Kawan-kawan setia

Sabtu, 18 Disember 2010

Apa macam?..kalau PR cabar speaker di mahkamah, macam DUN Perak dulu

Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa mahkamah boleh mengenepikan keputusan Speaker Dun Perak kini bakal makan tuan apabila Pakatan Rakyat mahu mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat.

Oleh itu, pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa keputusan Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dicabar oleh mahkamah telah tertolak dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.

Demikian kata peguam Mohamed Hanipa Maidin, Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Mohd Nazri melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah.

Mengulas kenyataan ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh - Nazri, menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal parlimen berkata mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.

“Ini kerja gila dan saya percaya ia akan ditolak oleh mahkamah kerana parlimen ada supremasinya,” katanya di lobi parlimen hari ini.

Menurut Nazri, telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi atau bidang kuasa ke atas Parlimen.

Karpal yang merupakan seorang peguam sebelum ini berkata tindakan akan diambil ke atas Speaker Dewan Rakyat, Datuk Pandikar Amin Haji Mulia kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya selama enam bulan.

Bagi Hanipa, Umno telah terbelit dengan tindakannya sendiri apabila seolah-olah membenarkan tindakan Mahkamah Persekutuan campur tangan dalam kes keputusan Speaker Dun Perak V Sivakumar apabila beliau menggantung Zambry Abdul Kadir dan enam Exco haramnya.

"Adakah Nazri tidak sedar dalam kes Perak, Umno telah menyalahgunakan mahkamah untuk cabar keputusan V Sivakumar, Speaker Dun Perak.

"Bukankah Mahkamah Persekutuan telah memutuskan keputusan Sivakumar sebagai Speaker boleh dicabar. Sekarang kes Perak ini dah makan tuan," kata Hanipa dalam kenyataannya.

Ini kerana, kedudukan Speaker Dun dan Speaker Dewan Rakyat tidak ada bezanya dalam konteks sistem dewan perwakilan di Malaysia. Jika keputusan Speaker Dun boleh dicabar, maka keputusan Speaker Dewan Rakyat juga boleh dicabar (Harakahdaily)

3 ulasan:

joecharlie berkata...

AMANAT HAJI HADI AMANAT

TUAN GURU HJ. ABDUL HADI AWANG

"Saudara-saudara sekelian, percayalah! Kita menetang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN, bukan kerana nama BN.

Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliyyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka.

Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.

Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku."
PAS (Parti Islam SeMalaysia) Penerangan PAS Kelantan




Sambutan memperingati Memali ulang tahun ke 25 jubli perak selama 3 hari di Kedah sememangnya golongan khawarij PAS mengiktiraf amanat Haji Hadi.

Buat gerembolan berfahaman jumud ini mereka menghalalkan darah orang Umno dan BN hingga dianggap jihad fisabillilah jika menentang saudara seagama . Yang tidak sealiran dan tidak menyertai khawarij PAS dianggap sebagai kafir. Tidak sah solat berimamkan orang bukan PAS.


Malah jatuh haram jika memakan sembelihan orang Umno. Inilah amanat berfahaman sesat yang menjadi punca sehingga hari ini mengapa totok totok khawarij begitu teruja jika dapat mencedera orang Umno.


Sambutan yang diadakan oleh khawarij PAS Kedah yang dinaungi oleh presiden khawarij Hj Hadi Awang adalah satu plan jangka panjang untuk golongan muda.Mereka sedaya upaya akan mengambarkan betapa perjuangan dan jihad Isle mereka mendapat keredhaan Allah apatah lagi akan memperolehi syahid jika mati ketika menentang Umno.

gautam kewaliya berkata...

nice one...
http://tourism-independent-india.blogspot.com/

Imprezaawie berkata...

nice blog...
keep it up...

from :
http://imprezaawie.blogspot.com/