Kawan-kawan setia

Isnin, 14 Jun 2010

Kehilangan yang sukar diganti...

Hari ini 14 June 2010 para pencinta perjuangan Islam terkejut dengan berita yang begitu menyesak jiwa, kehilangan seorang pejuang yang tiada tolok bandingnya , khususnya di Selangor. Ustaz Hasan Shukri adalah nama yang sangat hebat khususnya bagi ahli PAS Selangor. Namun Panggilan Ilahi tiada siapa yang menghalang, dia tetap pergi menemui Tuhannya. Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi tadi sebenarnya baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam selepas menyertai Muktamar PAS ke 56. Bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman. Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi telah menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang dan pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik. Pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.Bermula di Kuala Lipis Ustaz Hasan telah mengadu sakit dada hingga sampai di rumah jam 10.30 malam tadi pun Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan. Memandangkan keadaan tidak berubah malah tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang dan dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) Beliau disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.

Tiada ulasan: