Kawan-kawan setia

Isnin, 19 Disember 2011

Kenapalah bodoh sangat.......

(gambar hiasan)

Media memaparkan kisah berlaku di Melaka, sorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan mengalami pendarahan selepas dipercayai dirogol teman lelakinya di sebuah hotel bajet di bandar raya ini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, ketika ditemui anggota polis, gadis berusia 20an sedang menangis dan bersandar di kaki lima hotel bajet berkenaan. Hasil soalsiasat difahamkan, mangsa yang berkenalan dengan kekasihnya berusia 22 tahun itu sejak dua tahun lalu, keluar ke bandar raya ini bersama tiga lagi rakannya.
Sumber berkata, gadis itu dikatakan mengikuti teman lelakinya ke hotel berkenaan dan dia dirogol di situ. Menurutnya, mungkin panik dengan pendarahan dialami mangsa, teman lelakinya dipercayai melarikan diri dan meninggalkan gadis berkenaan disitu. Inilah orang nogori den kato, takdo kojo cari kojo. Kalau tidak suka sama suka masakan dia sanggup ikut lelaki kebilik hotel, kan sudah maklum kalau lelaki bawa perempuan kebilik hotel tentu ada niat yang tidak baik. Sebagai seorang mahasiswa sepatutnya setiap orang berfikiran mantap, tak hanyut dengan rayuan lelaki semudah itu. Kalau orang kampong yang sedang bersembang kedai kopi dapt berita ini, sudah tahu apa jawapan mereka....."Kenapa la bodoh sangat"......

Ahad, 18 Disember 2011

Kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus mendapat sambutan hebat


S




Seperti dijangka, sambutan umat Islam yang dahagakan ilmu akan membanjiri masjid AlHasanah Bandar Baru Bangi, memang diluar jangkaan bila pulohan ribu umat Islam dari jauh dan dekat tidak melepaskan peluang tersebut untuk mendengar secara live dari ustaz Azhar sendiri. Bedasarkan kiraan rambang dikatakan hadhrin menjangkau 10ribu orang, bila ruang dewan masjid luar masjid tiada ruang kosong, kesemuanya dipenuhi umat Islam yang dahagakan Ilmu. Bandar Baru Bangi juga mengalami kesesakan luar biasa bila kereta-kereta dipakir ditepi jalan kerana tempat parking masjid pun dipenuhi manusia. Ustaz Azhar disambut oleh ADUN Bangi YB Dr Shafie Abu Bakar, kepimpinan masjid AlHaanah sebagai penganjur bersama Persatuan Penduduk dan pejabat DUN Bangi. Ustaz Azhar Idrun merupakan fenomena terkini kerana beliau diminati bukan sahaja veteren bahkan anka-anak muda kerana penyampaian beliau yang bersahaja, mudah difahami walaupun dalam loghat pekat Terengganunya. Fenomena ini mungkin megngembalikan fenomena Ustaz Hadi zaman 80an, fenomena Anwar Ibrahim 90an.... Diharapkan fenomena ini berterusan dan akan menghangatkan lagi usaha dakwah kearah lebih efektif. (Foto2 ihsan Hj Azizi)

Sabtu, 17 Disember 2011

Kerajaan BN gagal lagi - Harga ikan pulak melambong naik

Harga ikan di seluruh negara dijangka akan melambung tinggi sehingga Februari tahun hadapan setelah mengalami kenaikan mendadak sejak sebulan lalu ekoran musim tengkujuh yang dihadapi ketika ini.
Menurut Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Masalah ini akan membelenggu pengguna sehingga bulan Februari tahun hadapan kerana musim tengkujuh yang dihadapi sejak Oktober lalu hanya akan berakhir pada bulan berkenaan. Orang ramai yang bergantung harap kepada ikan disarankan menggantikan ia dengan bahan lain seperti ayam jika tidak sanggup membeli ikan dengan harga yang mahal. Sudah maklum harga ayam juga tinggi dipasaran namu pengguna terpaksa hadapi kenaikan barangan keperluan ini.
Dalam tinjauan media di Alor Setar mendapati, harga ikan kembung naik mendadak apabila ia dijual pada harga RM10 sekilogram berbanding hanya RM3 sebelum ini malah ia turut dijual setinggi RM12 di sesetengah kawasan

Perkahwinan gay terulung......Melayu@Islam


Ariff Alfian Rosli ini merupakan pelajar perubatan tajaan Petronas dan tidak dapat dihubungi oleh keluarga mereka selama 3 tahun. Menurut ayah Ariff Alfian Roslin, Rosli Haron, dia dan isteri telah 8 kali pergi ke Dublin untuk mencari anaknya. Dan hari ini misteri kehilangan Ariff telah terbongkar apabila dia didapati telah berkahwin dengan Jonathan, seorang lelaki warga Ireland.

Jumaat, 16 Disember 2011

Pakat buat laporan polis ke atas penerbit video klip hina hudud

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar (gambar) menafikan dakwaan satu video klip bahawa beliau ada kaitan dengan video klip hina hukum hudud.
Menurut Noh, ia adalah satu pakatan jahat pembangkang yang cuba menjatuhkan kredibilitinya sebagai pemimpin di negeri Selangor.
Baru-baru ini, Harakahdaily menyiarkan laporan satu video klip yang menunjukkan bukti-bukti kaitan antara video sembang rakyat dengan Noh Omar. Email penerbit video Sembang Rakyat yang menerbitkan video menghina hudud itu juga email yang tertera sebagai pengendali laman web rasmi Noh iaitu Pena Noh dan laman web Umno Bahagian Tanjung Karang yang diketuai Noh. Email itu juga didapati ada kaitan dengan laman web Puteri Umno Selangor, menurut klip video yang diterbitkan oleh Malaysianews. Harakahdaily menyiarkan berita ini 14 Disember lepas di bawah tajuk Video hina hudud ada kaitan dengan Noh Omar? tentang isu ini.
Noh yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata tindakan itu mungkin satu tuduhan dan konspirasi yang cuba dilakukan pembangkang untuk mengaitkan beliau dengan isu sensitif.
Bernama melaporkan beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan media pembangkang, Rabu, yang mendakwa penerbit video Sembang Rakyat yang menerbitkan klip menghina hukum hudud dimiliki oleh orang yang sama yang menguruskan blog anggota Parlimen Tanjung Karang itu, laman web Puteri Umno Selangor dan Umno Tanjung Karang, disamping blog Pena Noh. Noh berkata beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana orang untuk melakukan perkara itu, dan menafikan dakwaan tersebut.

Jadi apa lagi, tentu pembangkang tak buat video klip ni, takkan palit tahi kepada diri sendiri, itu kerja orang bodoh, pembangkang bukan bodoh, mencari dosa mempermainkan hudud. Sekarang Noh boleh buat laporan polis bersama pembangkang, biar polis yang bertindak, cakap banyak pun tak guna. Kalau Moah tak bersalah, UMNO Selangor tak bersalah, dakwa penerbit video ke muka pengadilan, kalau tidak Noh, UMNO, Puteri UMNO akan dicop pembuat video itu oleh rakyat ekoran e-mail dan hak milik penerbitan di dapati kepunyaan komponen atau agen UMNO Selangor.

Khamis, 15 Disember 2011

Sony videocam VX2100 untuk dijual

Used Videocam for sale (RM6K negotiable) - Call 013-6661150 (arjey)
3CCD Imaging System
12x Optical Zoom / 48x Digital Zoom
530 TV Lines Camera Resolution
i.LINK (DV in/out)
Analogue in/out
2.5" Precision Colour LCD
Memory Stick Slot
Intelligent Accessory Shoe
STAMINA 9h
(COD sahaja/only)

Siamang mengganas di Zoo Melaka

Harian Metro dan Kosmo melaporkan kejadian  dua kanak-kanak untuk menyaksikan gelagat haiwan liar di Zoo Melaka berakhir dengan dua mangsa itu melalui pengalaman ngeri digigit seekor siamang jantan yang ganas kelmarin. Dua mangsa yang cedera dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu ialah Muhammad Afiq Haziq Kamarul, 3, berasal dari Klang, Selangor dan Zukrina Abdul Hadi, 5, dari Pekan, Pahang.Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa itu berjalan bersama keluarga masing-masing berhampiran beberapa buah pulau buatan yang menjadi habitat siamang dan beberapa haiwan dalam kumpulan beruk lain.
Mengimbau detik cemas tersebut, ibu kepada Afiq, Anita Sulaiman, 36, berkata, dia dan suami, Kamarul Baharin, 38, serta tujuh anak termasuk Afiq, anak keenam, tiba di zoo itu pada pukul 1.30 petang.
Sejam selepas berjalan, mereka sekeluarga tiba di kawasan pulau buatan.
"Sedang kami leka meninjau spesies beruk di beberapa pulau, tiba-tiba saya nampak kira-kira 40 pengunjung bertempiaran lari kerana dikejar seekor siamang.
"Siamang sebesar Afiq itu datang menggigit betis kanannya yang ketika itu didukung oleh suami saya," katanya ketika ditemui di Hospital Melaka semalam.
Menurut Anita, suaminya bertindak menarik bulu dan menggoncang kepala siamang itu bagi melepaskan gigitan pada kaki Afiq. Namun siamang itu enggan melepaskan gigitan itu sehinggalah seorang pengunjung menendang perut haiwan itu.

Lagi foto tanah runtuh di Kuantan

 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Semambu Datuk Pang Tsu Ming (kiri) melihat jalan runtuh teruk di Jalan Sungai Lembing, Rabu. Jalan Kuantan- Sungai Lembing runtuh akibat hujan lebat selama lima hari menyebabkan hanya sebelah jalan yang dibuka untuk laluan orang ramai

Rabu, 14 Disember 2011

Ustaz canggih......


Ustaz ini memang popular di dunia cyber. Ustaz Azhar Idrus, mula dikenali dengan posing memegang kamera berlensa panjang. Ini bukan lakonan, ustaz Azhar Idrus memang peminat fotografi. Boleh dikatakan dalam semua-semua ustaz dia yang paling canggih sekali menyebarkan dakwahnya dengan menggunakan segala kemudahan teknologi yang ada.

Sebut sahaja....Youtube, twitter, Facebook, kamera SLR canon EOS, iPhone, iPad, iPod, VCD, CD dan lain-lain lagi semua diguna pakai oleh Ustaz Azhar. Ustaz Azhar boleh lah dikatakan seorang peminat tegar kamera dan gambar yang dihasilkannya diakui amat hebat.

Dari gambar yang dipamerkannya menunjukkan dia 'paham kamera' serta lensa dan setting kegunaannya dan amat memahami teknik edit gambar, berkemungkinan besar dia terror photoshop. Pernah ada sahabat yang terserempak dengan dia di pilihanraya satu kecil dengan jubah berserta camera canon fullframe mengambil gambar suasana pilihanraya tersebut.

Lagi foto banjir melanda KL 13 Disember


Lagi laporan polis terhadap penerbitan video klip BIADAP

Dipetik dari HarakahDaily Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan telah membuat laporan polis terhadap klip video bertajuk ‘lagi hudud PAS’ yang disiarkan diYoutube beberapa minggu lalu.
Laporan itu dibuat memandangkan klip video berkenaan melanggar aturan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Syekyen 120 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu 1994, seksyen 298 dan 298A Kanun Keseksaan. Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Mohamed Nuri Mat Yaacob telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Pengkalan Chepa.
Menurut Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman, pihak-pihak tertentu, kerana ingin menentang PAS, mereka sanggup mempersendakan hukum Allah tanpa mereka sedar tindakan itu bukan sahaja memperlekehkan PAS untuk menegakkan hukum Allah, sebaliknya menghina hukum Allah sendiri. Beliau juga menggesa kerajaan Pusat mengambil tindakan segera berhubung penghinaan hukum Hudud itu kerana ianya boleh mengelirukan orang ramai.
Dalam perkembangan lain seorang blogger telah membuat analisis dan dalam laporannya merumuskan penerbit video berkenaan mempunyai kaitan dengan Timbalan Pengerusi Umno Selangor kerana email penerbit berkenaan juga adalah email yang digunakan webmaster laman web Pena Noh Omar, Puteri Umno Selangor dan Umno Tanjung Karang. Kalau betul ianya kepunyaan UMNO Selangor, maka amat malanglah bagi rakyat  Selangor bila pemimpin mereka berhabisan wang ringgit mengupah pelakon menerbitkan klip video tersebut dengang tujuan menghina PAS tetapi tersasar sehingga menghina kemuliaan agama sendiri. Orang ramai pun dah mula meluat dengan pelakon-pelakon yang terbabit dengan video ini terutama yang memegang watak orang tua, mungkin akan memulaukan drama atau hasil lakonan pelakon terbabit.

Tanah runtuh akibat hujan lebat

Kecoh lagi akibat hujan lebat dimana berlaku kejadian tanah runtuh di Kuantan. Menurut komen-komen yang di poskan jalan runtuh berlaku di Kuantan mengarah ke Sungai Lembing dan merupakan jalan baru disiapkan.

Selasa, 13 Disember 2011

KL pulak banjir.....



Minggu lepas warga Kajang gempar banjir menyerang bandar Kajang bila sebahagian besar kawasan yang berada diparas sungai dinaiki air yang menenggelamkan kereta sehingga ke bumbung. Hari ini Jalan Tun Razak pula dilanda banjir menyebabkan kesesakan teruk trafik yang terlibat dengan jalan Tun Razak. Jalan Tun Razak menempatkan banyak bangunan penting seperti Perpustakaan Negara, IJN, Hospital KL, Istana Budaya dan lain-lain. Jalan Tun Razak juga laluan keluar bagi kakitangan Felda, Pusat Latihan Telekom, Pulapol, Kementah, UTM dan lain-lain.

Temujanji dengan Ustaz Azhar Idrus

Ramai yang mengenali ustaz Azhar Idrus, merupakan fenomena medan dakwah terkini. Untuk mendapatkan kesediaan beliau terpaksa menunggu berbulan-bulan kerana jadual beliau penuh. Kuliah beliau bersahaja, namun mengalahkan raja lawak bagi mereka yang tak tahan ketawa. Keistimewaan ustaz Azhar adalah keilmuan yang tinggi dan penyampaian yang bersahaja. Bahkan dijadikan tempat rujukan bila terdapat isu-isu panas, seperti isu tabligh, isu filem Hantu Bonceng dimana pelakon utama Hantu Bonceng mendapatkan nasihat beliau atas isu kntroversi tersebut, dan bermacam-macam isu lagi. Jangan terkejut jika ustaz Azhar juga dikenali dengan ustaz berkamera canggih, beliau mungkin peminat fotografi atau ahli kelsb fotografi. Peluang bertemu dan mendengar secara "live" dengan ustaz Azhar tak seharusnya di lepaskan oleh warga Bangi dan sekitarnya. Dinasihatkan, mereka yang ingin bertemu dekat dengan Us Azhar supaya datang awal kerana dikhuatiri dewan masjid Hasanah akan penuh.....

Sabtu, 10 Disember 2011

Jangan lupa temujanji dengan Ustaz Azhar Idrus di Masjid Hasanah

Suara Masjid Al-Hasanah
‎Ustaz Azhar Idrus ( Original )
Di Masjid al-Hasanah
17 Disember 2011
semua di jemput Hadir, Sebar-sebarkan

Menghina hudud, menghina rakyat Kelantan.....terdesak sangat ke?

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) baru sahaja selesai membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi berikutan klip video "Lagi Hudud PAS" dan "Musim Hudud" yang telah tersebar meluas di alam maya facebook dan youtube.. GAMIS menuntut agar pihak berkuasa sama ada pihak polis atau pihak kementerian agar menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap isu ini.. GAMIS juga menuntut agar seluruh krew yang terlibat dalam pembuatan dan penyebaran video ini memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam dan menyarankan agar semua yang terlibat bertaubat dengan sebenar-benar taubat kepada Allah.. Sesungguhnya kita dan semua yang ada di langit dan bumi adalah milik Allah.. "GAMIS, Inspirasi Anak Muda"

Jom ke Masjid Hasanah Bdr Baru Bangi

Kuliah Maghrib di Masjid al-Hasanah :

10 DIS 2011 (Sabtu) ~ Ust Radzi - Pukul 9 - Solat Gerhana 
11 Dis 2011 (ahad) ~ Ust. Ishak Jusoh (Imam As-Sobah) -Tafsir 40 Hadith Akhir Zaman
12 Dis 2011 (Isnin)~ Ust. Shauqi Othman (UPM)- Fiqh Muamalat (Fiqh Mazhab Shafie)
13 Dis 2011 (selasa ) ~ Ust. Mohd Napiah Sahrani - Tajwid, Tafsir dan Taranum
14 Dis 2011 (Rabu ) ~ Dr. Ismail Yusoff (UKM) - Tafsir al-Quran
15 Dis 2011 (Khamis ) ~Imam Bertugas - Bacaan Yasin dan Tahlil
16 Dis 2011 (Jumaat ) ~ Ust. Rahim Refa'i - Terjemahan al-Hikam

Khutbah Jumaat
16 Dis 2011 (Jumaat)~ Ust. Dr. Mohd Najib Kadir (UKM)

Kuliah Subuh masjid al-hasanah
10 DIS 2011 (Sabtu) ~ Ust. Yahya Radzi (KUIS) - Madrasah al-Ambi'ia
11 Dis 2011 (ahad) ~ Ust. Hj. Zamihan Mat Zin (ILIM) -Sifat Solat Nabi Yang Sahih — with Peguam Syarie Shafie Ngah and 49 others

Khamis, 8 Disember 2011

Lebih mengelirukan bukan Islam

Memang terkilan sangat, tak puas hati pun ada, dengan tindakan 3orang ini yang cuba menjatuhkan PAS didepan khalayak bukan Islam, tanpa mereka sedar sudah menambah keliru mereka tentang hukum-hukum Islam khususnya hukum hudud, yang sudah diketahui umum keliru. MCA memang tak pernah faham dan hingga kini tiada usaha rakan seperjuangan MCM iaitu UMNO cuba untuk memberi kefahaman kepada mereka. Mungkinkah dengan tidak fahamnya MCA tentang Islam memudahkan UMNO menipu MCA dan sewaktu dengan nya hal-hal syariat Islam lalu meberi batuan politik kepada UMNO selaku peneraju BN. Mereka ialah Presiden JUST  Dr ChandraMuzaffar, Pengerusi Ulama Muda Umno Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya dan Ustaz Mohd Kamal Saidin selaku penasihat ugama  Mentri besar Terengganu. Mereka memfitnah PAS dan hudud dihadapan Presiden MCA Chua Soi Lek, Naib Presiden Liow Tiong Lai, Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee.
Mereka merumuskan PAS sengaja menggubal undang-undang itu demi kepentingan politik mereka atas sebab-sebab demikian:
1.    Mukallaf (akil baligh) ditarifkan sebagai seseorang yang berusia lebih 18 tahun dan boleh berfikir dengan waras, ini undang-undang British dan Eropah, bukan undang-undang Islam. Dalam Islam, Mukallaf adalah pada usia 15 tahun.
2.    Meliwat ke atas isteri juga tidak dimasukkan dan dibenarkan. Dalam Islam, ini sepatutnya haram.
3.    Hukum hudud PAS hanya akan membabitkan orang Islam sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW, hukum itu juga terpakai kepada bukan Islam. Contoh; mangsa rogol beragama Islam akan dihukum manakala bukan Islam yang merogol gadis atau wanita berkenaan tidak akan didakwa. Jadi, bagaimana boleh ada dua set undang-undang. Ini tidak adil.
4.    Islam ugama adil dan Allah bersifat Pengampunan maka hukuman potong tangan kepada pencuri bukan penyelesaian hukuman.

Jumaat, 2 Disember 2011

Firus Akhtar.........

Nama: Firuz Akhtar Binti Mohamad Bokhari
Tarikh Lahir: 29 Ogos 1984
Asal: Kuala Lumpur
Status: Bujang
Pendidikan
- MA Pengajian Islam dan Timur Tengah (Perbandingan Sastera Islami)
- BA Bahasa dan Kesusateraan Parsi
- SPM

 Pekerjaan: Graduan Sarjana


SHAH ALAM: Acara kemuncak pencarian Ustazah Pilihan musim pertama telah berakhir dan menobatkan Firus Akhtar Mohamad Bohari 27, dari Kuala Lumpur, sebagai pemenang. Juara menerima biasiswa di Universiti Al-Madinah oleh Yayasan Aminah, pakej haji dan umrah tajaan Al-Riyadh and Travel dan sebuah kereta Peugeot 207, disamping membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 sumbangan Astro, RM5,000 sumbangan Bank Islam dan beberapa hadiah sampingan lain. Firus mempunyai Sarjana Pengajian Islam dan Timur Tengah dari Universiti Washington dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Parsi dari Universiti Al-Zahra, Iran.
Pada malam penentuan itu, semua peserta diberi tugasan untuk mendekati permasalahan dan implikasi pernikahan di sempadan. Pemenang pada malam itu dinilai berdasarkan tugasan (40 markah), ujian bertulis (40 markah) dan hujah (20 markah). Juri dan mudir yang mengadili program akhir malam terdiri daripada Pengetua rancangan itu, Dr Robiah serta dua tenaga pengajar iaitu Prof Dr Muhaya Mohamad dan Zawiah Hassan. Ia dihoskan oleh Farah Diana Anuar dan Siti Rohani Surani. Rancangan itu dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Oasis


Kajang dilanda banjir kilat




Sekali lagi bandar Kajang dilanda banjir yang menakutkan, lebih besar dari yang sebelumnya. Keadaan bandar yang rendah berdekatan sungai, memungkinkan air cepat bertakung memenuhi segenap ruang bandar. Apa yang dapat dilihat, secara kasarnya dianggarkan banyak kerugian yang bakal ditanggung oleh peniaga dan penduduk bandar Kajang.

Khamis, 1 Disember 2011

UMNO syok sendiri....

Rasanya UMNO kena bimbang dengan status macam ni....2jam publish hanya 5orang yang like video perhimpunan agong UMNO yang sedang berlangsung, ucapan presiden UMNO selepas 2jam 3 orang yang like laporan pulak sejak semalam 7 orang yang like.....apa nak jadi dengan UMNO dalam menghadapi PRU ke 13, usahkan komen, like tak sampai 10orang.....

Isnin, 28 November 2011

Manusia makin mudah hilang pertimbangan?.....mengapa?...

Kejadian di Taman Datuk Haron, Petaling Jaya semalam benar-benar merimaskan emosi manusia normal. Hanya kerana tidak tahan desakan abang yang menuntut hutang RM50, seorang adik yang mungkin terlalu marah bertindak menikam mati saudara kandungnya itu. Kejadian yang berlaku pada pukul 6 petang semalam ketika dua beradik itu berada di tingkat atas rumah teres itu manakala ibu bapa mereka berada di ruang tamu rumah. Mangsa, Kamarul Azhar Nazi, 28, ditikam adiknya yang berusia 21 tahun  yang tidak tahan dengan desakan si abang, si adik yang terlalu marah itu mengeluarkan pisau dan menikam dada dan paha kiri mangsa. Kamarul yang cedera parah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meninggal dunia selepas dua jam menerima rawatan.

Kos majlis perkahwinan 15 juta RM??????....

 (carian google dapat foto ni, entah betul atau palsu)
Majlis perkahwinannya dikatakan bernilai RM15 juta, dengan seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya. Dia pula menerima hantaran mewah iaitu sebuah rumah banglo, sebiji kereta yang bernilai jutaan ringgit dan beberapa barang mewah. Siapa dia ni..... multi milion dollar woman?, atau dapat sponsor dari microsoft Corporation atau ia hanyalah kisah di alam khayalan?. Wanita ini bernama Nursyella Kamaruddin atau Syella seorang penyanyi, pernah popular dengan lagu Menangis Dalam Hujan.

Beliau juga anak bekas pemain ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM), juga telah mendapati foto perkahwinannya tersebar dimana kelihatan dia bersanding seorang diri tanpa pengantin lelaki di majlis perkahwinan yang berlangsung di Flat Sri Cheras, Kuala Lumpur pada minggu lalu.
“Sebenarnya, majlis perkahwinan di situ adalah kali keempat Syella bersanding selepas bersanding di tiga lokasi berasingan di sekitar Kuala Lumpur. Kebetulan majlis itu bersanding bersama adik Syella iaitu Effa dengan suaminya, Firdaus. Jadi kami bersanding bersama-sama sekali lagi.
Majlis itu dibuat untuk beritahu pada semua orang bahawa Syella dah bersuami dan mereka  bernikah sejak awal bulan September lalu. Bila ditanya pemberita siapakah suaminya, mengapa disorok-sorok, dia cuma berkata orang biasa-biasa saja dan tidak bercadang untuk mendedahkan identiti saminya walaupun didesak oleh banyak pihak. Jadi tak payah buat spekulasi lah, dia kahwian cara sah, halal doakanlah semoga dia bahagia dan rumahtangganya kekal sampai akhir hayat.

Rakyat Selangor bakal dapat wifi percuma

Langkah Kerajaan Selangor memperkenalkan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) perlu diteruskan dalam bentuk menyemarakkan penyampaian informasi dengan memperkenalkan Agenda Masyarakat Berinformasi, Negara Demokratik.Pembahas Selangor yang juga Adun Rawang, Gan Pei Nei mencadangkan agar pimpinan negeri yang diketuai oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdu Khalid Ibrahim merangka strategi informasi ini sebagai langkah penerangan kepada masyarakat yang lebih konprehensif.
“Agenda ini membawa misi untuk mewujudkan masyarakat yang demokratik, bebas, dengan menyalurkan ilmu, berita dan informasi yang berdasarkan fakta dan kebenaran, bukannya politik fitnah yang telah menjadi budaya Umno-BN,” katanya.
Setakat ini, kerajaan negeri Selangor menyampaikan segala informasi mengenai program kepada rakyat melalui portal TV Selangor dan akhbar Selangor Kini serta Selangor Times.
Selain itu, beliau berkata kerajaan Selangor akan menyediakan perkhidmatan Wi-fi dan Broadband di seluruh negeri pada tahun hadapan yang merangkumi kawasan bandar dan luar bandar secara percuma.
Katanya tujuan penyediaan mekanisma perhubungan ini akan membukaan minda rakyat dengan informasi yang benar memberikan ruang kepada semua pihak mengemukakan idea baru dan tidak terkongkong dengan propaganda Umno- BN, ujar beliau lagi.
“Kerajaan Selangor juga harus memberikan komputer percuma kepada golongan belia dan memberikan kursus dalam bidang ini untuk menguasai informasi dan teknologi terkini dalam dan luar negara,” katanya.
Di bawah cadangan ini, semua pihak termasuk pimpinan negeri dan masyarakat perlu membuat satu perbincangan dan dialog terbuka setiap minggu bermula tahun hadapan diseluruh 56 Dun Selangor agar maklum balas dan suara hati rakyat dapat di dengar dan dasar kerajaan dapat diperjelaskan

Jumaat, 25 November 2011

Mega Dinner Anak-Anak Kelantan


Program masjid AlHasanah


Dijemput meramaikan program keilmuan, sambil menimba ilmu dari ilmuan ulamak untuk kesejahteraan dunia khirat.

Dimanakah keadilan

Polis Johor menafikan dakwaan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali bahawa permit ceramah parti itu di negeri ini dibatalkan pada saat akhir. Sebaliknya kata Ketua Polis negeri polis memang tidak pernah meluluskan permohonan untuk mengadakan ceramah yang dibuat PKR dua hari lepas. Jadi isu pembatalan tidak timbul kerana polis tidak pernah meluluskan permohonan itu, katanya kepada pemberita di sini. Beliau mengulas kenyataan Azmin yang memberitahu pemberita selepas perasmian Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan di sini hari ini, bahawa polis membatalkan permit ceramah PKR di beberapa kawasan pada saat akhir malam Khamis. Jadi inilah kes yang sering dihadapi parti pembangkang berterusan dinafikan hak berceramah, mengeluarkan bahan sebaran kepada rakyat disamping berbagai tekanan supaya rakyat tidak dapat meklumat terus dari mulut pemimpin pembangkang. Tekanan ini dilakukan supaya rakyat tidak emndapat maklumat sebenar selain dari yang diputarkan di media-media pro parti kerajaan yang mempunyai liputan yang tidak terhad. Disamping sikap berat sebelah pihak berkuasa tempatan dan pihak keselamatan seprti yang berlaku seperti disuarakan Azmin, bermacam tekanan dikenakan supaya pihak pembangkang terus membisu seolah2 mulut dikunci dari bercakap. Disatu pihak lain parti pemerintah BN di beri laluan seluas-luasnya melalui berbagai media. Rasanya permit pun tak susah dapat,  bahkan kita dapat lihak pihak keselamatan sedia berkawal supaya ceramah BN tidak diganggu....

Mahasiswa bebas berpolitik?....ini kenyataan politik ke berpolitik?

KOSMO Online, KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi membolehkan pelajar yang mencapai umur 21 tahun menyertai parti politik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara itu semasa membentangkan usul memansuhkan Proklamasi Darurat pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
"Di atas segalanya, kerajaan percaya kepada kematangan dan kebijaksanaan para mahasiswa.
"Dengan itu, bagi menghormati hak Perlembagaan mahasiswa dan mahasiswi negara yang telah mencapai umur baligh undang-undang atau age of majority, kerajaan akan pinda Seksyen 15 AUKU 1971 bagi membenarkan mereka menjadi ahli parti politik," katanya

Kenyataan tak patriotik pembesar BN

Tak tahu lah bila pemimpin dan ahli BN/UMNO ni nak sedar perbezaan parti dengan kerajaan. Merujuk kepada kenyataan Awang Adek yang dipetik BERNAMA, ternyata beliau belum memahami politik sebenarnya, seorang pembesar, pemimpin besar UMNO masih tak boleh membezakan antara parti (UMNO) dan kerajaan (Malaysia). Harta kerajaan disamakan dengan harta UMNO lalu kalau UMNO memerintah Kelantan barulah boleh segala projek kerajaan akan membanjiri kelantan. Mengapa tunggu BN memerintah baru nak buat projek, cik Awang oooiiii, projek hak rakyat Kelantan, selagi kerajaan pusat tak buat, awak semua berdosa kepada rakyat Kelantan. Kelantan siapa perintah pun tetap bawah tanggung jawab kerajaan pusat. Segala cukai rakyat Kelantan pusat ambil, bila projek buat tak kenal Kelantan, formula mana awak pakai ni. Jabatan perparitan bukan digaji oleh UMNO, apesal pulak tunggu UMNO memerintah baru jabatan Parit dan Taliair boleh membina perparitan..... aduhai....
 
 
Perparitan Agenda Utama BN Kelantan Jika Kembali Berkuasa
BACHOK: Pembinaan perparitan dan longkang yang sempurna bagi mencegah banjir kilat akan dijadikan antara agenda utama Barisan Nasional (BN) jika diberi peluang oleh rakyat Kelantan memerintah pada pilihan raya umum kelak.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata ini disebabkan sebilangan besar rakyat terutama yang tinggal di kawasan perumahan dan jumlah penduduk yang padat terpaksa berpindah setiap tahun kerana ditenggelami air bertakung disebabkan air hujan tidak dapat mengalir keluar.
"Belumpun paras air Sungai Kelantan melimpah tebing sudah ramai rakyat yang berpindah ke pusat-pusat pemindahan apabila kediaman mereka dinaiki air," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan RM300 kepada setiap 17 ketua keluarga mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Pak Badol di sini, Jumaat.
Seramai 65 mangsa banjir ditempatkan di situ sejak dua hari lepas apabila rumah kediaman mereka di sekitar Kampung Pak Badol dinaiki air antara 0.2 hingga 0.3 meter.
Mereka termasuk yang tinggal di Kampung Tasek, Kampung Pak Poja dan Kampung Mahligai.
Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata masalah itu timbul disebabkan kegagalan kerajaan negeri membinanya walaupun diberi peluang selama 21 tahun menerusi pihak berkuasa kerajaan tempatan.
"Kerajaan negeri sepatutnya menyediakan pelan tindakan jangka panjang dan menyeluruh agar lebih ramai rakyat mendapat kemudahan itu dan tidak menyusahkan mereka sebaik sahaja selepas berlaku hujan lebat," katanya. - BERNAMA

Khamis, 24 November 2011

Smart Solat di Masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi


Kepada tuan/puan yang berkesempatan, dijemput hadhir ke program Smart Solat, yang diadakan di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi. Solat merupakan tiang struktur utama agama dan perkara pertama yang di periksa di padang mahsyar.

Isnin, 21 November 2011

Malaysia menang pingat emas bolasepak...tahniah


(Foto2 Harian Metro)
Malaysia garang bagai harimau, sesuai dengan gelaran skuad HARIMAU bila menundukan Indonesia 4-3 dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke 26 sebentar tadi sekaligus dapat mempertahankan pingat emas bagi acara bolesepak. Hero Malaya Khairul Fahmi Apek menghentikan debaran rakyat Malaysia dengan penuh sorakan kegembiraan. Tahniah harimau...

Sebelum itu Malaysia dan Indonesia terikat 1-1 selepas tamat 90 minit perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan Gunawan pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35.Permainan masa tambahan akan berlangsung sebentar lagi dan jika kedudukan masih terikat, penentuan penalti akan memastikan pemenang pingat emas.

Utusan oh Utusan takutlah kepada doa orang yang difitnah...

 Merujuk kepada laporan UM dan akhbar-akkhbar lain yang berkaitan dengan kes tuduhan terhadap AKSB, MB Kelantan terpaksa menjawab, walaupun sah tuduhan itu fitnah, dan lari dari fakta. Tabiat media pecacai ini memetik laporan tidak benar dan jauh dari fakta bagi mengelrukan rakyat awam dan atas pagar demi kelangsungan lesen dan bantuan kepada mereka.Tujuannya supaya rakyat terus menganggap kerajaan PR tidak cekap dan menyeleweng maka mudahlah ia diperkotak-katik oleh BN demi kelangsungan kuasa mereka. Sama-sama kita baca kenyataan akhbar MB Kelantan dan adillah dalam sikap kita terhadap pemimpin yang amanah.

1. Saya telah ditanya pagi tadi selepas Mesyuarat Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) pagi tadi berkenaan laporan muka hadapan Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 yang membawa tajuk “Air Kelantan Terkotor?”. Saya pada mulanya beranggapan tidak perlu untuk memberikan respon terhadap laporan akhbar Utusan Malaysia (Keluaran hari Ahad: Mingguan Malaysia) yang sudah diketahui umum sebagai akhbar yang tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan seringkali melanggar etika kewartawanan. Saya kira masih ramai yang belum lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah memainkan isu “Kristian Agama Rasmi Negara” satu ketika dahulu yang terbukti kemudiannya sebagai satu pembohongan semata-mata.
2. Namun, dibimbangi isu yang dimainkan ini menimbulkan polemik yang berpanjangan, saya telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Datuk Mejar ( B ) Md Anizam Abd Rahman untuk memberikan kenyataan menjelaskan perkara yang sebenar. Bagaimanapun, sebagai respon awal sebelum kenyataan lanjut dikeluarkan, saya ingin menarik perhatian terhadap beberapa fakta sebenar yang disorok dari pengetahuan umum oleh Utusan Malaysia.
3. Pertamanya, sukalah saya merujuk kepada surat yang dihantar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) yang bertarikh 30 Oktober 2011 yang memaklumkan prestasi kurang memuaskan beberapa buah negeri seperti yang termaktub di dalam Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya.
4. Negeri-negeri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan itu ialah Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Perlis. Berdasarkan lampiran yang diberikan, kandungan E-Coli yang terdapat di dalam air terawat yang dibekalkan oleh AKSB dinilai sebanyak 0.88%. Ia lebih rendah jika dibandingkan dengan negeri Pahang (1.12%), Perak (0.90%), Perlis (1.21%) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%). Saya sedia maklum bahawa tahap yang dianggap tidak memuaskan ialah jika melebihi 4%, namun untuk dikatakan kandungan air terawat di Kelantan sebagai yang tertinggi E-Coli ialah satu tuduhan rambang yang berniat jahat.
5. Saya juga ingin melahirkan rasa hairan terhadap data yang dikemukakan oleh Utusan Malaysia yang dikatakan dirujuk kepada Panduan Industri Air Malaysia 2011 sedangkan data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 masih belum dikeluarkan dan hanya akan dikeluarkan kebiasaannya pada pertengahan tahun berikutnya iaitu sekitar bulan Jun 2011. Dari manakah Utusan Malaysia memperolehi maklumat yang masih belum dikeluarkan ini?
6. Hakikatnya apa yang disebut oleh Utusan Malaysia ini hanyalah satu lagi pembohongan yang jelas untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan. Jelas sekali, laporan ini tidak lain hanyalah merupakan satu usaha untuk menggunakan air Kelantan membersihkan najis lembu yang bernilai RM250 juta.
7. Nasihat saya, bertaqwalah kepada Allah SWT kerana apa yang ditulis akan disoal olehNya di akhirat kelak. Janganlah sampai fitnah yang ditabur ini menggerakkan tangan orang-orang yang dizalimi untuk melafazkan doa ke atas penabur-penabur fitnah. Ini kerana, doa orang yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
Yang Amat Berhormat Datuk Bentara Setia Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh: 25 Zulhijjah 1432H bersamaan 21 November 2011

Lebih 50 tahun berkuasa....BN masih gagal mendaulatkan Islam....

Hairan dengan dakwaan pemimpin BN, yang mendakwa setelah lebih 50 tahun mejadi pemegang amanah kepimpinan negara, mereka telah berjaya mendaulatkan Islam di Malaysia. Kenyataannya, Islam terpinggir, tiada kuasa, hatta untuk mengabil tindakan disiplin kepada pesalah syariat pun tak mampu apalagi kes besar-besar, kes jenayah, kes kecurian, kes kecederaan.....Amat memalukan umat Islam bila Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak berkata "kami tiada kuasa" dalam kes gadis-gadis Islam menyertai ratu cantik yang heboh dalam seminggu ini. Amat menyedihkan, bila Pengarah JAIS berkata yang mampu dibuat hanya setakat memberikan sesi kaunseling. Kaunseling tersebut telah dibuat selama dua jam bersama Jais menerusi pertemuan yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Putit Mat Zen, Pengarah Jais, Abang Shamsudin Abang Seruji, Mufti Sarawak, Kipli Yassin serta beberapa pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jais.

Pengarah JAIS, Abang Shamsudin dipetik berkata, JAIS sudah menegur supaya memikir kembali keputusan menyertai pertandingan ratu cantik tersebut namun pihaknya akur dengan keputusan kelima-lima peserta sambil memaklumkan ‘tugas Jais sudah selesai’. Terpulang kepada mereka kerana untuk menyertai kerana ia hak individu.

"Dalam hal ini, kami tidak boleh mengambil tindakan selepas diberikan nasihat dan penerangan secukupnya mengenai hukum wanita mendedahkan aurat yang tetap haram walaupun atas tujuan pertandingan. Bagi saya, Jais sudah menjalankan tanggungjawab kerana kuasa kami hanya setakat ini saja"  - Pengarah Jais, Abang Shamsudin Abang Seruji

Cinta itu buta, biar hilang maruah maupun harta....

Harian Metro online hari ini memaparkan sikap bodoh seorang perempuan yang dikatakan angau cinta dengan kononnya lelaki Mat Salih bernama Cole. Dia seorang janda berusia dalam lengkongan 38 tahun mungkin terlalu mendesak untuk mendapatkan pasangan hidup hingga sanggup menyerahkan wang dengan jumlah jumlah yang besar iaitu RM41,000 kepada kekasihnya yang di kenali dalam lama sosial, belum pun sampai sebulan, tak pernah berjumpa, cuma bercakap melalui telefon. Lelaki itu mendakwa berada di Sabah.
Wanita itu berkenalan dengan lelaki yang mendakwa berasal dari Amerika Selatan membuatkan hubungan mereka menjadi mesra dan membuahkan bibit cinta. Lelaki itu juga mendakwa berusia 38 tahun turut berniat untuk memeluk Islam dan berjanji berkahwin dengannya.

Katanya, kekasihnya itu menyatakan hasrat ingin datang ke Malaysia melalui satu panggilan telefon menggunakan nombor talian tempatan pada 7 November lalu bagi menyelesaikan satu urusan tuntutan cek mendiang bapanya dengan syarikat penggali minyak terkemuka di Labuan, sebelum berjumpa dengan keluarganya bagi tujuan melamarnya. Apa yang dikesalkan ialah sikap, sikap yang bodoh dengan begitu mudah mempercayai orang yang tidak wujud secara nyata.....dan menyerahkan sejumlah wang yang besar. Laman sosial tiada integriti, sesiapa pun boleh menyamar, foto boleh dimuatturun dengan mudah dari internet dan diletak sebagai profile...., umur, alamat, lokasi, nama semua boleh ditipu....

Khamis, 10 November 2011

Serupa juga.....

Harapan kita sebagai rakyat memang tinggi supaya Datin Sri Rosmah ada perubahan ke arah merealisasikan tuntutan agama, namun harapan tinggal harapan...., sebelum tunai haji tak bertudung , selepas jadi hajah pun sama juga tak bertudung, cuma berselendang dengan rambut masih kelihatan. Ramai yang tunggu di Lapangan terbang ingin melihat perubahan...namun hampa. Datuk Seri Najib dan rombongan termasuk isteri, DS Rosmah selamat tiba di tanah air daripada menunaikan haji di Tanah Suci Mekah semalam. DS Najib bersama rombongan tiba di Arab Saudi pada 31 Oktober lalu untuk menunaikan ibadah haji.

Rabu, 9 November 2011

Foto bercium ini dikatakan adalah aksi panas anak Amy Search yang juga seorang artis sedang popular Nabila Huda. Amy pun pening kepala dengan dakwaan skandal anaknya ini dan menasihatkan anaknya supaya jangan meruntuhkan maruah diri dan imej artis lain yang ingin menjalani kehidupan yang beradab walaupun sebagai artis. Sebelum ini pun Nabila telah panas dengan isu cerai dan kini menambahkan koleksi kotroversinya dengan isu terbaru ini. Aksi panas ini dikatakan berlaku semasa dia bercuti di satu pulau dengan teman lelakinya....mungkin tidak sednirian, berkumpulan. Imej artis masih belum pulih dan walaupun ada usaha untuk memulihkn imej kearah yang lebih bersih namun lebih ramai yang berminat untuk terus meruntuhkan imej artis. Lihatlah semasa anugerah sekerin TV3 baru-baru ini...apa yang boleh dikatakan amat memalukan orang Melayu dan agama Islam bila yang berpakaian tidak sopan dan aksi menjolok mata adalah artis-artis Melayu. Kerna itulah Bob Lokman mengeluarkan diri dari disebut artis, berjuang bersama PAS, kerana baginya imej artis sudah tidak boleh diperbaiki lagi...banyak yang buruk dari yang baik. Apapun yang terjadi dan berlaku....sebagai peminat kepada draama-drama yang dilakonkan artis, mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan artis masih berharap artis-artis kita kembali jernih...beradab sopan macam otang-orang biasa Melayu, bukan macam bollywood atau Hollywood.

Yang sepatutnya senang.......

Ramai para guru dan ibubapa murid mengeluh tentang perancangan tidak cerdik pihak sekolah atau lebih tinggi pihak Kementerian Pendidikan atau lebih tinggi kerajaan BN. Apa dia yang rakyat tak puas hati ni?.....tentang cuti versus perayaan agama. Oh oh baru faham .... raya haji dan cuti akhir tahun. Ada yang merungut terpaksa mengantar anak ke asrama semula sedangkan hanya 3 hari lagi yang tinggal untuk cuti akhir tahun. Kenapa susah sangat nak selaraskan supaya lebih memudahkan ibubapa yang terpaksa menghantar anak ke asrama yang bukan dekat dan bukan senang. Bukankah lebih cerdik digantikan awal-awal supaya ibubapa tidak lagi bersusah payah menghantar dan hari jumaat ini sekali lagi bersusah payah mengambil semula bila cuti akhir tahun bermula.Ternyata pihak Kementerian menyusahkan sesuatu yang sepatutnya senang. Sama juga dengan kes guru-guru yag mengajar dikawasan yang jauh dari kampong, sepeti cikgu yang berasal dari Kelantan, terpaksa bergegas kembali semula untuk bertugas selepas cuti raya haji dan selepas tiga hari balik semula ke kampong bila cuti akhir thun bermula.....

Selasa, 8 November 2011

Bahaya LIF....berhati-hati memasuki lif


Di Kota Kinabalu media melaporkan semalam kejadian ngeri seorang pelayan wanita sebuah restoran makanan Cina, di sini, mati apabila lehernya hampir putus akibat tersepit di pintu lif menyimpan makanan di restoran tempat dia bekerja. Rasanya kejadian ini pertama kali berlaku di Malaysia, mungkin disebabkan berlaku kerosakan pada sistem lif. Kejadian malang ini berlaku terhadap mangsa, Lau See Yen, 20, yang telah disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Queen Elizabeth (HQE) akibat kecederaan teruk itu.
Menurut cerita yang dipetik sebelum kejadian, Lau berada di tingkat dua restoran berkenaan dan meletakkan makanan yang dibawa  ke dalam lif khas yang digunakan untuk membawa makanan ke tingkat bawah.Namun tiba-tiba sahaja, tanpa disedari mangsa, pintu lif itu tertutup menyebabkan kepala mangsa tersepit dan menyeret leher mangsa sehingga hampir putus. Menyedari kejadian yang berlaku, mangsa cuba dibantu rakan sekerja dan seorang doktor yang sedang menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan memberikan bantuan pernafasan. Namun kecederaan belia sangat teruk menyebabkan beliau tidak dapat dislamatkan lagi dan meninggal di ICU hospital. Walaupun sistem lif biasanya tidak akan bergerak atau menutup pintu sekiranya terdapat objek yang berada dipintu namun lebih baik berhati-hati kerana dibimbangi sensor sistem auto itu rosak dan boleh menyebabkan kemalangan.

Ahad, 30 Oktober 2011

fobia lagi?....

fobia fobia fobia.... ada kumpulan yang mempunyai macam-macam fobia. Dulu fobia warna hijau, habis ditukar segala logo yang bewarna hijau kepada warna merah atau biru. Kemudian fobia t-shirt kuning...siapa memakai t-shirt kuning habis ditangkap. Pernah juga fobia hijau putih, bulat putih dannnn bermacam-macam lagi fobianya. Ada satu kumpulan ni, kumpulan muzik anak-anak muda yang digilai anak-anak seusia mereka yang bernama "Bunkface". Kumpulan muzik ini sedang mempromosikan lagu terbaharu mereka yang bertajuk Panik. Kata peminatnya, boleh tahan juga lagu mereka. Sedap cara Bunkface. Namun yang kesiannya, lagu Panik karya Bunkface yang dianggotai oleh Sam, Youk dan Paan ini tidak lepas masuk radio RTM. kenapa?....gara-gara kerana ada perkataan reformasi. perkataan REFORMASI yang dipopularkan oleh DS Anwar rupa-rupanya menjadi perkataan fobia RTM, kesian....
Tak apa BUNKFACE lepas PRU 13 ni, kalau PR memerintah Malaysia, lagu itu akan diputarkan semula...

Rabu, 26 Oktober 2011

Lambatnya tindakan

Mungkin peristiwa ngeri ke atas seorang kanak-kanak perempuan malang  yang dilanggar dan digilis macam melanggar batang batang betik di Beijing itu sudah hampir pupus diingatan. Kesnya baru diselesai siasat dan akan didakwa oleh puhak berkuasa China. Dua pemandu dipercayai melanggar Yue Yue yang baru berusia dua tahun itu baru ditahan.
(foto:Yue Yue didukung oleh ibunya)
Mengingati semula Yue Yue yang dirempuh dan digilis dua kali di sebatang jalan di pasar Foshan dan terlantar di situ beberapa lama sebelum seorang wanita pemungut sampah mengangkatnya ke tepi. Walaupun mengalami kecederaan parah, Yue Yue tidak diendahkan sekurang-kurangnya 18 orang yang lalu dan melihat kejadian itu. Anak kecil yang malang itu akhirnya meninggal dunia selepas mendapat rawatan di hospital minggu lalu. Insiden itu mencetuskan kemarahan orang ramai apabila ia dirakam kamera litar tertutup di kawasan pasar berkenaan dan dimuat naik ke Internet

Selasa, 25 Oktober 2011

Gempa bumi Turkey.....


Gempa bumi dahsyat yang mengorbankan sekurang-kurangnya 217 mangsa di timur Turki dengan ramai lagi mangsa yang dijangka masih terperangkap dalam runtuhan banggunan. Gempa bumi yang berukuran 7.2 magnitud  Isnin se,alam dijangkakan jumlah korban mungkin meningkat dengan lebih banyak mangsa dijumpai dalam banggunan yang telah runtuh. Menteri Dalam Negeri, Idris Naim Sahin berkata 100 orang telah meninggal dunia di bandar Van, 117 di daerah Ercis dengan 1,090 yang lain tercedera dalam bencana gempa bumi yang terburuk di negara ni dalam beberapa tahun. Menurut beliau, lebih kurang 80 banggunan bertingkat runtuh di Ercis dengan kerosakan dilihat paling teruk setakat ini. Beratus ribu penduduk dilihat duduk di luar rumah pada waktu malam dengan mengelilingi api untuk memanaskan badan.

Ahad, 23 Oktober 2011

Dunia kehilangan pelumba handal

Marco Simoncelli......he was Gresini Honda rider, lost control of his bike on the second lap of the circuit in Sepang and appeared to be hit by Colin Edwards and then Valentino Rossi as he slid across the track. The 24-year-old's helmet came off in the collision and he was taken to the medical centre for treatment, but died from his injuries.
Simoncelli, famous for his flamboyant hairstyle, had a laid-back and fun-loving character which was very much in contrast to his fearless riding style. All qualities that made 'Super Sic' especially popular with fans.

Mistri...siapa Galyna Kolotnytska bagi Gadhafi

“Qadhafi relies heavily on his long-time Ukrainian nurse, Galyna Kolotnytska, who has been described as a ”voluptuous blonde.” Of the rumored staff of four Ukrainian nurses that cater to the Leader’s health and well-being,  emphasized to multiple Emboffs that Qadhafi cannot travel without Kolotnytska, as she alone “knows his routine.” When Kolotnytska’s late visa application resulted in her Security Advisory Opinion being received on the day Qadhafi’s party planned to travel to the U.S., the Libyan Government sent a private jet to ferry her from Libya to Portugal to meet up with the Leader during his rest-stop. Some embassy contacts have claimed that Qadhafi) and the 38 year-old Kolotnytska have a romantic relationship. While he did not comment on such rumors, a Ukrainian political officer recently confirmed that the Ukrainian nurses “travel everywhere with the Leader.

Peringatan pada yang takabbur semasa hidup dan berkuasa


Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya, walaupun bagi manusia, lebih2 lagi rakyat Libya tak akan lupa  dengan keangkuhan dia. Lihatlah akhirnya seorang yang dikatakan oleh barat diktator, tiada siapa peduli, ini baru atas dunia, belum diakhirat. Melihat jenazah Muammar Gaddafi yang berlumuran darah hati rasa pilu,  Kesian ....., semoga pemimpin angkuh yang masih hidup dan berkuasa menginsafi bahawa keangkuhan itu tak kemana, berakhir dengan kematian juga, berakhir dengan tiada daya, tiada upaya. Benarlah firman Allah, kamu wahai manusia tiada daya tiada kuasa melainkan yang sedikit Aku beri. Apalah nak di takabbur sangat, bunuh sana bunuh sini, tangkap sana tangkap sini, fitnah sana fitnah sini...
Khabarnya selepas terbunuh dalam satu serangan kelmarin kini jenazah Gadafi umpama jadi ‘bahan pameran’ apabila diletakkan di dalam bilik sejuk beku di sebuah pusat membeli-belah di Misrata dan ditonton tanpa bertutup. Hinanya jenazah seorang muslim diperlakukan sedemikian. Sejahat manapun semasa hidup setiap manusia perlu dihormati. Di Misrata, penduduk berbaris panjang untuk melihat jenazah Gaddafi yang dibaringkan dengan beralas tilam di dalam bilik sejuk beku di pusat membeli-belah itu. Kelihatan lelaki, perempuan kanak-kanak  berpusu-pusu untuk mengambil gambar bersama jenazah Gaddafi yang masih berlumuran darah....MasyaAllah

Jumaat, 21 Oktober 2011

Pemimpin di pilih rakyat bukan kumpulan.....

Kata pemimpin PAKEDA ini, LGE tak layak jadi pemimpin. Tak nak komen pasal PAKEDA tak tahu pun apadia PAKEDA...tapi rasa gelihati dengan komen dia. Lu sapa nak hukum orang layak ke tak layak jadi pemimpin. LGE dipilih rakyat, bukan suka-suka dia boleh jadi pemimpin DAP, dia dipilih oleh ahli DAP sebagai ketua, dia dipilih rakyat dalam pilihanraya, baru dapat jadi ADUN, dipilih kepimpinan Pakatan Rakyat baru dapat jadi KM. Bukan senang nak sampai tahap KM ni. Setakat pemimpin kecil dalam kumpulan yang bukan semua orang kenal, dan rakyat awam tak hormati pun kumpulan dia, apalah lah sangat nak gredkan orang tu boleh ke tak boleh jadi pemimpin...alahai kesiannya. Utusan biasalah suka mengutip berita yang rasanya boleh jadi senjata menikam lawan, padahal yang dikutip tak bernilai sangat pada pandangan umum.

Begitulah akhirnya sebuah kemegahan......

Muamar Gaddafi terbunuh dalam pertempuran dengan pemberontak
20/10/2011 9:27pm

BENGHAZI, Libya 20 Okt. - Pemimpin Libya, Muamar Gaddafi terbunuh dalam pertempuran dengan rejim yang menumbangkan pemerintahan pemimpin berkenaan secara pemberontakan.

Rejim berkenaan yang dikenali sebagai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan Gaddafi terbunuh dalam serangan terakhir di bandar Sirte.

“Kami mengumumkan kepada dunia Gaddafi telah dibunuh oleh pasukan revolusi,” kata jurucakap NTC, Abdel Hafez Ghoga. - AFP

Isnin, 17 Oktober 2011

Utusan diperintahkan bayar RM60,000 kepada YB Khalid


Akhirnya Mahkamah Tinggi memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad membayar RM60,000 sebagai ganti rugi kerosakan kepada MP Shah Alam, YB Khalid Samad. Sebabnya kerana menerbitkan  artikel ynag bersifat memfitnah Khalid di akhbar itu dua tahun lepas. Hakim memerintahkan bayaran tersebut kepada Khalid selepas mendengar hujah kedua-dua pihak. Penulis asal artikel Zul Nordin, tidak disaman oleh Khalid. Pada 30 September lalu Khalid telah menang dalam samannya ke atas akhbar pro UMNO itu  ekoran hakim memutuskan bahawa Khalid dapat membuktikan kesnya bahawa plaintif difitnah dan dimalukan oleh defendan dalam artikel tersebut. Semasa mengemukakan samannya tahun lepas, Khalid  menamakan Ketua Pengarang kumpulan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Datuk Aziz Ishak serta penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Utusan Melayu, sebagai pihak defendan.

Ahad, 2 Oktober 2011

Tahniah kepada hakim Mahkamah Tinggi KL

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dr Prasad Sandosham Abraham memutuskan bahawa akhbar Utusan Malaysia telah memfitnah ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkaitan berita di muka hadapan akhbar tersebut bertarikh 11 Oktober 2009 yang bertajuk ' Zulkifli bidas Pak Janggut'.

Saman itu menamakan Ketua Pengarang Utusan, penerbit dan pencetak akhbar, yang telah menerbitkan, berita ekoran beliau menulis surat kepada penduduk Seksyen 23 di mana di dalam surat tersebut dia (Khalid) ada menukilkan ayat-ayat Al-Quran bagi menegaskan perlunya umat Islam berlaku adil dalam isu pembinaan kuil di Sekyen 23 Shah Alam.

Hakim bersetuju bahawa artikel tersebut merujuk kepada Khalid dan hakim berkata tuduhan memutar belit ayat al-Quran adalah fitnah yang serius, lebih serius dari menuduh orang Islam sebagai Abu Jahal.

Hakim juga menetapkan 11 Oktober ini untuk mendengar hujah peguam kedua-dua pihak berkaitan isu gantirugi.