Kawan-kawan setia

Ahad, 21 Mac 2010

Kasar tetapi memang kena pada target

Saya sangat bersetuju dengan layanan Datuk mahfuz terhadap MP dan ADUN yang melompat keluat dari parti atau meninggalkan parti ke pihak lawan. Demi mengejar duit sekupang dua mereka melupakan ancaman akhirat dengan melakukan pecah amanah. Rakyat memilih mereka atas dasar parti bukan atas dasar peribadi, kalau nak tahu letak jawatan bertanding semula, ada berani?..Kata Datuk Mahfuz, "Parlimen tidak sepatutnya dijadikan sarang ‘pelacur politik’ sehingga meruntuhkan kemuliaannya. Jangan jadikan Parlimen sebagai sarang pelacuran yang dipenuhi kuman siflis dan wabak aids yang akan meruntuh kemulian dewan yang dibanggakan selama ini. Beliau meminta ahli-ahli Parlimen yang melompat itu menyedari bahawa rakyat memberi kepercayaan kepada mereka atas nama Pakatan Rakyat (PR) bukan atas nama diri mereka.
"Mereka boleh untuk tidak bersama PKR dan PR tetapi mereka perlu melepaskan jawatan ahli Parlimen untuk kembalikan mandat itu kepada rakyat.

"Inilah cara terbaik untuk mereka membuktikan dakwaan mereka PKR dan PR tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat. Bukannya menjadi pelacur politik yang membawa penyakit yang boleh merosakan masyarakat," tegas beliau lagi.Beliau juga menyifatkan ahli-ahli Parlimen yang melompat itu sudah tidak ada kelayakan untuk menjadi ahli Parlimen. Ahli-ahli Parlimen yang melompat parti, katanya, mencabuli amanah rakyat.
"Parlimen tak boleh mengizinkan ahli Parlimen seperti ini yang membohongi dan menggadai amanah rakyat. "Perbuatan ini sama seperti kesalahan pecah amanah. Orang yang pecah amanah hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen," Ucapan tersebut sangat kasar berdasarkan hemah orang Malaysia tetapi bagi puak-puak lompat ni memang padan, kena pada tempatnya.

Tiada ulasan: