Kawan-kawan setia

Selasa, 9 Mac 2010

Tak perlu disensasikan isu ZulNordin

Tindak-tanduk Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin tak payahlah disensasikan lagi, biarkan dia berjuang ikut cara yang beliau sukai. Semakin didendang semakin galak media memainkan peranan menangguk diair keruh bagi menggambarkan PR dalam "haywire". JIka dibiarkan isu ini akan tenggelam dengan sendiri bersama ampunya diri.

Ketika dihubungiMalaysiakini hari ini, Zulkifli meminta barisan kepimpinan PAS supaya jangan 'melatah' berhubung perkara itu. Kenytaan beliau ini seolah-olah menggambarkan PAS seperti hidung tak mancung piupi tersorong-sorong. Ulas ZulNordin terhadap kenyataan beberapa pemimpin kanan PAS yang tidak bersetuju parti itu menerimanya semula diputarbelitkan oleh media semaunya. Pemimpin PAS yang respon terhadap isu beliau masuk PAS ialah tiga naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat.

Tiada ulasan: