Jumaat, 26 Mac 2010
Tak hormati pegangan orang lain
Takziah, Datuk Dr Zainal Abidin kembali ke rahmutullah
Ahad, 21 Mac 2010
Kasar tetapi memang kena pada target
"Mereka boleh untuk tidak bersama PKR dan PR tetapi mereka perlu melepaskan jawatan ahli Parlimen untuk kembalikan mandat itu kepada rakyat.
"Inilah cara terbaik untuk mereka membuktikan dakwaan mereka PKR dan PR tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat. Bukannya menjadi pelacur politik yang membawa penyakit yang boleh merosakan masyarakat," tegas beliau lagi.Beliau juga menyifatkan ahli-ahli Parlimen yang melompat itu sudah tidak ada kelayakan untuk menjadi ahli Parlimen. Ahli-ahli Parlimen yang melompat parti, katanya, mencabuli amanah rakyat.
"Parlimen tak boleh mengizinkan ahli Parlimen seperti ini yang membohongi dan menggadai amanah rakyat. "Perbuatan ini sama seperti kesalahan pecah amanah. Orang yang pecah amanah hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen," Ucapan tersebut sangat kasar berdasarkan hemah orang Malaysia tetapi bagi puak-puak lompat ni memang padan, kena pada tempatnya.
Sabtu, 13 Mac 2010
Pengkhianat, tiada tolak ansur
Mulai malam esok, mereka yang teraniaya akan mulai mengadakan solat hajat selama tujuh hari memohon kepada Allah agar ahli parlimen itu insaf atau menyerahkan kembali mandat rakyat itu dengan meletakkan jawatan. Majlis solat hajat yang dirancang akan diadakan bermula dengan solat Mghrib di Balai Kuliah Tasawur Islam Simpang Empat Semanggol. Mereka akan mengadu kepada Allah memohon petunjuk daripada-Nya kerana orang ini khianat amanah rakyat yang memilihnya dalam pilihan raya lalu. Pada PRU ke-12 lalu, orang ini mendapat 18,943 undi menewaskan calon BN, lawan dengan majoriti 3,413 undi.
Selasa, 9 Mac 2010
Tak perlu disensasikan isu ZulNordin
Ketika dihubungiMalaysiakini hari ini, Zulkifli meminta barisan kepimpinan PAS supaya jangan 'melatah' berhubung perkara itu. Kenytaan beliau ini seolah-olah menggambarkan PAS seperti hidung tak mancung piupi tersorong-sorong. Ulas ZulNordin terhadap kenyataan beberapa pemimpin kanan PAS yang tidak bersetuju parti itu menerimanya semula diputarbelitkan oleh media semaunya. Pemimpin PAS yang respon terhadap isu beliau masuk PAS ialah tiga naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat. |
Dunia diambang kehancuran..
Malaysia seperti biasa berbangga jika dapat mencapai status global dalam segala hal. Sebelum ini Malaysia begitu bangga menimpot segala kelakuan tak senonoh masyarakat dunia ke dalam Malaysia dari segi berpakaian, budaya, hiburan, cara hidup, dan apa saja. Jika di Amerika ada pergaulan bebas, di Malaysia apa kurangnya. Kalau di Jepun ada pesta seks, di Malaysia juga ada malah dalam perkampungan seperti Felda pun kerap media melaporkan penangkapan terhadap kumpulan yang mengadakan pesta seks. Kalau di Amerika ada pom-pom girl bila ada perlawanan, di Malaysia pun ada. Kalau di Perancis ada gadis gedik mewarnai sekitar gelanggang perlumbaan kereta, di Malaysia pun ada di gelanggang F1 atau CUP Prix. Kalau sebelum ini kita hanya meluat dengan perlakuan anak-anak muda dengan muzik, rambut punk, seluar koyak, pergaulan bebas, makan makanan segera..., kina ianya mengimpot sumber kehancuran umat manusia bilamana aktiviti seks, peralatan seks, aksesori seks sudah mendapat kelulusan dari masyarakat. Terkini media melaporkan terdapat lambakan ubat-ubatan dan peralatan seks yang sebelum ini dijual secara terbuka di negara-negara luar seperti Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom atau Belanda kini mula menular di negara ini.
Jika dahulu, aktiviti jualan aksesori seks itu hanya boleh didapati di tepi-tepi jalan tetapi kini pengusaha produk tersebut lebih berani dengan membuka francais di kompleks membeli-belah terkenal secara terbuka di ibu negara. Antara pusat membeli-belah itu ialah di Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang, Bangsar, Subang Jaya, Cheras dan Damansara. Paling memualkan, premis-premis yang menjual peralatan seks itu sangat mudah dikenali kerana pintu-pintu masuk kedai itu diletak dengan objek berbentuk alat sulit lelaki.
Ahad, 7 Mac 2010
Taman Tasik Cempaka



