan UMNO… dalam bulan puasa pun hati terus “hasad”

Isnin, 23 Ogos 2010

Mangsa terawal bahana mercun...

Remaja Melayu terutama remaja yang tinggal diperkampongan, memang dikenali berani bermain dengan bahan letupan. Mereka mencipta berbagai bahan letupan untuk tujuan tertentu seperti memeriahkan hari raya dengan mercun, bungapi, meriam buluh dan sebagainya. Ada juga bahan letupan dicipta untuk menangkap ikan. Keberanian mereka ini telah banyak mengorbankan dan mencederakan ramai mangsa, sendiri atau orang yang terkena letupan mereka. Tidak hairanlah ada yang putus jari, kudung tangan, mata buta….namun pengalaman orang lain tidak menakutkan individu yang belum kena.

Semalam sebuah rumah usang di Kampung Makam Lama, Chabang Tiga Kuala Terengganu, tiba-tiba meletup dan menghasilkan gegaran yang boleh dirasai oleh beberapa buah rumah lain di kampung tersebut. Dalam kejadian yang menakutkan pada pukul 12.30 tengah hari itu, mayat seorang kanak-kanak ditemui tersangkut pada dahan sebatang pokok di hadapan rumah itu manakala dua lagi lelaki cedera parah. Ketiga-tiga mangsa itu berada di dalam rumah kayu yang agak tersorok di kampung itu ketika tragedi berlaku. Mangsa yang terbunuh seorang kanak-kanak berumur baru 6 tahun dikhabarkan melambung setinggi 15 meter sebelum badannya yang hampir berkecai tersangkut pada dahan pokok.Bahagian depan rumah termasuk tangga konkrit rumah itu juga berkecai akibat letupan yang dipercayai berpunca daripada sejumlah mercun yang disimpan di dalam rumah itu.

Perlu tindakbalas dari kerajaan PR...mereka dah melampau

Mesyuarat tergempar Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini memutuskan mengutuk keras tindakan Umno memainkan isu “Guan Eng gantikan Agong” dalam doa khutbah Jumaat. Tindakan tersebut disifatkan amalan politik kotor dan jahat Umno dan media massa yang dikuasai mereka bagi memfitnah kerajaan negeri Pulau Pinang. "Kerajaan negeri, JHEAIPP atau YAB Ketua Menteri sendiri juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak untuk menggunakan nama Ketua Menteri", kata mereka dalam satu kenyataan bersama. Kenyataan tersebut ditandatangan oleh Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dato Mansor Othman, Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow dan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Rosidi Hussain.Mereka turut mendesak Umno mengambil tindakan terhadap mana-mana khatib atau imam masjid yang dapat dibuktikan telah mengubah doa tersebut

Ahad, 22 Ogos 2010

Suka dengar fitnah, sangat percaya fitnah...suka menyebar fitnah

Petikan akhbar yang saya kutip dari blog AlBrangi ini sudah cukup memualkan kita sebagai umat Muhammad. AlQuraan jelas menyebut yang bermeksud, setiap berita mesti ditapis kerana dikhuatiri boleh menganiaya orang yang difitnah.... Namun memanglah kita juga kena sedar, akhbar ini sloganya pun penyebar fikiran rakyat (pada kita penyebar fitnah kepada rakyat je..) Tanpa selidik, tanpa bertanya ampunya diri tup tup muka depan keluarrrr. Memalukan melayu saja mengambil nama utus...melayu..




Khamis, 19 Ogos 2010

Dr Pornthip tetap bertegas, Beng Hock bukan bunuh diri

Pakar Forensik Thailand, Dr Pornthip Rojasunan bertegas mempertahankan pendapatnya bahawa kematian pembantu politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock adalah akibat oleh kejadian bunuh dan bukannya disebabkan oleh bunuh diri. Dalam keterangannya di Mahkamah Koroner semalam, selaku saksi inkues ke-30, beliau membuat kesimpulan itu berdasarkan penglibatannya dalam bedah siasat kali kedua yang dilakukan terhadap Teoh. Beliau mendedahkan bahawa 80 peratus kematian adalah disebabkan bunuh.

Dr. Pornthip juga menolak dakwaan bahawa Teoh dicekik kerana berpendapat kesan calar pada leher mendiang disebabkan oleh daya dan tekanan yang lebih kuat. Beliau yang juga Pengarah Institut Sains Forensik, Jabatan Kehakiman Thailand juga menolak dakwaan bahawa kecederaan di leher boleh berlaku kerana kesan jatuh. Menurutnya, bahagian leher adalah bahagian yang tersembunyi.

Pemimpin BN keliru antara salah dan betul

Kerajaan Negeri Sembilan memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak pengurusan masjid di negeri ini yang menggunakan masjid sebagai pentas melakukan aktiviti memecahbelahkan rakyat. (Ada kah tidak masjid sedemikian)

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, setakat ini tiga masjid telah diberi amaran setelah dikenal pasti mengadakan program yang cenderung membuat dakyah yang boleh menggugat perpaduan kariahnya. (Atas dasar apa masjid tersebut dihukum demikian..., berdasarkan sayarak ke kepentingan politik UBN?....)

“Saya pernah beri amaran pertama sebelum ini supaya pihak pengurusan masjid terbabit menghentikan program sedemikian. Hari ini (semalam) saya beri amaran kedua,” katanya selepas Majlis Penyampaian Bantuan Ihya Ramadan Asnaf Fakir Miskin, Bantuan Tahunan Masjid dan Saguhati AJK Masjid 2010 Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Paroi di sini semalam.

Inilah antara punca semakin ramai bayi-bayi dibuang dalam tong sampah,. kerana pihak berkuasa asyik meneropong salah tempat...yang diteropong masjid, isu pergaulan bebas dibiarkan berleluasa..., anak-anak muda berdua-duaan disana sini tidak diteropong...

Masjid New York

NEW YORK (Reuters) – Muslims in lower Manhattan who have prayed in a crowded basement or in the streets say they are not looking for confrontation with opponents of a new mosque. They simply need the space.

Some New Yorkers traumatized by the September 11, 2001 attacks have emotionally opposed a proposed Muslim community center and mosque two blocks from the site of the World Trade Center. Republican politicians seeking to wrest control of Congress from Democrats in November elections have seized on the issue.

The controversy has sucked in President Barack Obama and stirred debate about the meaning of religious freedom in a nation founded in part on that principle. Competing rallies for and against the Muslim project are planned to mark this year's ninth anniversary of the attacks.

Stuck in the middle are Muslims who work in downtown Manhattan and need a place for daily prayers.

"You know how many Muslims are in this area? On Friday the street used to be packed, and we had a pass from the police to block the streets," said Saad Madaha, 32, a consultant originally from Ghana who prays at Masjid Manhattan in a narrow basement beneath a night club.

"I would like to see a mosque that looks more like a mosque. I would like to go and pray and have full concentration in my prayers and not have music bashing me in my head."

The Masjid Manhattan, one of two mosques in the area, is four blocks from the World Trade Center but has gone largely unnoticed. A door with a modest sign "MASJID" -- Arabic for mosque -- leads from the sidewalk to the prayer space below.

The proposed Cordoba House, which has won local government approval, would not look like a traditional mosque either. The 13-story glass and steel tower would have straight lines, 90 degree angles and no crescent moon and star on the facade.

Modeled after a typical Young Men's Christian Association (YMCA) facility, it would include an auditorium, swimming pool and meeting rooms in addition to a prayer space. Organizers say they oppose Islamist extremism.

"WE WANT TO PRAY PEACEFULLY"

Critics contend the center is insensitive to the families of the nearly 3,000 people who died on September 11, 2001, when al Qaeda hijackers crashed planes into the Twin Towers and the Pentagon.

Some Muslims say they understand why people might be upset and support an attempt by Governor David Paterson to move the project to a less emotionally-charged location.

"We need mosques, but anywhere but Ground Zero. It's going to be a problem all the time," said Sheikh Hossein, 42, an immigrant from Bangladesh.

"We want to pray peacefully. I don't want to pray and fight somebody else over the location. If this mosque is built here, every time there is terrorism, they are going to blame us," he said.

Others like Madaha say relocation would be an insult. "If they move it, to me, it's a slap on religion," he said.

Peter Awn, a professor of Islamic religion at Columbia University, said a study he was part of found Muslims in New York rarely worshiped in their neighborhoods.

Downtown Manhattan suits their needs because it is well connected by public transportation and has a large concentration of jobs, for example, in the Wall Street area.

"The downtown place is perfect because it would be a hub for people in Brooklyn, Queens, Manhattan, and if you work downtown it's a great place to pop in for noon prayers if you are observant," Awn said.

(Editing by Ellen Wulfhorst and Alan Elsner)

Rabu, 18 Ogos 2010

UBN masih memnjarakan demokrasi

Ekoran dari halangan berceramah kepada rakyat beberapa kali, Pas telah menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia(Suhakam) bagi menuntut keadilan berhubung hak mereka yang dinafikan. Pasukan Polis dengan terang-terangan telah menyalah guna kuasa polis terhadap beberapa ceramah akhir-akhir ini. Adakan ini menadakan Najib lebih diktator dari PM yang sebelumnya atau UBN semakin lemas yang menggapai apa saja demi survival. Memetik ucapan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman, beliau berharap Suhakam memberi tekanan tegas terhadap kerajaan persekutuan yang memanipulasi polis bagi menghalang rakyat hadir ke ceramah PAS.

Semua maklum akan kejadian halangan Polis dalam ceramah pada 31 Julai yang dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng dan Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Mahfodz Mohamed. Dalam kejadian itu Polis telah menghalang ketiga-tiga pemimpin tersebut dari berucap malah memberhenti majlis serta-merta walaupun baru bermula lima minit. Kejadian lain dimana kekerasan juga telah dilakukan Polis ketika menghalang ceramah anjuran PAS di Changkat Lada Pasir Salak pada 31 Julai dan 1 Ogos 2010.

Isnin, 16 Ogos 2010

ADUN Bangi meraikan pelancaran KRIS


Surau Al-Kauthar Seksyen 4 BBB, telah mengambil pendekatan yang banggakan bagi membimbing belia (lelaki & perempuan) dengan penubuhan `Kelab Remaja Islam Al-Kauthar`(KRIS). Kelab in dilancarkan pada malam 27 Sya`ban = 8 Ogos dengan dihadiri oleh Pengerusi Surau Tuan Haji Nazri Daud, Ustaz Ismail Hashim, ustaz shafie Nghah dan para jamaah surau AlKauthar. Turut hadhir laiah ADUN Bangi YB Dr Shafie Abu bakar. Majlis Kelab Belia Al-Kauthar disertai oleh 130 belia (lelaki-perempuan). Mereka dipakaikan dengan vest KRIS menandakan sebagai pelancaran. Sebelum pelancaran Ustaz Mohd Fadhli bin Ismail dari Fakulti Islam, UKM telah dijemput khas memberi ceramah menggantikan ustaz Shauqi Othman yang tidak dapat hadhir. ADNS Bangi di dalam ucapannya mengucap tahniah kepada AJK Masjid kerana mengambil inisiatif menubuhkan Kelab Remaja Semoga mereka didedah dan dilatih dengan kegiatan-kegiatan yang menarik antaranya mengambil bahagian dalam tadarrus Al-Quran dan berbagai-bagai kegiatan pada bulan berkat ini. Mereka akan dibimbing melalui Kem-kem Motivasi di lokasi-lokasi yang akan ditentukan bagi menyegarkan pandangan dan fikiran.

Ahad, 15 Ogos 2010

Masjid New York

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin menyatakan sokongan terhadap projek pembinaan sebuah masjid berhampiran tapak menara berkembar World Trade Center (WTC) di New York yang runtuh diserang pengganas pada 11 September 2001 lalu.

Ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama 100 pemimpin masyarakat Islam AS dan duta-duta negara Islam di White House, beliau berkata, umat Islam mempunyai hak yang sama bagi beribadat seperti juga warga AS yang lain.

"Sebagai seorang warganegara, sebagai seorang presiden, saya percaya umat Muslim ada hak serupa untuk menjalani hidup keagamaan mereka, sama seperti rakyat AS lainnya," katanya menyokong usaha pembinaan masjid bernilai AS$100 juta (RM317 juta) kira-kira dua blok dari WTC.

Rancangan kontroversi pembinaan pusat Islam yang dikenali sebagai Park51 setinggi 13 tingkat di bawah pelan Inisiatif Cordoba itu diluluskan Suruhanjaya Perancangan Bandar Raya New York pada 3 Ogos dan disokong Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg untuk disiapkan dalam masa 48 bulan.

"Ucapan Obama adalah tepat kerana Islam itu sendiri ialah agama perdamaian dan keadilan," kata Presiden Majlis Perhubungan Islam AS cawangan New York, Zead Ramadan. - Agensi

Rabu, 11 Ogos 2010

Allah Yang Maha Mengetahui...

Semoga ianya tidak benar, Allah Taala Maha Mengetahui. Yang dah pergi macam ni jangan lah kita terus menghukum sebab kita tidak tahu apa yang berlaku. Hukum zahir macam tu lah.. Siasatan berhubung kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh bersama pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, akhirnya selesai apabila polis mengesahkannya sebagai bunuh dan bunuh diri. Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya tidak akan mendedahkan motif kejadian mahupun siapa yang dibunuh dan siapa yang membunuh. "Oleh kerana tiada suspek atau pihak ketiga yang kita cari atau akan dituduh di mahkamah maka tiada keperluan untuk mengumumkan motif sebenar kejadian."Saya anggap kes ini telah selesai," katanya pada sidang akhbar semalam.

Ahad, 1 Ogos 2010

Kebangkitan rakyat Johor...berapa lama UBN nak bertahan?...

BATU PAHAT, 1 Ogos: Sekurang-kurangnya 50 anggota unit simpanan persekutuan (FRU) dan puluhan lagi anggota polis menyerbu pentas Ceramah Pakatan Rakyat di Rengit di sini.
Serbuan dibuat sebelum Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berceramah dipantas itu malam tadi.
Polis bertindak mengosongkan pentas, merampai pembesar suara dan menghalau penyokong dari tapak ceramah.
Akibat sebuan itu sehingga jam 12.30 pagi tadi difahamkan sekurang-kurangnya sembilan ditangkap terdiri dari tujuh lelaki dan dua wanita.
Kesemua yang ditahan kini dibawa ke balai polis Rengit.
Polis juga didakwa bertindak mengoyakkan backdrop penganjur yang digantung di pentas utama.
Turut ada ketika serbuan adalah Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali dan Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya dan Pengerusi Perhubungan Negeri johor, Datuk Chua Jui Meng.
Sehingga berita ini ditulis, Lathefaa yang juga peguam masih berada di balai polis menguruskan mereka yang ditahan.
Penyokong juga difahamkan mula memenuhi perkarangan balai polis, dan tidak mahu berganjak walaupun diarah bersurai oleh pihak polis.

Isnin, 19 Julai 2010

Gendang perpaduan UMNO-PAS berbunyi lagi

Hairan dengan mufti Perak, tak habis-habis dengan gendang lama beliau, dengan paluan yang sama, melodi yang telah basi. Baru-baru ini timbul keinginan beliau untuk melihat PAS dan UMNO duduk di meja rundingan bagi mencari penyelesaian terhadap isu perpaduan Melayu. Pelik...beliau masih ghaurah memperjuangkan Melayu..., kalau memperjuangkan Islam ada subjeknya. Mungkin beliau masih lagi menganggap Melayu itu Islam...Islam hak orang Melayu. YB Drs Khalil sahih tak setuju... Muhyiddin telah memberi reaksi yang baik dan bersedia untuk berbuat demikian. Mungkin ada sesuatu yang berlaku dalam parti UMNO, mungkin juga untuk mengurangkan tekanan kepada UMNO yang sedang dalam kekeliruan kerana berhadapan dengan banyk isu yang di cipta oleh presiden UMNO kebelakangan ini. Tetapi di sebaliknya Najib pula mencanangkan seantero Malaya bahawa rundingan itu tidak perlu kerana UMNO bertambah kuat dan beliau seolah-olah tidak nampak yang UMNO sudah hampir terjerumus ke dalam kejatuhan total jika pilihanraya umum diadakan sekarang ini. Adakah pemikiran Muhyiddin dengan Najib tidak selari atau tidak sehaluan sekarang ini. Lalu pak mufti diberi tugas mewar-warkan perpaduan UMNO-PAS....supaya isu antara pemimpin-peminpin UMNO ini dapat diredakan sementara menunggu ketibaan PRU ke 13...?????

Jumaat, 16 Julai 2010

Hadiah untuk rakyat marhain

Kerajaan semalam dengan bangganya mengumumkan kenaikan runcit RON95, diesel, LPG bila petrol RON 95 dijual dengan harga RM1.85 seliter, LPG RM1.85 sekilogram dan gula 25 sen sekilogram. Yess itu lah yang rakyat inginkan pengorbanan yang hebat kepada pemerintah hari ini dengan bersusah payah menelan kepahitan kesan kenaikan harga barang... Tak apa hidup susah asalkan dapat mengekalkan keangkuhan kerajaan hari ini sampai bila-bila. Tawaran yang lebih baik telah diberikan beberapa kali oleh Pakatan Rakyat namun hanya sebahagian kecil yang menyahut...dan mungkinkah siksa hari ini akan disambung lagi selepas PRU ke 13...

Jumaat, 9 Julai 2010

Semua dijemput hadhir

Hi-Tea

Bersama

YB Dato' Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS
dan

Ust. Azman Shapawi,
Timb. Ketua Pemuda PAS Pusat.

akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 25 Julai 2010
Masa : 2.30 hingga 6.00 petang
Tempat : Medan Usahawan Bangi SS 1

Kupon RM20.00, hubungi :

017 312 2246 Wan
012 315 9215 Hj. Kamal

017 245 5477 Hj. Dawam
012 370 0464 Hj. Sallal

Khamis, 17 Jun 2010

Majlis yang gagal

Mungkin kerana tak tahan karenah penganjur Fiesta Kelantan, kepimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memulaukan perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam semalam, bertambah parah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak hadir pada majlis itu. Mengikut jadual asal, majlis itu akan dirasmikan oleh DS Najib, tetapi tiba -tiba beliau digantikan oleh DS Mustapa Mohamed. Kenapa...?, tanbah parah lagi...hanya 300 orang sahaja yang hadir, suasana hujan lebat mencurah-curah, tambah lagi...elektrik terputus.. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata kerajaan negeri memulau majlis perasmian itu yang sepatutnya disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Najib di pekarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV.

Musim tarik gelaran istana

Kalau perasan...macam musim pulak gelaran istana ditarik dari individu-individu tertentu..

> Istana Johor menarik gelaran Datuk dari Datuk Chua Jui meng
> Istana Kelantan menarik balik beberapa gelaran Datuk
> Tekini bekas isteri kedua Sultan Brunai, bekas pemnaca berita TV3, diceraikan dan dilucutkan gelaran istana...

Isnin, 14 Jun 2010

Kehilangan yang sukar diganti...

Hari ini 14 June 2010 para pencinta perjuangan Islam terkejut dengan berita yang begitu menyesak jiwa, kehilangan seorang pejuang yang tiada tolok bandingnya , khususnya di Selangor. Ustaz Hasan Shukri adalah nama yang sangat hebat khususnya bagi ahli PAS Selangor. Namun Panggilan Ilahi tiada siapa yang menghalang, dia tetap pergi menemui Tuhannya. Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi tadi sebenarnya baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam selepas menyertai Muktamar PAS ke 56. Bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman. Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi telah menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang dan pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik. Pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.Bermula di Kuala Lipis Ustaz Hasan telah mengadu sakit dada hingga sampai di rumah jam 10.30 malam tadi pun Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan. Memandangkan keadaan tidak berubah malah tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang dan dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) Beliau disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.

Sabtu, 12 Jun 2010

Rasanya tindakan ini menandakan demokrasi yang belum matang

Semua orang nampak...didepan mata
Kerajaan negeri bukan dari parti kerajaan pusat......pinggirkan, biar jangan maju
Rakyat miskin tidak menyokong parti kerajaan pusat...jangan bagi kemudahan, subsidi, biasiswa...biarkan dia susah
Ustaz yang terlibat dengan parti bukan kerajaan pusat....jangan bagi tauliah, kalau dia berceramah dimana-mana...kenakan tindakan
Pantau semua masjid dan surau di malaysia...ceramah hentam parti kerajaan, kenakan tindakan penceramah dan yang menjempu penceramah..
Anggota kerajaan, pekerja GLCs...tidak sokong parti kerajaan...ambil tindakan disiplin..tahan kenaikan pangkat..
Peniaga yang tidak menyokong parti kerajaan susahkan mereka dari mendapat lesen perniagaan, kalau boleh sekat jangan bagi...kontrak-kontrak kepada mereka batalkan..
Dulu anggota parti kerajaan, diberi pangkat...(datuk)..masuk parti bukan parti pemerintah...lucutkan..

dah tak larat nak senarai, banyak lagi..

Isnin, 3 Mei 2010

Rasulullah dengan pengemis yahudi

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya..

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan? Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.

Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA. Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu? Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau). Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga

dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq. Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya. Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai Rasulullahmu.... Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya? MasyaAllah....macam meter taxi...jalan terus.

Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah..

2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.

4. Bantu pendidikan seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat hasanah.

6. Bagi CD Quran atau Do'a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

10. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas,

Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

Selasa, 27 April 2010

Cubaan positif PR dan kejayaan peribadi Datuk Zaid

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak Kedah keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor semalam memberikan mesej yang jelas BN bakal menghadapi jalan-jalan yang lebih berliku pada masa akan datang. BN-Kerajaan UMNO Malaysia, hari ini dikejutkan oleh kemenangan tipis calonnya, P Kamalanathan.Mereka menang dengan majoriti undi hanya 1,700 adalah amat tak setimpal dengan apa yang dia sogokkan dan kelentong habis-habisan kepada pengundi di Hulu Selangor. Jelas DS Azizan.."Peruntukan untuk sekolah Cina, peneroka Felda, projek-projek segera dan berbagai-bagai lagi sogokan kepada pengundi termasuk serangan peribadi ke atas calon adalah amalan yang menyalahi undang-undang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kena siasat perkara ini," katanya yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Keputusan undi menyaksikan calon PR, Datuk Zaid Ibrahim mendapat 23,272 undi, berbanding 23,177 undi yang diperolehi oleh Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad ketika pilihan raya umum yang lalu. Keputusan ini juga adalah petanda jelas dalam PRU BN akan kecundang lagi bila cara kempen gila babi BN seperti ini tidak boleh diulangi lagi dalam PRU akan datang. Tambah BN akan menghadapi tuntutan rakyat Ulu Selangor terhadap janji yang melampau yang dihamburkan oleh setiap pemimpin semasa kempen mereka

Isnin, 19 April 2010

Meninggalkan perjuangan?...aduhai

Bendahari PKR Hulu Selangor mengumumkan hari ini keluar parti selepas beliau tidak diletakkan sebagai calon utk Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor. Halili sekaligus membuat keputusan untuk menyertai UMNO yang menamakan P.Kamalanathan dari MIC .Anak kelahiran Ulu Yam, Dr Halili sebelum ini pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum iaitu pada 1999 bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dan 2004 DUN Batang Kali tetapi tewas kedua-duanya. Namun Halili tidak pula menjelaskan kenapa beliau secara tiba-tiba menyokong UMNO setelah kuat mengecam parti itu selama ini. Seperti yang dijangka beliau mendakwa lebih mempercayai presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memimpin parti itu.

Andai kata...Dr Halili diletakkan sebagai calon, dan menang, dan masuk UMNO macam hari ini...PR putih mata je..menunjukkan sesuatu yang berlaku ada hikmahnya..orang yang tiada pendirian tidak layak menjadi pemimpin, rakyat mesti memberi undi kepada Datuk Zaid yang diketahui umum berpendirian, tegas dengan perinsip hingga sanggup meletak jawatan penting negara, kehilangan sebuah syarikat yang besar....anda boleh buat?...saya tak mampu..

Jumaat, 16 April 2010

Jumaat, 26 Mac 2010

Tak hormati pegangan orang lain

Aktivis dan penggiat kreatif eropah sepatutnya merasa malu untuk dilabelkan dan dikatakan maju, apa ertinya maju dengan tak habis-habis menghina kepercayaan orang lain. Apakah alasan lain dari sikap dendam kesumat terhadap Islam dan umat Islam. Mereka selalu menjadikan objek kreatif mereka dengan menghina Islam nabi Muhammad, cara hidup dan ibadat orang Islam. Yang terbaru dilaporkan lakaran karikatur yang menggambarkan kepala Nabi Muhammad pada badan anjing - hasil karya gila pelukis Sweden Lars Vilks dan dijadikan sebagai bahan pameran di sebuah pusat warisan budaya Sweden. Apa jenis mentaliti orang orang mengaku negara maju ni. Selain sebagai memjadikan bahan pameran, beberapa akhbar Sweden kemudian menyiarkannya karikatur itu. Umat Islam walaupun dilabelkan bermacam-macam namun tidak pernah menghina kepercayaan orang lain. Itulah indahnya Islam yang merek itu buta dari melihat keindahannya.

Takziah, Datuk Dr Zainal Abidin kembali ke rahmutullah

Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad diberitakan meninggal dunia semalam 25 March 2010 sekitar jam 9.30 selepas mengalami barah otak sejak sekian lama. Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya dekat Jalan Cheras, Kajang. Allahyarham merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor di zaman BN meninggal dunia ketika berumur 71 tahun, meninggalkan seorang balu iaitu Datin Zaharah Mohd Zin serta empat orang anak. Datuk Dr Zainal Abidin menang dalam pilihan raya lalu atas tiket PKR di kerusi Parlimen Hulu Selangor selepas mengalahkan calon BN dari dari MIC, P Palanivel. Takziah buat keluarga beliau semoga bersabar menerima ujian Allah SWT. Marilah kita memanjatkan doa moga ruh beliau ditempatkan di kalangan mereka yang soleh. Al Fatihah.