Kawan-kawan setia

Jumaat, 21 Januari 2011

PRK 2011...lawan tetap lawan


Pilihan raya kecil bakal berlaku di Melaka Bandaraya Bersejarah apabila Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia ekoran dari serangan jantung. Beliau meninggal di Hospital Pakar Putra, Melaka. Sebelum itu satu pilihanraya bagi DUN Tenang telah ditetapkan dimana penamaan calon akan diadakan esok 22 januari 2011. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi menegaskan parti itu tetap akan ‘bertarung’ menentang calon Umno pada pilihan raya kecil Dun Tenang ini. Menurutnya, walaupun ianya kubu kuat Umno, namun demokrasi dapat merubah segala-galanya. PAS telah menamakan Normala Sudirman sebagai calon yang bakal bertanding pada pilihan raya kecil Dun Tenang yang telah di umumkan pada 16 Januari yang lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon pilihan raya kecil Dun Tenang pada 22 Januari dan pengundian pada 30 Januari. Pilihan raya kecil DUN Tenang ini diadakan berikutan kematian Adun Tenang, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lepas.

Adakah pilihanraya DUN tenang akan menyaksikan ada pemimpin BN akan memungut buah kelapa sawit sebagaimana ada pemimpin utama BN yang sanggup menoreh getah di DUN Manek Urai dulu...inilah lakonan pemimpin BN yang seronok ditonton oleh rakyat.

Tiada ulasan: