Kawan-kawan setia

Isnin, 23 Ogos 2010

Mangsa terawal bahana mercun...

Remaja Melayu terutama remaja yang tinggal diperkampongan, memang dikenali berani bermain dengan bahan letupan. Mereka mencipta berbagai bahan letupan untuk tujuan tertentu seperti memeriahkan hari raya dengan mercun, bungapi, meriam buluh dan sebagainya. Ada juga bahan letupan dicipta untuk menangkap ikan. Keberanian mereka ini telah banyak mengorbankan dan mencederakan ramai mangsa, sendiri atau orang yang terkena letupan mereka. Tidak hairanlah ada yang putus jari, kudung tangan, mata buta….namun pengalaman orang lain tidak menakutkan individu yang belum kena.

Semalam sebuah rumah usang di Kampung Makam Lama, Chabang Tiga Kuala Terengganu, tiba-tiba meletup dan menghasilkan gegaran yang boleh dirasai oleh beberapa buah rumah lain di kampung tersebut. Dalam kejadian yang menakutkan pada pukul 12.30 tengah hari itu, mayat seorang kanak-kanak ditemui tersangkut pada dahan sebatang pokok di hadapan rumah itu manakala dua lagi lelaki cedera parah. Ketiga-tiga mangsa itu berada di dalam rumah kayu yang agak tersorok di kampung itu ketika tragedi berlaku. Mangsa yang terbunuh seorang kanak-kanak berumur baru 6 tahun dikhabarkan melambung setinggi 15 meter sebelum badannya yang hampir berkecai tersangkut pada dahan pokok.Bahagian depan rumah termasuk tangga konkrit rumah itu juga berkecai akibat letupan yang dipercayai berpunca daripada sejumlah mercun yang disimpan di dalam rumah itu.

Tiada ulasan: