Kawan-kawan setia

Rabu, 26 Januari 2011

Tahap mentaliti seorang Timbalan Menteri UMNO

Apa yang anda dapat katakan jika seorang yang bertaraf Timbalan Menteri merangkap Ketua Penerangan lagi mencabar kerajaan Pakatan Rakyat (PR) menurunkan harga minyak di empat negeri yang diperintahnya supaya tidak berlaku kenaikan harga barang. Beliau yang pernah menoreh getah di Manek Urai ketika kempen PRK dahulu, kini berucap sedimikian ketika berkempen di PRK Tenang di pekan Labis, mencabar PR, sila segera turunkan harga barangan seperti harga petrol di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan kalau dah rasa PR hebat sangat.

Agaknya Menteri ini
ternampak didepan dia dipenuhi oleh pelajar-pelajar TADIKA jadi padanlah dengan mentaliti TADIKA ucapan sedemikian. Atau Timbalan Menteri Menteri ini tidak dapat membezakan antara kuasa-kuasa kerajaan negeri dan kerajaan Pusat. Taraf seorang Timbalan Menteri sepatutnya tinggi, berilmu, rational....tapi ucapa sedemikian secara automatik menampakkan kedangkalan ilmu, ataupun lebih arah lagi cuba memperbodohkan orang kampong Tenang...

4 ulasan:

Fencesitter berkata...

Betullah apa yang dia katakan tu... kalau lah PAKATAN terror... TURUNKANLAH harga kat Negeri2 PAKATAN tu ... baru ada BUKTI... bila ada bukti barulah kami yang dudok ATAS PAGAR undi PAKATAN Habis habisan ..... kalo TAK LEH BUAT kami TOLAK PAKATAN HABIS HABISAN ... FAIR OR NOT... kami rakyat BIASA yang kurang tahu pasal POLITIK ni tertunggung2.

pasbangi berkata...

kalau abang yang cakap saya faham la...kalau menteri tak boleh terima, sebab menteri mesti bercakap secara negarawan...adil dan tidak bias, kalau nak bias juga buka title menteri berkempen sebagai ahli politik...baru adil,harga barang berpunca dari kenaikan minyak, kerajaan negeri mana ada kuasa nak menaik atau menurunkan harga minyak...atau kerajaan johor boleh menentukan harga minyak?...

pasbangi berkata...

saya heran jugak, yang menaikkan harga minyak yang menyebabkan harga barangan naik abang tak mahu humban...yang benci kenaikan minyak abng nak humban...abang ni siapa hah..

Once A Fighter, berkata...

pasbangi, kalau anda faham tentang ekonomi, pasti anda tidak akan menjawab sedemikian kepada Fencesitter.