Kawan-kawan setia

Ahad, 31 Oktober 2010

Sudah bertahun BN amalkan...tiba-tiba dah jadi rasuah pulak.

Tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 (baru ditawarkan, entah ya entah tidak belum pasti) kepada pengundi yang berada di luar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas untuk pulang mengundi merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Ini ucapan pelik Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang berkata, pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi. Amalan ini sudah bertahun dan berpuluh pilihanraya di amalkan oleh BN, tetapi bila diadukan kepada SPR tiada tindakan pun diambil. Jadi eloklah kalau SPR dah sedar, kita tengok jika BN memberikan apa-apa kepada pengundi jadi rasuah tak. Umpamanya semasa TS Muhyidin datang ke Galas, menawarkan projek kepada warga Galas jika menang, rasuah tak?..buka projek sahaja, wi-fi percuma, basikal, generator, peruntukan baiki rumah...banyak lagi lah...ini bukan dongeng malah disiarkan dalam semua media perdana....rasuah tak?...apa kata SPR...hanya diam membisu seribu bahasa. Aleh-alah bila terrrrrdengar ura-ura alias berita angin bagi RM250 yang belum tentu sohihnya dari PAS eh eh rasuah pulak..

Khamis, 28 Oktober 2010

Projek mee segera @rasuah politik 1


Tiba-tiba sahaja kedai komputer sibuk dengan orang-orang kampong dari Gua Musang, berlumba-lumba membeli komputer. Tak kira macam-mana cara pun yang penting sebuah komputer yang dilengkapi wi-fi....... Check punya check...rupa-rupanya UBN telah merasuah pengundi di Gua Musang, akan memasang wi-fi percuma bagi memudahkan orang-orang kampong masuk internet. Baguslah tu biarkan orang kampong yang sebelum ini nak sebut wai-fai pun kekok masuk ke youtube, boleh tengok macam-macam gelagat pemimpin kerajaan BN, skendel2 yang tak habis2....boleh baca cerita dari harakahdaily secara percuma, boleh masuk blog2 untuk mengetahui berita semasa. Kalau diharap Utusan, Berita Harian, RTM, TV3, TV9....kerje mengampu sahaja, orang kampong pun dah menyampah.

Gua Musang menjadi jajahan pertama di Kelantan menerima perkhidmatan melayari internet tanpa wayar secara percuma melalui program “Kampung Wifi” melibatkan 30 buah kampung dalam jajahan itu.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan DS Rais Yatim berkata, selaras dengan usaha kerajaan memberi kemudahan itu kepada semua lapisan masyarakat termasuk di luar bandar, kementeriannya akan melaksanakan Kampung Wifi secara berperingkat dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata perkara itu sudah dirancang lebih awal lagi kerana kerajaan mahu rakyat di semua peringkat sama ada di bandar atau luar bandar menikmati kemudahan terbabit secara sama rata.

"Buat kali pertama di Kelantan kita lancarkan dahulu Kampung Wifi di Gua Musang kerana ramai penduduk menunggu-nunggu perkhidmatan itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kampung Wifi di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Sungai Terah, di sini hari ini. (Lepas ini pening la TM, maxis, Digi nak fikir camne nak dapatkan bajet segera ni...atau rembat dulu masuk akaun kemudian).

Rabu, 27 Oktober 2010

Alahai UBN


Baru tak sampai satu hari puji PRK Galas permulaan demokrasi matang BN/UMNO namun bila terpandang poster ini dalam harakahdaily baru tersedar sebenarnya UMNO belum matang dalam pilihanraya. UMNO masih memerlukan sentimen agama, sentimen kaum untuk menang. Ini belum lagi dengan rasuah projek, rasuah basikal, rasuah baiki rumah, rasuah enjin letrik yang dilambak dikawasan memancing pengundi...bukan orang kecik anak, TPM sendiri yang merasuah... Nampaknya harapan tinggal harapan jika ingin melihat senario pilihanraya yang adil. Kalau menonton TV lagi sakit hati, tigasuku siaran berita dipenuhi kempen BN/UMNO.....

Selasa, 26 Oktober 2010

Demokrasi sehat di Galas

Beberapa peristiwa yang patut dicatit dari Galas yang memberi sedikit cahaya kepada kematangan demokrasi di Malaysia. Ramai yang tertarik dengan sikap mesra para pemimpin BN semasa hari penamaan calon DUN Galas kali ini. Antaranya lawatan mesra pemimpin BN ke khemah Pakatan Rakyat, berbual dan berbincang tanpa prejudis kepada parti masing-masing, juga reaksi positif khairy Jamaluddin berhubung solat hajat oleh PAS di masjid Gua Musang, sikap mesra pihak keselamatan terhadap petugas PAS dan banyak lagi yang seronok dicatat. Pergaduhan, membaling botol, ejek mengejek tidak berlaku di Galas setakat ini. Bahkan ucapan-ucapan Dr Rais Yatim, Tok Pa... disenangi dan seronok didengar. Apakah ini petanda perubahan iklim politik Malaysia atau ada udang disebalik mee... Harapan kita sebagai rakyat ingin melihat demokrasi matang yang memberi hak kepada semua sewajarnya tanpa mengira kumpulan atau parti.

Antara laporan yang dapat dipetik dari Harakahdaily" Presiden PAS sempat berseloroh dengan Shahrizat semasa kehadiran Ketua Wanita Umno itu ke khemah yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk pemimpin Pakatan Rakyat dengan berkata beliau tidak berkinjung ke khemah BN kerana presidennya tiada, merujuk kepada ketidakhadhiran DS Najib semasa penamaan calon semalam. Shahrizat pula dengan nada selamba berkata, beliau pergi ke khemah tersebut untuk bertemu Presiden PAS. Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh turut berbual dengan Shahrizat ketika itu. Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim juga berbuat demikian sambil bersetuju memberikan ruang selama 15 minit kepada Pakatan Rakyat melalui RTM.

Pelik juga...mana Ku Li

Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang akan diadakan pada 4 November ini seperti dijangka menyaksikan saingan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.

BN diwakili Ab Aziz Yusoff, 49, manakala PAS diwakili Zulkefli Mohamed, 44.

Pencalonan Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PASGua Musang telah dicadang oleh Mohamed Noor Awang Hamat dan disokong oleh Abdullah Hussein.

Beliau berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan kejayaan PAS pada pilihan raya kecil kali ini. Dr. Zulkefli pernah bertanding di Parlimen Gua Musangsebanyak dua kali, iaitu pada pilihan raya umum 2004 dan 2008, namun tewas di tangan Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku RazaleighHamzah.

Dalam rioh rendah tersebut ramai yang tertanya-tanya mana Ku Li?....sepatutnya Ku Li sebagai pengarah PRK BN ini mesti ada bersama-sama dengan calon semasa penamaan hari ini... pelik juga ni..

Sampai bila bahasa Inggeris diagung-agungkan...

Seramai 370 pakar bahasa Inggeris dari luar negara akan diambil bekerja untuk memantau pengajaran bahasa itu di sekolah-sekolah bagi merealisasikan pelaksanaan dasar memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) mulai tahun depan.(berapa kosnya setahun?...)

Hinakah belajar dalam bahasa Melayu?, bertutur dalam bahasa Melayu?, berurusan bisnes dalam bahasa Melayu?..., maka harus di ambil bahasa penjajah untuk dijadikan keutamaan. Biarlah bahasa sendiri berdaulat sebagaimana negara-negara maju amalkan. Jepun, Jerman, Peranchis, China, Korea...semua menggunakan bahasa ibunda. Mereka maju, jauh lebih maju dari kita yang terhegeh-hegeh memuliakan bahasa yang pernah menjajah kita. Pergilah kemana pun terasa elit skit dah begitu berbangga dengan bahasa Inggeris yang fasih...terasa begitu hina bila berbahasa Melayu..

Berita semalam memaparkan TPM Tan Sri Muhyiddin berkata akan mengambil ramai pakar-pakar bahasa Inggeris untuk memantau pengajaran bahasa Inggeris khususnya untuk pelajar tahun satu sekolah rendah di seluruh negara. Adoi...sampai begitu sekali...bukan murah tu...duit negara, duit rakyat yang membayar cukai. TPM berkata lagi bahawa pengambilan pakar itu amat penting bagi pendidikan negara memandangkan usaha perlu diteruskan untuk memperkukuhkan bahasa Inggeris.

Isnin, 25 Oktober 2010

Setiap kali perhimpunan...tajuk utama hentam PAS, cuba baca laporan The Star

Hentaman 1

---------------------------------------------------------------

A SELANGOR delegate took a swipe at PAS, saying that the Islamist party practises its own brand of democracy when it comes to appointing mosque committee members in the state.

Datuk Ismail Kijo claimed that a PAS-friendly candidate would be appointed to the committee even though the person garnered the least number of votes.

“It is like giving a gold medal to the one who finished third. This is the so-called democracy practised by PAS in Selangor,” he said when debating the motion on religion and education during the Umno general assembly.

Ismail said that PAS would appoint candidates that would benefit them.

Hentaman 2

---------------------------------------------------------------------------

Wanita Umno debate kicked off with a fiery attack against PAS. Datin Rahimah Mohamed of Kelantan claimed that PAS had betrayed the race and religion. “PAS is now afraid of DAP. Its leaders are more scared of (DAP chairman) Karpal Singh than Allah,” she said when proposing the debate on Wanita Umno chief Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil’s policy speech. She said PAS had wooed Malays by promising to establish an Islamic state but now it had stopped mentioning it as it was afraid of DAP.

She also said PAS was a party that flip-flopped.

“In the 70s and 80s PAS said Umno was kafir for collaborating with MCA and MIC. “They said then that it was against Allah’s law. “But now they have forged ties with DAP to destroy Malay (political dominance),” she said.

She also noted that PAS had set up a Brigade Muslimat to counter Wanita Umno’s Squad Sayang.“The Red Squad (Wanita Umno) will face off with the Green Brigade (Muslimat PAS) in the Galas by-election,” she said, adding that Galas would be the stepping stone for Umno to return to power in Kelantan.

Bila hidayah hadhir...


( Lauren Booth (born Sarah Booth 22 July 1967, Islington, London) is an English broadcaster, journalist and human rights activist. She now works for Press TV, the English-language news channel of the Islamic Republic of Iran - Wikipedia)

Beliau adalah adik ipar (tiri) bekas perdana menteri Britain Tony Blair, seorang penyiar dan wartawan telah mengumumkan keislaman beliau enam minggu lalu. Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.

“Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun.

“Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari,” katanya yang dipetik akhbar Daily Mail. Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan. “Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana Islam akan membawa saya seterusnya?” katanya.
Lauren sebelum ini diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan banyak masa bertugas di Palestin.

Sabtu, 23 Oktober 2010

Ulama muda UMNO pertahan festivel fesyen Islam yang menghina Islam

Perwakilan Umno Perlis, Fathul Bari Mat Jahya ialah salah seorang daripada 40 ulama muda yang menyertai Umno baru-baru ini mempertahankan tindakan isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung kepada sebuah pertunjukan fesyen menggunakan nama Islam di Jakarta baru-baru ini. Beliau juga berkata Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk terus menghakimi dan menghukum seseorang tanpa membuat usul periksa terlebih dahulu. Malah katanya, Islam telah menggariskan satu panduan jelas untuk menegur dan menasihati pemerintah dengan cara berhemah dan bukannya secara terangan. (ayat selepas ini telah ditarik balik, maaf menyinggung sesetengah pihak)

Siapa peduli

Lihatlah dan pandanglah ke Taman Tasik Cempaka:

1. Lampu-lampu sepatutnya menerangi Tasik Cempaka...kini tinggal tiang
2. Pasir-pasir berkumpul tanpa disapu bila selepas hujan, kadang-kadang ada lumpur...
3. Ramai berjoging waktu pagi menunjukkan minat warga Bangi beriadhah, MPKj bersihkanlah selalu Taman kami ini..
4. Tiada pengawal yang mengawal motorsikal masuk sesuka hati ke kawasan tasik...tidak selesa bagi warga Bangi berjoging yang mencari udara bersih.
5. Siapa peduli mengindahkan tasik sesuai sebagai tempat rekreasi dan taman ...
6. Banyak plaque yang dipasang hilang...dimana tahap disiplin warga Bangi yang dikatakan terpelajar..
7. Pagar keselamatan yang pernah dipaparkan dalam blog ini tahun lepas...masih ternganga menanti mangsa yang lalai...

selebihnya cari lah sendiri...sambil berjoging

Calon Pakatan Batu Sapi....Datuk Yong Teck Lee

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee, telah dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat PRK Parlimen Batu Sapi. Walaupun sebelum ini timbul desas desus bahawa akan wujud pertandingan tiga penjuru antara PKR-BN-SAPP dalam pilihanraya kawasan pada 4 November ini. Ini merupakan penyertaan pertama Yong dalam pilihan raya selepas pembatalan kelayakannya untuk bertanding dalam pilihan raya 2001. Sebelum ini diberitakan bahawa rundingan antara PKR dan SAPP Khamis lalu gagal mencapai kata sepakat untuk memboleh hanya seorang calon pembangkang bertanding menentang BN di Batu Sapi nanti. Yong Teck Lee juga merupakan bekas Ketua Menteri Sabah. Beliau pernah menjadi ADUN Likas dari 1985 hingga 2002 dan Ahli Parlimen Gaya dari 1999 hingga 2002. Beliau berkelulusan LLB (Hons) University of London dan Barrister-at-Law dari Lincoln's In

Jumaat, 8 Oktober 2010

Lampu isyarat jalan 3 tumbang


Entah kena ribut ke kena rembat, tiba-tiba lampu isyarat masuk ke seksyen 3 tambahan tumbang menyebabkan trafik yanh ingin memasuki ke seksyen 3 tambahan melalui petronas tersekat...

Surat khabar...

Ada sahabat cerita, beliau biasanya membeli akhbar Berita Harian atau The Star, namun akhir-akhir ini susah dapat The Star atau BH, cepat habis. Penjual akhbar menawarkan kepadanya Utusan Malaysia, kerana UM masih banyak lagi, tak berapa laku... Kata penjual tersebut UM susah nak dijual, seolah-olah ada kempen boikot UM. Setahu kita tidak ada kempen sedemikian...mungkin rakyat terbanyak sudah bosan dengan kandungan UM yang terlalu kepartian BN dan mengutuk parti lawan BN. Kalau nak jadi akhbar parti jangan namakan Utusan Melayu, letak saja Utusan BN senang. Ini berselindung disebalik Melayu yang sebenarnya akhbar parti BN. Tak hairanlah UM semakin terpinggir. Harakah?.... lagi cepat habis walaupun akhbar parti dan untuk ahli sahaja. Ramai benarkah ahli PAS ni?...

Isnin, 4 Oktober 2010

gelihati....

Kata LGE "Biarkan Umno terjun dengan labu-labunya" reaksi beliau bila menghadapi serangan demi serangan olek Umno dan askar2 mereka terhadap kepimpinan Pakatan Rakyar khususnya LGE sendiri di Pulau Pinang.Dalam TV terutama TV3 kalut menayang demi tayangan hal warga penang memulangkan wang pemberian warga emas RM100 dan wang pengurusan jenazah warga emas sebanyak RM1,000. LGE dah banyak kali menekankan bahawa wang ehsan tersebut bukan dari hasil judi namun mereka berterusan memainkan sentiment tersebut. Tiadameasalah dengan kerajaan negeri Pulau Pinang jika ada warga emas yang mahu memulangkan pemberian Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tersebut, mereka boleh berbuat demikian, bahkan kalau tak mahu seumur hidup pun boleh dengan buat surat hantar kepada kerajaan negeri katakan mereka tidak mahu menerima terus pemberian yang diperuntukkan kepada mereka setiap tahun itu selama-lamanya.

Hai bila pulak UMNO alergik dengan judi.....yang kat Genting tu siapa pungut hasilnya....tak sensitif ke?...