Kawan-kawan setia

Jumaat, 28 Januari 2011

Tenang, peluang keemasan mempromosi Pakatan Rakyat

Selama ini Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan Keadilan terlalu susah untuk mendekati rakyat secara umum, berkumpulan bertujuan memberi pendedahan yang betul dan tepat mengenai Pakatan Rakyat. Sebelum ini wajah Pakatan Rakyat banyak dilukis oleh media UBN yang tidak benar, salah dan merapu. Lukisan yang salah menyebabkan rakyat nampak PR macam hantu, macam pontianak hisap darah, macam lanun, macam penjajah macam perompak yang datang untuk merompak mereka dan bermacam-macam wajah hodoh. Peluang ini perlu dimanfaatkan semaksima dengan menonjolkan inilah kita, pejuang kebebasan rakyat dari rantai besi UBN selama ini. PR jangan hipokrit macam UBN, bila bercakap depan orang Melayu dialah pejuang Melayu, sedangkan berapa banyak Kemelayuan tergadai selama 50tahun menerajui negara. Bila bercakap didepan kaum Cina, dialah pejuang bangsa Cina dalam segala segi disamping menuduh PR terutama PAS perkauman dan membenci kaum Cina. Hinggakan Puan Mala bersalaman memakai sarung tangan pun dijadikan isu, buat berkempen betapa perkaumannya PAS. Kalau depan kaum India pula dijanjikan kesenangan yang tak terjangkau dek rakyat kaum India.

Tak usahlah pergi menoreh gerah seperi di Manek Urai, pemandu pelancong di Bagan Pinang, dan memetik buah kelapa sawit di Tenang, lepas tu hilang lesap bersandiwara diKL. Biar PR jujur pada rakyat, inilah kita yang ikhlas berjuang melepaskan keperitan rakyat dari bermacam siksa kenaikan harga barang ekoran kenaikan minyak petrol dan disel.

Tiada ulasan: