Kawan-kawan setia

Sabtu, 13 Mac 2010

Pengkhianat, tiada tolak ansur

Kalau dulu zaman Jepun pengkianat bangsa dan agama ditembak dengan senapang gajah, supaya pupus atas muka bumi ini. Zaman British pengkhianat bangsa disanjung dan pejuang bangsa dituduh subbersif..Di Bagan Serai diberitakan muncul pengkhianat moden bila memijak-mijak amanah rakyat hanya untuk sesuap nasi atas dunia. Malam tadi tamatlah tempoh tujuh hari yang diberikan oleh pendukung Pakatan Rakyat (PR) Bagan Serai kepada ahli parlimen kawasan beliau untuk menarik balik keputusannya tidak mengkhianati rakyat dan parti. Namun RM membutakan matanya...dia enggan. Jadi
Mulai malam esok, mereka yang teraniaya akan mulai mengadakan solat hajat selama tujuh hari memohon kepada Allah agar ahli parlimen itu insaf atau menyerahkan kembali mandat rakyat itu dengan meletakkan jawatan. Majlis solat hajat yang dirancang akan diadakan bermula dengan solat Mghrib di Balai Kuliah Tasawur Islam Simpang Empat Semanggol. Mereka akan mengadu kepada Allah memohon petunjuk daripada-Nya kerana orang ini khianat amanah rakyat yang memilihnya dalam pilihan raya lalu. Pada PRU ke-12 lalu, orang ini mendapat 18,943 undi menewaskan calon BN, lawan dengan majoriti 3,413 undi.

Tiada ulasan: