Kawan-kawan setia

Khamis, 10 Februari 2011

Menceroboh premis persendirian adalah salah

Apa yang boleh diambil pengajaran dan iktibar dari kes saman Dr. Mohd Hatta Ramli, Timbalan YDP PAS Rompin Mazlan Mohamed Yasin dan Ketua Pemuda Rompin Nazri Ahmad terhadap bekas Ketua Polis Daerah Rompin di Mahkamah Tinggi Kuantan semalam bahawa pihak Polis tidak boleh sewenang-wenangnya membelakangkan undang-undang yang septutnya dijaga oleh pihak berkenaan demi arahan politik jumud UBN. Saman berkaitan kes penangkapan terhadap pemimpin PAS semasa berceramah di premis sendiri pada 2004 lalu memang patut dikenakan memandangkan sikap segelintir pegawai tinggi Polis yang tidak profesional. Mengimbas kembali keputusan yang bersejarah yang memihak kepada pemimpin PAS ini dimana Hakim dalam penghakimannya pada 26 Ogos lalu memutuskan pihak polis telah secara salah menangkap Dr. Mohd Hatta Ramli, Mazlan Mohamed Yasin dan Nazri Ahmad ketika majlis berlangsung. Hakim dalam keputusannya berkata, pihak polis telah gagal menyatakan sebab penangkapan di samping ternyata bersalah menceroboh kediaman persendirian semasa penangkapan itu. Berikutan itu, hakim memutuskan defendan membayar ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi tauladan dan ganti rugi melampau kepada tiga aktivis PAS terbabit. Kes tersebut telah difailkan oleh mereka pada 1 Disember 2004 di Mahkamah Tinggi Malaya Kuantan. Plaintif memohon deklarasi bahawa penangkapan dan penahanan mereka pada masa ceramah tersebut tidak sah, terbatal, tidak berpelembagaan dan tidak mempunyai apa-apa kesan. Plaintif juga memohon deklarasi bahawa majlis ceramah yang diadakan di markas PAS Kawasan Rompin pada 10 Jun 2004 itu tidak memerlukan permit polis di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967. Selain itu, plaintif memohon deklarasi bahawa defendan telah bertindak melampaui batas kuasainya di bawah Akta Polis 1967 dan tindakan defendan tersebut adalah satu penyalahgunaan kuasa (abuse of power). Plaintif turut memohon deklarasi bahawa defendan telah melakukan pencerobohan ke atas markas PAS tersebut dan menuntut ganti rugi serta lain-lain relif difikirkan sesuai oleh mahkamah. Tahniah kepada Dr Hatta, Mazlan dan Nazri kerana berjaya mempertahankan hak sebagai rakyat Malaysia kali ini.

1 ulasan:

ray berkata...

www.sindromedetrol.blogspot.com