Kawan-kawan setia

Selasa, 9 Mac 2010

Dunia diambang kehancuran..

Malaysia seperti biasa berbangga jika dapat mencapai status global dalam segala hal. Sebelum ini Malaysia begitu bangga menimpot segala kelakuan tak senonoh masyarakat dunia ke dalam Malaysia dari segi berpakaian, budaya, hiburan, cara hidup, dan apa saja. Jika di Amerika ada pergaulan bebas, di Malaysia apa kurangnya. Kalau di Jepun ada pesta seks, di Malaysia juga ada malah dalam perkampungan seperti Felda pun kerap media melaporkan penangkapan terhadap kumpulan yang mengadakan pesta seks. Kalau di Amerika ada pom-pom girl bila ada perlawanan, di Malaysia pun ada. Kalau di Perancis ada gadis gedik mewarnai sekitar gelanggang perlumbaan kereta, di Malaysia pun ada di gelanggang F1 atau CUP Prix. Kalau sebelum ini kita hanya meluat dengan perlakuan anak-anak muda dengan muzik, rambut punk, seluar koyak, pergaulan bebas, makan makanan segera..., kina ianya mengimpot sumber kehancuran umat manusia bilamana aktiviti seks, peralatan seks, aksesori seks sudah mendapat kelulusan dari masyarakat. Terkini media melaporkan terdapat lambakan ubat-ubatan dan peralatan seks yang sebelum ini dijual secara terbuka di negara-negara luar seperti Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom atau Belanda kini mula menular di negara ini.

Jika dahulu, aktiviti jualan aksesori seks itu hanya boleh didapati di tepi-tepi jalan tetapi kini pengusaha produk tersebut lebih berani dengan membuka francais di kompleks membeli-belah terkenal secara terbuka di ibu negara. Antara pusat membeli-belah itu ialah di Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang, Bangsar, Subang Jaya, Cheras dan Damansara. Paling memualkan, premis-premis yang menjual peralatan seks itu sangat mudah dikenali kerana pintu-pintu masuk kedai itu diletak dengan objek berbentuk alat sulit lelaki.

Tiada ulasan: