Kawan-kawan setia

Jumaat, 1 Januari 2010

Mahkamah Putuskan Majalah Katolik Herald Boleh Guna Perkataan 'Allah'

Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya,Mahkamah Tinggi di sini memutuskan hari ini. Mahkamah itu membuat keputusan bahawa setiap orang mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan "Allah". Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan mingguan itu. Selepas keputusan itu, Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, yang mewakili menteri dan kerajaan, meminta penjelasan mahkamah sama ada keputusan itu akan menjejaskan penerbitan Herald bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Disember 2010.
Beliau berkata ini disebabkan permohonan itu adalah untuk tahun ini dan bukannya untuk penerbitan tahun depan.
Peguam yang mewakili gereja berkenaan, Porres Royan, memaklumkan kepada mahkamah bahawa menteri telah pun memberi permit baru pada awal tahun ini untuk penerbitan tahun depan. "Keputusan itu dengan sendirinya jelas. Menteri telah pun memberi permit baru untuk tahun depan. Saya percaya menteri akan akur dengan keputusan ini," katanya.
Kamaluddin memberitahu mahkamah bahawa beliau perlu mendapatkan arahan daripada menteri sama ada keputusan hari ini akan menjejaskan permit baru untuk penerbitan tahun depan memandangkan ia membabitkan perkara yang sangat serius. Katanya, beliau juga perlu mendapatkan arahan daripada responden mengenai sama ada untuk merayu atau memohon penangguhan pelaksanaan keputusan. Lau berkata responden mempunyai 30 hari untuk memfailkan permohonan itu

2 ulasan:

Kembara Politik berkata...

Tahniah Pas!

http://www.dapmalaysia.org/english/2009/mar09/bul/bul3697.htm

Kenyataan Akhbar oleh Tunku Abdul Aziz pada Rabu, 11 Mac 2009:
Kaji semula desakan melarang penggunaan perkataan Allah sebelum mahkamah membuat keputusan
DAP meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya mengkaji semula keputusanya mendesak semua kerajaan negeri mewartakan larangan penggunaan perkataan "Allah" dalam mana-mana penerbitan bukan Islam.
Adalah lebih baik jika Menteri itu menunggu keputusan Mahkamah Tinggi berhubung perkara itu sebelum membuat sebarang tindakan yang akan hanya mengeruhkan lagi hubungan harmoni rakyat Malaysia.

http://ulamak.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29:tidak-salah-penganut-kristian-guna-kalimah-allah--dewan-ulamak-pas-pusat&catid=24:kenytaan-rasmi&Itemid=19

Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah ALLAH – Dewan Ulamak PAS Pusat
Ditulis oleh Harakah
Khamis, 03 Januari 2008 19:57
Oleh: Azamin Amin
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah 'Allah' malah ia sering digunakan oleh umat Krristian dan Yahudi sejak dari dahulu.

Err berkata...

Kenapa Kristian masih tercari2 nama tuhan. Bukankah Kristian lebih awal dari Islam. Abad 21 baru dapat nama tuhan.

....'Memalukan'.....