Kawan-kawan setia

Selasa, 15 Mac 2011

Bekas plastik...punca kepada macam-macam penyakit

Kita setiap hari menggunakan plastik berbagai jenis dan jenama untuk kegunaan harian, samada bekas makanan atau minuman. Kita tidak pernah didedahkan dengan bahaya penggunaan plastik. Malah kebanyakan bekas makanan dan minuman diperbuat dari plastik. Dulu kita menggunakan tembikar dan kaca, atau kertas....bila zaman berubah bahan-bahan itu berubah kepada plastik. Hanya kebalakangan ini saja kedengaran usaha-saha pihak berotoriti dan bertanggung-jawab mengambil inisiatif menyedarkan rakyat tentang bahaya plastik kepada kesihatan. Walaupun sangat lembap untuk sampai ketahap itu tapi rasanya masih belum terlambat. Better late than never. Antara usaha pihak berwajib umpamanya hari Sabtu tanpa plastik, dimana semua pasaraya dan kedai-kedai yang mengambil bahagian, tidak menyediakan plastik bungkusan pada hari tersebut. Pelanggan kena bawa bakul sendiri atau membeli bekas tersebut dari pasaraya. Ia usaha yang baik dan patut disokong oleh semua rakyat. Terbaru kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012. Menurut Menteri Kesihatan, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak. Menurut beliau lagi kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat. Kalau kedai kopi menyediakan teh tarik atau kopi o dalam gelas plastik, dah hitam-hitam pulak tu...mintalah gantikan gelas kaca....bukan mahal pun gelas kaca namun lebih selamat. Kalau boleh tak mahu tengok lagi pesakit yang semakin ramai dihospital, tak cukup katil, tak cukup parkir, tak cukup doktor...puncanya ialah permakanan yang tidak sehat, bekas permakanan yang beracun...