Kawan-kawan setia

Rabu, 2 Mac 2011

DUN Kerdau dan karenah BN

Ahli UBN masih lagi tebal dengan kepercayaan karut turun-temurun bahawa UBN itu kerajaan dan kerajaan itu UBN. Dimana-mana pun kalau PAS, DAP atau PKR dicop pembangkang hatta di Kelantan dikatakan kerajaan pembangkang, Kedah kerajaan pembangkang, Pulau Pinang kerajaan pembangkang, dan begitu juga Selangor. Projek kerajaan pusat pulak dikatakan projek kerajaan UBN dengan disertakan logo sekali. Maka ahli UBN terutama orang-orang kampong menganggap jika PAS lawan UMNO dikatakan PAS melawan kerajaan dan boleh ditangkap. Sekali tengok nak ketawa dengan telatah ahli dan pemimpin UBN ni, sekali fikir lagi kesian, dizaman millennium ni pemikiran mereka masih lagi seperti katak bawag tempurung, tempurung tu pulak bawah tangga. Terbaru…di lokasi pilihanraya kecil DUN Kerdau masih lagi berlaku perkara memalukan orang Melayu angkara pemikiran katak bawah tempurung bawah tangga ahli UBN. Maka sesuailah jika Dewan Pemuda PAS menyerahkan memorandum bantahan kepada SPR berhubung kesalahan UBN menggunakan premis awam dalam kempen PRK Kerdau yang sedang berlangsung sekarang.

Memorandum yang mengandungi bukti bergambar itu diserahkan oleh Naib Ketuanya, Sabki Yusof kepada wakil SPR di pejabat suruhanjaya itu. Antara tempat yang didakwa disalahguna oleh Umno BN adalah, padang awam Teluk Sentang, Masjid dan Sekolah Rendah Batu Sawar, Dewan Orang Ramai Felda Jengka 23, Pusat Jalur Lebar Komuniti Jengka 25 dan Balai Raya Kuala Tekal. Kesemua premis-premis itu digunakan sebagai bilik gerakan BN. Pada sidang medianya, Sabki berkata tindakan UBN itu bersalahan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan SPR digesa segera bertindak.

1 ulasan:

leekonyou berkata...

kita xongsi-kongsi info ini....Rabu, 2 Mac 2011Parti China DAP Tak Risau PAS kalah, Tapi Sangat Takut Jika Umat Islam Tidak Berpecah-belah



Parti China DAP begitu gigih mengajar Parti Melayu Pas menyalak..
(grafik ehsan Media Permatang Pauh.blogspot)


Parti Melayu Pas telah hilang tumpuan. Inilah kesan kehilangan maruah dan terpaksa menanggung malu atas kekalahan demi kekalahan di PRK Bagan Pinang, Galas dan Tenang.


PRK Merlimau dan Kerdau menyaksikan Parti melayu Pas dan Gerombolan Pakatan Haram semakin menghampiri kemusnahan dan menunggu masa untuk masuk ke zon pupus.


Penolakan rakyat berlaku berterusan terhadap Gerombolan anti nasional ini. Bangsa Melayu yang juga umat Islam telah muak dengan slogan kosong dan retorik agama yang dimainkan oleh Pas. Manakala kaum China berasa takut dengan pendekatan membakar sentimen api perkauman DAP dan PKR hanya tinggal nama sahaja lagi dan semakin dilupakan.


Pertembungan sekali lagi Pas dengan UMNO-BN di PRK Merlimau dan Kerdau dengan jelas membuktikan Parti Melayu Pas telah hilang fokus dan strategi menawan pengundi menjadi kucar-kacir.


Sepatutnya Pas memberi perhatian utama terhadap pengundi-pengundi dengan menerangkan sejelas-jelasnya wawasan parti mereka. Pengundi ingin tahu apakah yang dapat ditawarkan oleh Pas sekiranya undi mereka diperlukan.


Malangnya Pas tidak memiliki apa-apa yang munasabah yang mampu ditawarkan atau sekurang-kurangnya sebagai janji manis bagi mengatasi UMNO-BN. Tawaran Parti Melayu Pas sangat penting untuk menawan hati pengundi kerana dalam masa yang sama. rakyat sudah sedia maklum mengenai hasil kerja UMNO-BN yang tidak perlu dijelaskan lagi.


Sebaliknya Pas mengekalkan tabiat lamanya menabur firnah, menyelewengkan fakta, mencipta isu dan cerita rekaan. Ini menyebabkan rakyat menjadi bertambah jauh dan menganggap Pas serta Gerombolan Pakatan Pembangkang sebagai Musuh Rakyat yang perlu dihindarkan.


Akhirnya, Pas mengambil pendekatan baru dengan mengabaikan pengundi-pengundi tetapi memberi tumpuan kepada UMNO-BN sepenuh masa. Mereka menubuhkan unit khas di bawah Regimen Gerombolan Haram yang dinamakan Skuad Kamera.


JASIN, 28 Feb: Jentera Pakatan Rakyat di Merlimau menubuhkan Skuad Kamera bagi memantau setiap kempen Umno BN yang didakwa berunsur ugutan kepada pengundi.


Pengarah Pilihan Raya PAS PRK Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, skuad ini telah menerima arahan semalam dan akan melaksanakan tugas mereka bermula hari ini.
Menurutnya, skuad ini akan mengekori ke mana sahaja pemimpin Umno BN berkempen dan mengambil gambar serta merakam pergerakan mereka.

Pada pandangan Pendita, Skuad ini hanyalah gimmik politik murahan Gerombolan Pakatan Haram sahaja. Mereka hanya ingin menyampaikan mesej kepada orang ramai bahawa UMNO-BN dikatakan merasuah dan mengugut pengundi.


Pas dan gerombolan Pembangkang tidak mampu lagi untuk berbohong, menipu dan memperdayakan pengundi. Mereka kehilangan modal politik yang berasaskan pembohongan kerana rakyat telah bijak menilai.


Semakin banyak pembohongan yang mereka sajikan, semakin terhakis hayat politik Gerombolan anti nasional yang menjadi musuh rakyat ini.


Kegagalan Parti Melayu Pas kali ini memang telah diduga. Perancangan dan strategi kempennya tidak menampakkan kesungguhan. Unit geraksarafnya meneruskan kaedah yang bercanggah dengan amalan demokrasi. Mereka masih mengeluar dan mengedarkan risalah fitnah untuk mendapatkan undi.


Pas tidak dapat lari dari berhadapan dengan kekalahan sekali lagi. PKR dan DAP akan menumpang sama keruntuhan yang pasti berlaku kepada pakatan mereka.



Bagaimanapun, DAP tidak risau Pas akan kalah, tetapi Parti China DAP ini amat takut sekiranya umat Islam tidak berpecah-belah.