Kawan-kawan setia

Isnin, 31 Januari 2011

Mendekatkan Islam kepada kaum lain

Seramai 31 orang Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hulu Selangor yang terdiri dari kalangan India bukan Islam telah mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat diPulau Melaka. Sebelum itu rombongan itu turut diraikan di dalam majlis makan tengahari di kediaman rasmi Manteri Besar, JKR-10. Rombongan juga telah diberi taklimat oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan (UPKN) mengenai Dasar-Dasar Kerajaan Negeri dan kehidupan masyarakat India dan kaum bukan Islam di Kelantan. Pada sebelah petang ahli rombongan telah menemui Tuan Guru di perkarangan Masjid Pulau Melaka seterusnya berpeluang mendengar tazkirah yang disampaikan TG Nik Aziz.
Dengan mendekatkan bukan Islam kepada Islam boleh mengurangkan jurang perbezaan antara rakyat dinegara ini. Walaupnun pendedahan tentang kebenaran Islam ini tidak terus diterima oleh kaum bukan Islam, sekurang-kurangnya dapat memberi kefahaman tentang Islam dan membuang sikap prejudis kepada Islam dari kalangan mereka.

3 ulasan:

Suraj45 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
casinoview berkata...

Nice Story !

PKMPL berkata...

Minta Nik Aziz Bertaubat sebab sokong LKY supaya umat Islam jangan kuat sangat mengamlkan agama Islam.