Kawan-kawan setia

Ahad, 15 Ogos 2010

Masjid New York

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin menyatakan sokongan terhadap projek pembinaan sebuah masjid berhampiran tapak menara berkembar World Trade Center (WTC) di New York yang runtuh diserang pengganas pada 11 September 2001 lalu.

Ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama 100 pemimpin masyarakat Islam AS dan duta-duta negara Islam di White House, beliau berkata, umat Islam mempunyai hak yang sama bagi beribadat seperti juga warga AS yang lain.

"Sebagai seorang warganegara, sebagai seorang presiden, saya percaya umat Muslim ada hak serupa untuk menjalani hidup keagamaan mereka, sama seperti rakyat AS lainnya," katanya menyokong usaha pembinaan masjid bernilai AS$100 juta (RM317 juta) kira-kira dua blok dari WTC.

Rancangan kontroversi pembinaan pusat Islam yang dikenali sebagai Park51 setinggi 13 tingkat di bawah pelan Inisiatif Cordoba itu diluluskan Suruhanjaya Perancangan Bandar Raya New York pada 3 Ogos dan disokong Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg untuk disiapkan dalam masa 48 bulan.

"Ucapan Obama adalah tepat kerana Islam itu sendiri ialah agama perdamaian dan keadilan," kata Presiden Majlis Perhubungan Islam AS cawangan New York, Zead Ramadan. - Agensi

Tiada ulasan: