Kawan-kawan setia

Selasa, 26 Oktober 2010

Sampai bila bahasa Inggeris diagung-agungkan...

Seramai 370 pakar bahasa Inggeris dari luar negara akan diambil bekerja untuk memantau pengajaran bahasa itu di sekolah-sekolah bagi merealisasikan pelaksanaan dasar memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) mulai tahun depan.(berapa kosnya setahun?...)

Hinakah belajar dalam bahasa Melayu?, bertutur dalam bahasa Melayu?, berurusan bisnes dalam bahasa Melayu?..., maka harus di ambil bahasa penjajah untuk dijadikan keutamaan. Biarlah bahasa sendiri berdaulat sebagaimana negara-negara maju amalkan. Jepun, Jerman, Peranchis, China, Korea...semua menggunakan bahasa ibunda. Mereka maju, jauh lebih maju dari kita yang terhegeh-hegeh memuliakan bahasa yang pernah menjajah kita. Pergilah kemana pun terasa elit skit dah begitu berbangga dengan bahasa Inggeris yang fasih...terasa begitu hina bila berbahasa Melayu..

Berita semalam memaparkan TPM Tan Sri Muhyiddin berkata akan mengambil ramai pakar-pakar bahasa Inggeris untuk memantau pengajaran bahasa Inggeris khususnya untuk pelajar tahun satu sekolah rendah di seluruh negara. Adoi...sampai begitu sekali...bukan murah tu...duit negara, duit rakyat yang membayar cukai. TPM berkata lagi bahawa pengambilan pakar itu amat penting bagi pendidikan negara memandangkan usaha perlu diteruskan untuk memperkukuhkan bahasa Inggeris.

1 ulasan:

urkolog berkata...

bhs melayu tidak hina...bhs inggeris juga tidak agung...sampai dipenghujung usia isu ini tidak akan berhenti...harus diperhalusi bahawa menguasai bahasa inggeris itu penting kerana zaman ini kebanyakkan ilmu teknologi tinggi di ajar dalam bahasa inggeris...sebab itu kebolehan berbahasa inggeris menjadi satu keperluan dalam menuntut ilmu..seperti mana suatu masa dahulu dunia barat perlu berbahasa arab untuk mempelajari teknologi dunia Islam...apa yg perlu kita tekankan usaha untuk membuat penterjemahan ilmu ke bahasa melayu perlu di pertingkatkan..jika tidak tinggalah bahasa melayu kebelakang..