Kawan-kawan setia

Ahad, 30 Januari 2011

UBN menambah majoroti kemenangan?...

Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi DUN Tenang bila calonnya, Mohd Azahar Ibrahim memenangi PRK ini dengan majoriti undi 3,707, mengatasi calon PAS, Normala Sudirman. Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi manakala Normala 2,992 undi. Sebanyak 71.8 peratus atau 10,579 pengundi daripada 14,753 pemilih berdaftar bagi pilihan raya kecil DUN Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup 5 petang tadi. Pada PRU12 yang lalu menyaksikan Allahyarham Datuk Sulaiman Taha menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi. Sebagaimana dijangka UBN akan memenangi PRK DUN Tenang setelah seluruh jentera kerajaan dikerah untuk memastikan kemenangan ini. PAS yang turun dengan serba kekurangan, tetap bersemangat, kerana bagi PAS kalah perkara biasa, menang satu bonos. Yang paling penting perjuangan yang ikhlas, memberitahu seluruh manusia perjuangan PAS selama ini. Sedikit sebanyak suara PAS sudah di dengar oleh penduduk Tenang walaupun belum sampai ke peringkat terjemahan ke peti undi. Bukan senang untuk menmbus hati-hati yang telah lebih 50 tahu dibuai angin UBN yang menjanjikan bermacam kemudahan dan kesenangan duniawi......
Apapun tahniah kepada UBN terutama calonnya Mohd Azahar dengan ucapan selamat menjalankan tugas dan amanah sebagai Yang berkhidmat. Amanah tak tertunai tahulah kamu di akhirat nanti....

1 ulasan:

VICKYFF berkata...

Best wishes! I have learned a lot from , across a range of subjects. I have enjoyed reading all the posts, as well as the comments.
Faucets Scarves