Kawan-kawan setia

Ahad, 7 Mac 2010

Taman Tasik Cempaka





Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi merupakan satu-satunya lokasi rekreasi bagi warga BBB. Bila hujung minggu ramailah warga BBB datang melakukan senaman dan yang paling mudah dan tiada kos langsung...joging. Sudah banyak kali TTC dinaik taraf dan pada mulanya memang cantik dan selesa bagi pengunjung namun kebahgiaan itu tidak lama bila satu demi satu kemudahan dirosakkan oleh mereka yang tiada perasaan kekitaan. Mungkin juga dirosakkan oleh mat gian. Apa-apa pun kesalahan akan diletakkan oleh penguasa Bangi, ADUN Bangi, MPKj kerana gagal mengawal dari terjadi kehilangan, kerosakan kepada infrastruktur TTC yang telah dibuat dengan kos yang banyak. Yang terbaru, didapati pagar keselamatan tepi tasik pulak hilang. Jadi kepada mereka-mereka yang bertanggung jawab dan diberi mandat menjaga keindahan, keutuhan TTC tolong ambil-ambil perhatian segera sebelum perkara yang tidak diingini berlaku. Bayangkan kita tengah jonging, bawa anak kecil yang tak tahu apa, tiba-tiba terjun ke dalam tasik...siapa nak bertanggung-jawab.

Tiada ulasan: