Kawan-kawan setia

Sabtu, 18 September 2010

Utusan, UMNO dan kuncu-kuncunya....

DAP Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap kenyataan liar bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, yang kini melukut ditepi gantang dalam UMNO,Mohd Zahid Md Arip yang telah menuduh suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya adalah ahli seumur hidup parti itu sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar yang terkenal penabur fitnah Utusan Malaysia, 16 September lepas.

Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang, Ng Wei Aik berkata, kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Zahid bermatlamat memburuk-burukan DAP sebagai sebuah parti gabungan dalam Pakatan Rakyat."Tuduhan itu nyata sekali tidak berasas kerana suspek berkenaan tidak pun pernah menyertai DAP tetapi sebaliknya pernah mengatakan hasrat menyertai MIC sepertimana yang dinyatakan oleh Senator T. Murugiah dan disiarkan oleh hampir kesemua media termasuk TV yang telah ditonton oleh kebanyakan rakyat.
Tindakan Utusan Malaysia membesarkan kenyataan Zaid, juga jelas menangguk di air keruh dengan mempolitikkan isu berkenaan bagi menghentam DAP yang didekati PAS dan PKR.DAP Pulau Pinang, katanya melihat usaha utama program itu ialah memberi gambaran bahawa DAP adalah sebuah parti yang menganjurkan keganasan.

"Itu dia sikap Umno dari dulu sehinggalah sekarang. Asyik melemparkan tuduhan dan fitnah walaupun tiada bukti sah," tambahnya

Ahad, 12 September 2010

Kejamnya manusia Malaysia...letup pukul, bakar sampai jadi abu...

Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, kesemua suspek dipercayai terlibat membunuh mangsa sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebuah anak sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat di sini, Mohd. Bakri berkata, polis membuat tangkapan pertama pada 10 September melibatkan lima orang.

Semalam, Datuk itu dan adiknya yang juga seorang peguam dan berpusat di sini ditahan, manakala seorang lagi suspek ditahan hari ini.

Beliau berkata, hasil penyiasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit itu seluas 1.6 hektar, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa.

Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Bagaimanapun, Mohd. Bakri berkata, beliau tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar kesemua mereka dibunuh, tetapi ia mungkin di antara tarikh mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos sehinggalah semalam.

Mengenai motif kejadian, beliau berkata, ia lebih ke arah saingan perniagaan dan urus niaga kewangan di antara suspek utama (kedua-dua peguam) dan Sosilawati (Kosmo)

Jumaat, 10 September 2010

MAJLIS HARI RAYA ANAK KELANTAN DI PERANTAUAN

Kerajaan Kelantan melalui Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakan) akan mengadakan Majlis Hari Raya Bersama Menteri Besar dan Pimpinan Kerajaan bertempat di Dewan Konvesyen Pusat Dagangan Kelantan (KTC) pada hari raya kedua bermula jam 8.00 malam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Dr.Muhammad Fadzli Hassan, program tahunan tersebut adalah merupakan satu cara kerajaan negeri untuk bersama anak Kelantan yang berada di perantauan.

Melalui program itu juga, katanya anak Kelantan dapat mengambil maklumat perkembangan semasa negeri secara terus dengan berjumpa pegawai kerajaan maupun wakil rakyat mereka, kerana pada malam tersebut wakil-wakil rakyat dari seluruh negeri akan hadir yang memudahkan pertemuan sesama mereka.

Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan para petugas media dan kakitangan Urusetia Kerajaan Negeri di majlis berbuka puasa malam tadi bertempat di JKR 10.

Muhammad Fadzli juga berkata seperti kebiasaannya, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan menyampaikan amanat kepada hadirin yang dianggarkan lebih 2,000 akan hadir pada malam tersebut.

“ Tahun ini kita akan adakan di KTC seperti tahun lepas dan sambutan amat menggalakkan, saya juga berharap orang ramai dapat datang awal bagi memudahkan urusan pendaftaran masuk dan mereka dikehendaki mengisi borang kemas kini alamat surat menyurat di negeri tempat mereka berada agar mudah dihubungi pada tahun hadapan pula,” katanya lagi.

SALAM EIDULFITRI

Kepada semua muslimin dan muslimat PASBANGI BBB3 ingin mengucapkan selamat manyambut eidulfitr. Kepada yang berada dikampong atau dimana saja ambil kesempatan pertemuan ini dengan mengeratkan hubungan silaturRahim antara umat Islam. Semarakkan perjuangan demi agama Islam yang dicintai. Teruskan dakwah penerangan kepada yang belum Islam semoga menambahkan lagi umat Nabi MUHAMMAD...

Minai Aaidin wa Faizin...

Sabtu, 4 September 2010

Tepuk air didulang terpercik ke muka sendiri..

Malaysia menadi kecoh seminggu dua lepas bila dikhabarkan oleh media ada Ahli Parlimen bukan Islam memasuki surau dan masjid menyampaikan peruntukan parlimen kepada surau-surau dikawasannya, seolah-olah satu tragedi paling hitam dalam sejarah Masjid Malaysia. Kecohnya kerana yang terlinat adalah dari ahli parlimen bukan BN…kalau ahli parlimen atau adun BN, tak ada apa-apa..Ramai sudah maklum dah bertahun pimpinan MCA dan Gerakan yang bukan Islam memasuki masjid, tak jadi kecoh pun. Bahkan ada di kalangan mereka masuk untuk kempen dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pun sebelum ni. Yang terbaru kempen pilihanraya yang melibatkan calon India yang beragama Hindu melawan Datuk Zaid Ibrahim. Cuma yang nampak manisnya calon India tersebut tidak di sebutkan nama penuh sekerat sahaja…Saudara Kamal, sedangkan nama penuhnya Kamalnathan..

Lebih malang ada yang keluar ‘fatwa’ melarang Cina bukan Islam masuk ke masjid, takut ianya mencemar nama baik masjid. Seperti kata Tuan Ibrahim Tuan Man orang bukan Islam sebelum masjid siap dah masuk masjid, tak kecoh pun, masuk buat kontrak masjid, masik pasang wiring, masuk pasang aircond, masuk pasang karpet, PA system dan macam-macam lagi….tak kecoh pun. Ada juga yang berpendapat orang bukan Islam tak boleh masuk masjid sebab tak menutup aurat….ye ke yang saya nampak orang Islam sendiri pun masuk masjid tak tutup aurat, ada yang tutup rambut sahaja, jambul keluar…

Saya setuju dengan lakaran kartun oleh sebuah akbar yang memaparkan budak-budak yang berlambangkan BN menembak sasaran ke objek berlambang PAS, apa terjadi meriam buluk meletop dan pecah terkena muka sendiri sedangkan objek yang dituju tiada apa-apa...begitulah yang berlaku sebenarnya...tuduhan, tohmahan, fitnah UBN kesemuanya kembali kepadanya semula....