Kawan-kawan setia

Rabu, 8 Disember 2010

Maal Hijarh 1432: Sultan Kelantan, MB Kelantan penggerak dakwah ummah

Kelantan memulakan misi pembentukan kerajaan Islam di Malaysia bila PAS dapat mendirikan kerajaan dengan TG Nik Aziz dilantik sebagai Menteri Besar. Dengan kapasiti kuasa yang terhad kerajaan Kelantan di bawah PAS antaranya telah menghapuskan judi, tempat-tempat hiburan, premis-premis yang menjual arak secara terbuka dan pengasingan kaunter dipasaraya. Kelantan bersih maksiat telah berjaya dilakukan disamping penyuburan dakwah dan ilmu agama melalui berbagai cara. Kini, dalam era kedua ini, Kelanta melangkah setapak lagi kehadapan dengan mendapat Sultan yang baru iaiitu DYMM Sultan Muhammad ke V, yang berjiwa rakyat dan teguh menghayati agama, diharap akan terus menyuburkan dakwah kepada seluruh rakyat. Gandingan mantap antara ulamak dan umarak ini merupakan contoh terbaik yang hidup nyata yang boleh dilihat oleh semua.

Dalam majlis Maal Hijrah peringkat negeri yang diadakan di Balai Islam Lundang semalam Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menggesa umat Islam khususnya rakyat di negeri ini supaya menggerakkan usaha mewujudkan umat Islam bersatu padu atas ‘kalimah tauhid’. Ini penting bagi merealisasikan status umat Islam sebagai ‘khaira ummah’ dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang di akhirat kelak. Baginda mengajak umat Islam supaya sedar dan insaf bahawa tanggungjawab besar itu tidak akan berjaya dicapai tanpa perpaduan dan persaudaraan di kalangan ummah. Baginda juga mengajak rakyat dan umat Islam supaya sama-sama menghayati ruh dan semangat perjuangan ‘hijrah’ yang telah diteladani dari Junjungan Besar Nabi Muhammad khususnya dalam aspek perhubungan dan persaudaraan sesama Islam dan masyarakat bukan Islam. Sambutan tahun ini bertemakan “Satu Ummah, Satu Matlamat” itu, baginda turut menekankan komitmen ummah dalam amalan sunnah yang merupakan kunci kekuatan dan kejayaan dalam mendidik ruh dan hati supaya menjadi baik, tenang dan bersangka baik. “Dengan semangat Hijrah untuk memartabatkan umat Islam di negeri Kelantan khususnya dan di Malaysia amnya, marilah kita membangunkan masyarakat dengan budaya Islam yang unggul iaitu ‘faqiihan’, ‘rahiiman’, ‘ilman’ dan ‘salaaman’ dalam menelunsuri kehidupan masa depan kita yang kian mencabar,” titah baginda.

Tiada ulasan: