Kawan-kawan setia

Jumaat, 11 Mac 2011

Hadiah rumah RM12juta kepada bekas PM?...dasyat...dasyat

Susah nak cakap...nak kata Malaysia kaya, hampir semua lebohraya bertol...maknanya Malaysia miskin, terpaksa mohon belas kesian rakyat membiayai lebuhraya yang cantik dan sempurna. Malaysia tak mampu membina kemudahan kepada rakyat tanpa syarat. Nak kata miskin...bagaimana Malaysia boleh hadiahkan bekas PM Tun Abdullah sebuah kediaman bernilai hampir RM12juta. Adakah ini boleh dikategorikan sebagai satu penyelewengan kewangan negara oleh pemerintah Malaysia?... Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS mendakwa, projek itu merupakan satu projek yang disembunyikan daripada pengetahuan umum kerana ianya tidak terdapat dan dalam Rancangan Malaysia ke-9 dan bajet 2010. "Memang ada satu peruntukankah yang membolehkan kerajaan menghadiahkan sebuah rumah kepada seseorang Perdana Menteri selepas beliau bersara? Setakat yang saya tahu tidak ada peruntukan itu" katanya. Mahfuz juga turut mempersoal kaedah projek berkenaan dibuat iaitu secara runding terus, dalam nilai yang tinggi. Dari sumber maklumat yang diperolehi kontrak itu telah diberikan kepada TRC corporation iaitu kontraktor yang membuat pengkalan kapal selam di Sabah. Kerajaan tidak harus sembunyikan perkara ini daripada pengetahuan rakyat dan wakil-wakil rakyat kerana ianya melibatkan cukai yang dibayar rakyat. Sewaktu perbahasan belanjawan 2010 di Dewan Rakyat petang semalam, Mahfuz membngkitkan perkara tersebut dan meminta Menteri Kewangan memberikan penjelasan. Bagaimanapun, Timbalan Menteri itu berkata, Kementerian tidak mengetahui mengenai kewujudan projek tersebut. Rumah tersebut terletak di Lot 65 seksyen 60, Persiaran Mahameru, sedang dalam pembinaan dan telah siap 20 hingga ke 30 peratus

2 ulasan:

otaklunyai berkata...

Tak pa boleh bagi... sebab melayu kan bodoh... mereka akan hanya mengangguk-anggukkan kepala hangguk mereka...

aisah/azman berkata...

MEMANG DAHSYAT GILER