Kawan-kawan setia

Ahad, 28 Februari 2010

Utusan Malaysia kena tukar nama

Utusan pening kepala dengan jumlah pembeli akhbar tersebut yang semakin menipis...namun tak sedar-sedar atau sedar tetapi terpaksa bahawa kebencian rakyat Malaysia terhadap bahan media keluaran Utusan adalah disebabkan tidak profesionalnya Utusan. Berita hari ini jelas menunjukkan maksud tersebut, Utusan sepatutnya tukar nama kepada Utusan UMNO/BN bukan Utusan Malayisa sebab sikap pemberitaan Utusan tidak menggambarkan 1Malaysia bahkan hanya 1BN/UMNO dengan melibas kumpulan yang tidak berpihak kepada UMNO/BN di setiap keluarannya. Kalau Harakah,Keadilan jelas untuk ahli sahaja, jadi libas melibas terhadap lawan parti bersesuaian dengan halatuju akbar tersebut. namun Utusan berlindung disebalik nama Utusan Malaysia tetapi halatuju pemberitaan jelas memihak kepada UMNO/BN dan melibas setiap lawan parti UMNO/BN. Berita hari ini UMmembesar-besarkan Aahli Pakatan Rakyat keluar parti PR dan masuk UBN yang dah hampir karam. Mentaliti manusoia yang meninggalkan perjuangan adalah mereka yang mengejar keduniaan-hartabenda. Orang yang mudah bosan dengan perjuangan bukanlah pejuang, maka apa diharap kepada orang-orang seperti ini, UBN nak ambil, ambilah dan necaya mereka inilah bakal menjadi liabiliti kepada UBN yang hampir tenggelam. Satu lagi berita besar UM ialah kenyiarkan secara besar-besaran kenyataan MP Kulim, NXul Nordin...alahai Zul Nordin...apa nak jadi denagn awak ni...

Seramai 77 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti menyertai UMNO selepas mengisytiharkan keluar daripada kedua-dua parti berkenaanBorang keahlian UMNO diserahkan oleh ketua kumpulan itu, Saiful Hassan kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau PinangHadir sama menyaksikan majlis itu ialah Naib Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Norman Zahalan.

Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR cawangan Guar Jering, Fakhrul Che Umar dalam ucapannya berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan PKR''Kami sudah bosan dengan pertelingkahan dan percanggahan dalam PKR," katanya pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Guar Jering, di sini hari ini.

Bekas Bendahari PKR cawangan Gaur Jering, Hesabudin Md. Isa pula berkata, kepincangan dalam parti pembangkang disebabkan sikap pemimpinnya yang hanya pandai berjanji

Sabtu, 20 Februari 2010

Mesyuarat agong datang lagi...

Suasana panas, cemas sedang berulang sekarang. Suasana dimana kebanyakan ahli akan cuba melarikan diri. Apa tu?...dari mengahdiri mesyuarat agong tahunan. Lebih parah jika ada mesyuarat agong pemilihan. Mengapa ahli tidak mahu mengambil tanggung-jawab kepimpinan masih merupakan fenomena..sedangkan kumpulan sebelah sanon tu berebut-rebut ingin jadi pemimpin, ketua cawangan, ketua bahagian hinggakan kerusi meja berterbangan dan terpaksa memanggil pasukan keselamatan...Adakah mungkin disebabkan tiada habuan material?...atau habuan dunia...atau ahli-ahli kita semua yang sudah letih..berumur, sudah tua..sedangkan orang muda sibuk bersukan, berkaroeke, hiburan...melupakan soal kepimpinan ummah...