Kawan-kawan setia

Isnin, 17 Januari 2011

Perubahan kepada yang baik?

Mustapa Mohamed berkata hasrat UBN untuk merampas pentadbiran negeri itu daripada PAS bukan semata-mata kerana kuasa tetapi untuk membawa perubahan daripada segi pembangunan di negeri itu. Sebuah kenyataan yang lapok, perubahan kepada pembangunan?....pembangunan apa yang Mustapa mahukan?.....sedangkan negeri-negeri dibawah BN banyak lagi yang lebih mundur dari Kelantan. Kononnya beliau mahu menyelesaikan masalah banjir kilat, sistem perparitan, kebajikan rakyat, peluang pekerjaan, infrastruktur untuk pembangunan ekonomi dan kemudahan lain.

Semasa bercakap kepada media perdana, Mustapa berkata BN menjangkakan akan dapat merampas 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang memandangkan mood yang ditunjukkan oleh rakyat negeri itu lebih kepada BNberikutan kemenangan parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas 4 Nov tahun lepas. Bagi Mustapa BN telah lama membawa pembangunan kepada negara mengikut ajaran Islam.

1 ulasan:

acer berkata...

saling follow dunk
kalu mw http://easyonlinex.blogspot.com/ follow
nanti q balik follow