Kawan-kawan setia

Isnin, 27 Disember 2010

Program Karnival Rakyat Bangi 2010

Mengakhiri ke hujung tahun 2010 Persatuan Penduduk Seksyen 4 yang diketuai oleh pengurusinya Datuk Abdul Karim bergabung dengan Surau AlKauthar dan pejabat ADUN Bangi telah mengadakan karnival rakyat semalam, Ahad 26 Disember 2010. Program yang dirasmikan sendiri oleh ADUN Bangi YB Dr Shafie Abu Bakar itu telah mendapat sokongan padu dari agensi-agensi Kerajaan terutama kementerian kesihatan yang telah membuat ceramah, pameran kesihatan, ujian kesihatan percumadan sebagainya. Selain gerai-gerai penerangan ianya dibuka juga kepada penduduk Bandar Baru Bangi untuk mengadakan gerai jualan. Surau AlKauthar dan persatuan penduduk seksyen 4 juga tidak ketinggalan membuka gerai jualan. Sebelah malam pulak di adakan forum agama yang menampilkan ahli penal yang terkenal.


Khamis, 23 Disember 2010

Out of the box: Selamat Pengantin Baru


Syabas kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang telah selamat dinikahkan dengan seorang wanita Lubnan berusia 28 tahun dalam majlis tertutup di kediaman rasminya. Majlis itu hanya dihadiri orang kenamaan dan ahli keluarga terdekat yang turut dihadiri kira-kira 200 tetamu khas. Taib dan isteri, dinikahkan oleh Mufti Sarawak, diiringi satu majlis persandingan sederhana turut diadakan di ruang utama kediaman rasmi beliau. Majlis tepung tawar mempelai dan persembahan hadrah dan berzanji turut diadakan ketika Taib dan isteri bersanding dengan kenalan dan keluarga terdekat diberi peluang menepung tawar pasangan.

Sabtu, 18 Disember 2010

Apa macam?..kalau PR cabar speaker di mahkamah, macam DUN Perak dulu

Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa mahkamah boleh mengenepikan keputusan Speaker Dun Perak kini bakal makan tuan apabila Pakatan Rakyat mahu mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat.

Oleh itu, pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa keputusan Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dicabar oleh mahkamah telah tertolak dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.

Demikian kata peguam Mohamed Hanipa Maidin, Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Mohd Nazri melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah.

Mengulas kenyataan ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh - Nazri, menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal parlimen berkata mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.

“Ini kerja gila dan saya percaya ia akan ditolak oleh mahkamah kerana parlimen ada supremasinya,” katanya di lobi parlimen hari ini.

Menurut Nazri, telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi atau bidang kuasa ke atas Parlimen.

Karpal yang merupakan seorang peguam sebelum ini berkata tindakan akan diambil ke atas Speaker Dewan Rakyat, Datuk Pandikar Amin Haji Mulia kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya selama enam bulan.

Bagi Hanipa, Umno telah terbelit dengan tindakannya sendiri apabila seolah-olah membenarkan tindakan Mahkamah Persekutuan campur tangan dalam kes keputusan Speaker Dun Perak V Sivakumar apabila beliau menggantung Zambry Abdul Kadir dan enam Exco haramnya.

"Adakah Nazri tidak sedar dalam kes Perak, Umno telah menyalahgunakan mahkamah untuk cabar keputusan V Sivakumar, Speaker Dun Perak.

"Bukankah Mahkamah Persekutuan telah memutuskan keputusan Sivakumar sebagai Speaker boleh dicabar. Sekarang kes Perak ini dah makan tuan," kata Hanipa dalam kenyataannya.

Ini kerana, kedudukan Speaker Dun dan Speaker Dewan Rakyat tidak ada bezanya dalam konteks sistem dewan perwakilan di Malaysia. Jika keputusan Speaker Dun boleh dicabar, maka keputusan Speaker Dewan Rakyat juga boleh dicabar (Harakahdaily)

Sabtu, 11 Disember 2010

Uniform Galeri




Sabtu lalu 4 Disember sebuah lagi stor jualan keperluah persekolahan telah dibuka di Bandar Baru Bangi. Sesuai dengan tema Bandar Baru Bangi Banndar Ilmu, kewujudan banyak kedai buku dan keperluan sekolah dialu-alukan. Bertempat di kawasan perniagaan yang baru dibuka usahasama PKNS dengan Glomac ia sangat sesuai kerana lokasi ini berdekatan dengan banyak kawasan perumahan di Bandar Baru Bangi. Kedai ini telah diusahakan oleh saudara Roslan yang banyak pengalaman dalam perniagaan kedai buku dan peralatan sekolah. (petikan dari http://razmij.blogspot.com)

Rabu, 8 Disember 2010

Maal Hijarh 1432: Sultan Kelantan, MB Kelantan penggerak dakwah ummah

Kelantan memulakan misi pembentukan kerajaan Islam di Malaysia bila PAS dapat mendirikan kerajaan dengan TG Nik Aziz dilantik sebagai Menteri Besar. Dengan kapasiti kuasa yang terhad kerajaan Kelantan di bawah PAS antaranya telah menghapuskan judi, tempat-tempat hiburan, premis-premis yang menjual arak secara terbuka dan pengasingan kaunter dipasaraya. Kelantan bersih maksiat telah berjaya dilakukan disamping penyuburan dakwah dan ilmu agama melalui berbagai cara. Kini, dalam era kedua ini, Kelanta melangkah setapak lagi kehadapan dengan mendapat Sultan yang baru iaiitu DYMM Sultan Muhammad ke V, yang berjiwa rakyat dan teguh menghayati agama, diharap akan terus menyuburkan dakwah kepada seluruh rakyat. Gandingan mantap antara ulamak dan umarak ini merupakan contoh terbaik yang hidup nyata yang boleh dilihat oleh semua.

Dalam majlis Maal Hijrah peringkat negeri yang diadakan di Balai Islam Lundang semalam Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menggesa umat Islam khususnya rakyat di negeri ini supaya menggerakkan usaha mewujudkan umat Islam bersatu padu atas ‘kalimah tauhid’. Ini penting bagi merealisasikan status umat Islam sebagai ‘khaira ummah’ dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang di akhirat kelak. Baginda mengajak umat Islam supaya sedar dan insaf bahawa tanggungjawab besar itu tidak akan berjaya dicapai tanpa perpaduan dan persaudaraan di kalangan ummah. Baginda juga mengajak rakyat dan umat Islam supaya sama-sama menghayati ruh dan semangat perjuangan ‘hijrah’ yang telah diteladani dari Junjungan Besar Nabi Muhammad khususnya dalam aspek perhubungan dan persaudaraan sesama Islam dan masyarakat bukan Islam. Sambutan tahun ini bertemakan “Satu Ummah, Satu Matlamat” itu, baginda turut menekankan komitmen ummah dalam amalan sunnah yang merupakan kunci kekuatan dan kejayaan dalam mendidik ruh dan hati supaya menjadi baik, tenang dan bersangka baik. “Dengan semangat Hijrah untuk memartabatkan umat Islam di negeri Kelantan khususnya dan di Malaysia amnya, marilah kita membangunkan masyarakat dengan budaya Islam yang unggul iaitu ‘faqiihan’, ‘rahiiman’, ‘ilman’ dan ‘salaaman’ dalam menelunsuri kehidupan masa depan kita yang kian mencabar,” titah baginda.

Sambutan Maal Hijrah peringkat DUN Bangi

Majlis sambutan Maal Hijrah 1432 bagi kawasan DUN Bangi telah di adakan di masjid Hj Mat Saman Sungai Ramal Kajang. Dengan anugerah cuaca yang baik majlis telah berlangsung dengan meriah dengan kehadhiran penduduk tempatan dan jemputan khas. Antara VIP yang hadhir ialah YB Ahli Parlimen Serdang, YB ADUN Bangi sendiri dan ahli-ahli Majlis Perbandaran Kajang. Majlis sambutan kali ini telah di isikan dengan ceramah yang telah disampaikan oleh Uztaz Kamal Shaari dengan mengupas konsep Hijrah, peranan para sahabat utama dalam menjayakan hijrah dan peranan umat Islam masa kini.


Disamping itu pihak penganjur juga mengambil kesempatan mengadakan gerai jualan dan gerai-gerai kesedaran kesihatan juga pendaftaran pengundi. Orang ramai mengambil peluang mendapatkan penjelasan tentang bahaya denggi malah boleh mendapatkan bahan kimia anti nyamuk seperti abate dengan percuma. Orang ramai juga diberi peluang membuat pemeriksaan kesihatan asas.


Disamping penyampian anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat DUN majlis ini juga memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dari sekolah-sekolah anjuran kerajaan negeri.



Isnin, 6 Disember 2010

Gotong Royong Perdana Seksyen 4 Bdr Baru Bangi




Gotong royong ini di adakan sebagai salah satu aktiviti kebersihan persatuan penduduk dengan kerjasama ADUN Bangi, MPKj, Kementerian kesihatan dan beberapa agensi kerajaan yang lain., Seksyen 4 merupakan kawasan denggi yang tertinggi di Bangi dan merupakan satu ancaman kepada kesihatan penduduk. Kehadiran ADUN Bangi dan Ahli Majlis MPKj Ustaz Shafie Ngah telah menyuntik semangat kepada penduduk seksyen 4 untuk bertungkus lumus membersihkan kawan rumah masing-masing dan kawasan-kawasan awam. Beberapa pokok yang agak membahayakan dan tumbuh liar telah ditebang ataupun di trin oleh anggota MPKj dengan peralatan khas.


Selesa duduk dibangku sahaja...Ustaz Shafie Ngah, YB Dr Shafie dan pengerusi Persatuan penduduk seksyen 4 Datuk Abd Karim.



SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1432H

Kepada semua sahabat PASBANGI 3 diucapkan selamat menyambut tahun baru Hijriah 1432 dengan azam menguatkan semangat jihad memperjuangkan risalah Allah di Malaysia ini amnya di Selangor ini khususnya. Semangat yang semakin dingi ditahun lalu 1431H wajib disegarkan semula bagi menghadapi PRU ke 13 yang dijangka akan berlaku tahun 2011M.

Jumaat, 3 Disember 2010

Gaji pengerusi SYABAS lebih RM400 ribu sebulan...biar betul

Mak oooii..terkejuk beruk semua orang, mengalahkan beruk bila mendapat tahu gaji pengerusi SYABAS RM400ribu sebulan?....menyamai gaji seorang eksekutif yag baru bekerja 20tahun.. Dia ni makan beras emas ke?, sampai diberi gaji sebanyak itu.. malu la kat PM Najib, pengerusi Malaysia, gaji PM pun tak sampai sebanyak itu, inikan pula pengerusi sebuah syarikat yang mengendalikan keperluan asas kehidupan terutama manusia macam kita ni....

Petikan Harakahdaily

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong sekiranya ada usaha Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sendiri memotong gaji pengerusinya untuk menampung kos operasi atau memberi bantuan keperluan asas kepada penduduk khususnya warga Selangor.

Ketua Penerangannya, Fadhil Osman berkata pihaknya merasa terkejut dengan maklumat pendapatan Pengerusi Eksekutif Syabas mencecah RM5.1 juta setahun atau bersamaan RM425,000 sebulan.

Katanya, DPPWP hairan bagaimana kerajaan Selangor sebelum era Pakatan Rakyat (PR) boleh meluluskan pendapatan sebegini banyak untuk seorang pengerusi syarikat yang mempunyai kepentingan dengan keperluan asas penduduk di negeri Selangor iaitu air.

DPPWP, ujarnya tidak kisah sekiranya pendapatan tersebut diperolehi oleh pengerusi atau ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat gergasi yang mempunyai keuntungan berbilion ringgit setahun dan bersifat internasional.

Tetapi, soalnya nilai pendapatan sebegitu tinggi tidak wajar diperolehi oleh pengerusi sebuah syarikat yang menguruskan air untuk rakyat.

“Apakah Syabas mahu mengambil laba berlipat kali ganda dari rakyat hasil dari sedikit jasa menguruskan air untuk keperluan rakyat?

“Meskipun air di Selangor diuruskan oleh Syabas, namun lupakah pengerusinya bahawa air dikurniakan oleh Allah untuk manusia?” soalnya lagi.

Jelasnya, air adalah keperluan asas penduduk di mana tanpa air, tiadalah kehidupan dan DPPWP kesal bagaimana air yang sangat penting boleh diniagakan dengan nilai yang tinggi kepada rakyat.

DPPWP juga, katanya melihat mungkin itulah faktor Syabas mahu menaikkan harga air sebanyak 37% kerana mahu menampung operasi mereka termasuk membayar gaji pengerusinya.

Sedangkan, ujarnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mahukan kebajikan untuk rakyat dengan memberi 20 meter padu air percuma kepada rakyat.

Sepatutnya, tamba beliau Pengerusi Syabas perlu insaf terhadap keadaan masyarakat khususnya yang berpendapatan rendah kerana menaikkan harga air bererti menambah beban kepada rakyat.

“Rakyat baru mendapat ‘hadiah’ dengan kenaikan harga minyak petrol RON 97 baru-baru ini, usah ditambah dengan pelbagai kenaikan lagi,” ujarnya.

Beliau menambah, Syabas perlu melihat kesan kepada ekonomi negara dengan hampir semua harga barang keperluan akan meningkat.

DPPWP juga, ujarnya menyokong usaha kerajaan Selangor yang akan mengadakan himpunan besar-besaran pada 5 Disember, Ahad ini sebagai membantah kenaikan harga air oleh Syabas