Kawan-kawan setia

Sabtu, 23 Januari 2010

Takziah

PASBangi merakamkan ucapan takziah atas kemangkatan DYMM Banginda Sultan Johor awal pagi tadi.

Petikan msTAR
Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad. Baginda mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering. Jenazah Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada pukul 2 petang esok.Rakyat jelata boleh memberikan penghormatan terakhir di Istana Besar dari pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi sementara orang kenamaan dari pukul 11 pagi hingga petang. Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di sini malam ini. Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera-puteri.

AlFaatihah

Isnin, 11 Januari 2010

Hisham: PAS dan Pakatan perlu bertaubat?

Pembangkang diminta supaya bertaubat kerana sanggup memperjudikan kestabilan dan kemerdekaan negara dengan menjadikan isu kalimah Allah serta kejadian serangan ke atas gereja sebagai modal meraih sokongan politik walaupun sedar perkara itu boleh menyemarakkan api perkauman.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan pembangkang mengeskploitasikan isu itu sangat tidak bertanggungjawab kerana ia boleh meruntuhkan keharmonian dan kestabilan yang dinikmati sejak merdeka.
"Kalau pun hendak berpolitik, berpolitiklah dengan cara bertanggungjawab dan bukannya mengeksploitasi isu sensitif seperti ini. Saya menyeru kepada mereka (pembangkang) bertaubatlah kerana kesan daripada perbuatan ini sangat besar.
"Menuding jari mengatakan UMNO yang sengaja menimbulkan isu adalah satu tuduhan jahat kerana adalah tidak masuk akal kita hendak menghancurkan kestabilan yang telah dibina sekian lama oleh kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan ceramah pendidikan sempena program UMNO Juara Rakyat, di sini hari ini.
Hishammuddin mengulas tindakan pembangkang yang sejak bermulanya isu bantahan penggunaan kalimah Allah sehinggalah serangan gereja secara berterusan menuduh bahawa, kemelut yang timbul itu kononnya angkara UMNO
Katanya, kepentingan negara mesti didahulukan berbanding kelangsungan politik kerana tiada makna kejayaan membentuk kerajaan baru jika keadaan rakyat dan negara kucar-kacir.
Menurut beliau, pertimbangan itulah yang menjadi asas kepada kerajaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh anggota Kabinet mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap beberapa gereja di Selangor dan Perak.
"Bukan sekadar mengutuk tetapi Perdana Menteri sendiri turun padang melihat kesan serangan, malah, dengan segera meluluskan peruntukkan RM500,000 bagi membaiki semula rumah ibadat yang rosak," katanya.
Mengulas lanjut, Hishammuddin kemudiannya melahirkan perasaan kecewa dengan sikap pembangkang yang gemar mempolitikkan semua isu asalkan ia memberi kepentingan kepada mereka.
Katanya, tiada gunanya menjadi kerajaan jika rakyat dan negara berada dalam keadaan kacau-bilau, malah, tegasnya, penyesalan pada masa itu sudah terlambat dan tidak berguna lagi.
Sementara itu, Hishammuddin memberi jaminan bahawa keadaan keselamatan negara terjamin wgalaupun berlaku beberapa insiden serangan di gereja dan surau.
Jelasnya, pihak keselamatan telah mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan kestabilan negara tidak terancam.
"Laporan media asing yang menggambarkan negara ini berada dalam keadaan meruncingkan adalah tidak benar kerana insiden serangan yang berlaku adalah kecil.
"Buktinya hari ini apabila rakyat pelbagai lapisan agama dan kaum boleh duduk bersama bagi menjayakan program UMNO Juara Rakyat," katanya

Sabtu, 9 Januari 2010

Sabotaj terhadap keharmonian negara

(Foto: YB Salahuddin Ayob bersama Dr Zulkifli ketika melawat gereja yang dibom)
Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk dua kejadian serangan ke atas gereja dan satu laporan kes ugutan semalam yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, dipercayai ekoran isu kalimah Allah. Tegas Perdana Menteri, perbuatan terkutuk itu akan menghancurkan keharmonian yang selama ini dinikmati oleh seluruh rakyat negara ini. Serentak itu, beliau mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memastikan pihak berkuasa meningkatkan kawalan terhadap rumah-rumah ibadat termasuk gereja.
“Kepelbagaian agama sebagai satu amalan hidup yang kita saling hormat menghormati antara satu sama lain tidak boleh digugat oleh sesiapa.
“Kerajaan akan mengambil apa jua tindakan yang mampu dilakukan untuk mencegah perbuatan seperti itu,” katanya. Perdana Menteri mengulas dua kejadian membakar gereja dengan sengaja di Lembah Klang pada awal pagi ini. Dua buah gereja terbabit ialah Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dan Gereja The Assumption di Jalan Templer, Petaling Jaya. Laporan media menyebut, sekumpulan pemuda membaling bahan-bahan mudah terbakar ke arah tingkat bawah gereja The Metro Tabernacle yang terletak pada sebuah lot kedai dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu. Sementara itu, pada pukul 4 pagi, bom petrol dilaporkan dilontarkan ke gereja The Assumption namun tiada kerosakan berlaku.

Selasa, 5 Januari 2010

Sakit Jiwa dan sakit hati...

Ini cerita YB Dr Shafie tentang adanya manusia pelik lagi ajaib, mengiyak poster YB ucap tahniah kepada sekolah Jalan Empat yang berjaya mengharumkan nama Bandar Baru Bangi keseluruh Malaysia. Saya petik dari blog YB seperti ini.
Semasa menghadiri jamuan perkahwinan anak seorang sahabat bersama isteri dan semasa sedang menikmati jamuan semeja dengan seorang jamaah Surau al-Sabah, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi yang ADUN kenal kerana sering bertemu bila ADUN ke surau itu memberi tahu ADUN, bahawa pada petang beberapa hari lepas, beliau melihat dua orang muda turun dari kereta secara tergesa-gesa menanggalkan sebuah postar dari ADUN Bangi secara khusus memaklumkan:
Ucapan Tahniah Kepada Pelajar-Pelajar,Guru-Guru Dan IbuBapa Yang Mengharumkan Nama Sekolah (Jalan Empat), BandarBaru Bangi, Kerana Kejayaan Menjadi Sekolah Harian TerbaikDi Malaysia Bagi Peperiksaan PMR 2009.
Kami berpendapat, oleh kerana tindakan itu bukan dari arahan MPKj, maka perbuatan khianat sedemikian adalah dari mereka yang sakit jiwa atau memang dari suruhan dan upahan dari pihak tertentu yang tidak menyenangi dengan `Tahniah` dari kami. Sepatutnya kita bersyukur kepada Allah, sama-sama berbangga dan memberi semangat dan perangsang kepada pelajar-pelajar tersebut agar mereka terus berusaha mencapai kejayaan dan mengharumkan nama sekolah, guru-guru, ibu bapa dan Bandar Baru Bangi.
(Walau bagaimana masih ada poster yang tidak ditanggalkan).

Isnin, 4 Januari 2010

AlFaatihah untuk Tok Mat

Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat sudah pun meninggalkan dunia ini menerima panggilan Ilahi semasa sebahagian umat manusia menyambut hebat tahun baru Masehi 2010. Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pagi ini. Allahyarham, yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72 pada hari ini Isnin 4 Januari2010, dilaporkan meninggal dunia dalam tidur. Allahyarham telah lama bersara daripada kerajaan dan parti, adalah bekas setiausaha agung Umno yang telah menerbitkan sebuah buku berjodol Umno: Akhir Sebuah Impian yang mengisahkan pergolakan politik parti itu dalam mengekalkan kuasa. Allahyarham terkenal dengan panggilan mesra 'Tok Mat', mula menyertai Umno sejak 1963 dan sejak itu menjadi ahli parlimen sehingga bersara. Kawasan parlimen itu kini dinamakan Pulai dan dikuasai anak Allahyarham, Datuk Nur Jazlan mulai 2004.

Jumaat, 1 Januari 2010

Kecurian di Bandar Baru Bangi

Saya mendapat aduan dari sahabat yang tinggal di Seksyen 4/6 berkenaan kejadian kecurian yang menjadi-jadi di sana. Pencuri ini bukan sahaja mencuri barang-barang yang berada dalam kawasan rumah bahkan yang berada di dalam rumah dengan memotong mangga grill. kejadian ini sudah di laporkan kepada Polis Bandar Baru Bangi dan kadang-kadang polis datang buat rondaan namun pencuri ini akan datang semasa polis tidak meronda.
Beliau bertanya saya adakah berlaku apa-apa kecurian di seksyen 4/5 tempat saya , saya kata setakat ini Alhamdulillah belum berlaku lagi. Belum pun sejuk perbincangan saya dengan sahabat 4/6 tadi saya dimaklumkan oleh isteri saya tayar kereta Waja saya hilang satu tayar sebelah pemandu, hanya digantikan dengan batu blok.....saya belum lagi buat laporan polis berkenaan kejadian yang berlaku petang tadi.

Penapis air Dr Sukida

"Sijil pengesahan halal syarikat kami tamat sehingga tahun 2012 dan bukannya 2007 seperti mana yang dilaporkan sebelum ini."
Demikian penjelasan Pengurus Jualan dan Pemasaran Alegria Corporation Sdn. Bhd., Sahrul Salim, syarikat pengedar alat penapis air terkemuka Dr. Sukida ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya semalam.
Menurut beliau, produk penapis air keluarannya disahkan halal melalui Sijil Perakuan Halal Persatuan Pegawai Agama Perak yang berkuat kuasa Mac 2009 sehingga Februari 2012 manakala sijil halal oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) tamat pada 2009

Mahkamah Putuskan Majalah Katolik Herald Boleh Guna Perkataan 'Allah'

Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya,Mahkamah Tinggi di sini memutuskan hari ini. Mahkamah itu membuat keputusan bahawa setiap orang mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan "Allah". Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan mingguan itu. Selepas keputusan itu, Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, yang mewakili menteri dan kerajaan, meminta penjelasan mahkamah sama ada keputusan itu akan menjejaskan penerbitan Herald bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Disember 2010.
Beliau berkata ini disebabkan permohonan itu adalah untuk tahun ini dan bukannya untuk penerbitan tahun depan.
Peguam yang mewakili gereja berkenaan, Porres Royan, memaklumkan kepada mahkamah bahawa menteri telah pun memberi permit baru pada awal tahun ini untuk penerbitan tahun depan. "Keputusan itu dengan sendirinya jelas. Menteri telah pun memberi permit baru untuk tahun depan. Saya percaya menteri akan akur dengan keputusan ini," katanya.
Kamaluddin memberitahu mahkamah bahawa beliau perlu mendapatkan arahan daripada menteri sama ada keputusan hari ini akan menjejaskan permit baru untuk penerbitan tahun depan memandangkan ia membabitkan perkara yang sangat serius. Katanya, beliau juga perlu mendapatkan arahan daripada responden mengenai sama ada untuk merayu atau memohon penangguhan pelaksanaan keputusan. Lau berkata responden mempunyai 30 hari untuk memfailkan permohonan itu

Takziah: Bapa Tun Jeanne Abdullah meninggal

Matthew Danker, bapa kepada Tun Jeanne Abdullah meninggal dunia di rumahnya di Subang Jaya, dekat sini pada 6.50 petangini, kata seorang pembantu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah AhmadBadawi. Danker, 90, meninggalkan empat orang anak, Tun Jeanne, Rodney, Davo danSusan. Tun Jeanne, isteri kepada Abdullah, adalah anak sulung.

Hadiah tahun baru UBN: Lagi Rakyat Didahulukan

Mulai pukul 12 tengah malam ini, harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram iaitu RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak, demikian pengumuman Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom.