Kawan-kawan setia

Khamis, 20 Januari 2011

Menziarahi aktivis PAS Bandar Baru Bangi yang kental, pejal...

Siapa bilang orang Melaka menolak perjuangan PAS. Hj Amir merupakan satu contoh orang Melaka yang pejal bersama PAS memperjuangkan risalah dan kedaulatan Islam di Malaysia ini. Beliau terkenal diBandar Baru Bangi ni sebagai pengedar harakah tersohor... Tuhan menduga beliau dengan penyakit yang hinggap secara tiba-tiba sehingga memaksa hospital membuang sedikit kakinya. Dari seorang yang cergas ke sana-sini mengedar Harakah, kini beliau terlantar ... Kami sempat menziarahi beliau semalam dan dapati semangat perjuangan beliau masih kental dan pejal, mengalahkan kami yang masih lengkap ini. Tahniah Hj Amir, anda sumber ilham pejuangan PAS di Bandar Baru Bangi ini.


Tiada ulasan: