Kawan-kawan setia

Isnin, 21 Februari 2011

Perjuangan baru Bob Lokman

GMU mengalu-alukan kemasukan artis tanahair yang juga penulis lirik lagu 'Isabela, Bob Lokman ke dalam perjuangan PAS. Keputusan ini sangat besar kepada impak kehidupan dan karier Bob sebagai artis yang mencari sumber kehidupan melalui lakonan dan penulisan lirik. Bob mungkin akan digam dari menyertai atau dijemput berlakon sitkom atau drama. Namun tekad yang ada pada Bob sangat di puji, semoga beliau terus istiqomah kerana perjuangan yang diambilnya ini akan manyak menghadapi ujian dan pengorbanan.

Sementara itu Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, ketika dihubungi Harakah juga turut mengucapkan tahniah di atas keberanian artis terkenal yang juga berasal dari Kelantan itu. Kesediaan artis itu untuk bersama PAS cukup membuktikan parti yang memperjuangkan Islam itu tidak pernah menutup pintunya untuk mana-mana artis. Beliau bagaimanapun tidak terkejut dengan keputusan yang diambil Bob Lokman, memandangkan latarbelakang artis itu merupakan cicit ulama terkenal Kelantan iaitu, Tok Kenali. Apapun tahniah kami ucapkan di atas keputusan yang diambil dan berharap beliau mempertahankan sebaik mungkin keputusan yang diambil.
“Kita juga berharap beliau akan menjadi ikon kepada generasi muda dalam memilih cara hidup yang baik,”ujarnya.

Berita semalam melaporkan Bob Lokman telah membuat kejutan besar pada majlis Himpunan Pemuda PAS 30k bersama pimpinan tertinggi Pemuda PAS. bila beliau ke pentas menyerahkan borang keahlian menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar Kedah.

Syabas Bob

1 ulasan:

tommy berkata...

Semangat Bang Bob Lokman :)