Kawan-kawan setia

Selasa, 26 Oktober 2010

Demokrasi sehat di Galas

Beberapa peristiwa yang patut dicatit dari Galas yang memberi sedikit cahaya kepada kematangan demokrasi di Malaysia. Ramai yang tertarik dengan sikap mesra para pemimpin BN semasa hari penamaan calon DUN Galas kali ini. Antaranya lawatan mesra pemimpin BN ke khemah Pakatan Rakyat, berbual dan berbincang tanpa prejudis kepada parti masing-masing, juga reaksi positif khairy Jamaluddin berhubung solat hajat oleh PAS di masjid Gua Musang, sikap mesra pihak keselamatan terhadap petugas PAS dan banyak lagi yang seronok dicatat. Pergaduhan, membaling botol, ejek mengejek tidak berlaku di Galas setakat ini. Bahkan ucapan-ucapan Dr Rais Yatim, Tok Pa... disenangi dan seronok didengar. Apakah ini petanda perubahan iklim politik Malaysia atau ada udang disebalik mee... Harapan kita sebagai rakyat ingin melihat demokrasi matang yang memberi hak kepada semua sewajarnya tanpa mengira kumpulan atau parti.

Antara laporan yang dapat dipetik dari Harakahdaily" Presiden PAS sempat berseloroh dengan Shahrizat semasa kehadiran Ketua Wanita Umno itu ke khemah yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk pemimpin Pakatan Rakyat dengan berkata beliau tidak berkinjung ke khemah BN kerana presidennya tiada, merujuk kepada ketidakhadhiran DS Najib semasa penamaan calon semalam. Shahrizat pula dengan nada selamba berkata, beliau pergi ke khemah tersebut untuk bertemu Presiden PAS. Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh turut berbual dengan Shahrizat ketika itu. Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim juga berbuat demikian sambil bersetuju memberikan ruang selama 15 minit kepada Pakatan Rakyat melalui RTM.

Tiada ulasan: