Kawan-kawan setia

Selasa, 22 Mac 2011

Naik muak dah dengan karenah pemfitnah negara ni...

Menjelang Piliharaya DUN Sarawak, modal utama BN ialah menjatuhkan prestasi pembangkang melalui fitnah-fitnah yang akan disebarkan dari masa ke semasa. Bermula dengan video klip lucah terhadap ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau kononnya telah dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Febuari lalu. Siapa yang rakam...?, oh Anwar yang berpakat merakam video nya...lepas tu mengarahkan supaya videonya di sebarkan. Tidak lojik...tetapi ianya akan diputar-putar seantero Malaysia, dipromosi dalam semua media, disensasikan oleh pecacai-pecacai yang membuat komen perihal video tersebut.

kaitan berita:
"Tarikh adalah 21 Feb. Saya ada 'tweet' ketika itu yang dikaitkan dengan waktu tersebut" kata Anwar. Beliau menyifatkan video seks yang didedahkan pagi tadi sebagai fitnah yang diselaraskan pada peringkat tertinggi. Anwar juga berkata orang yang dirakam melakukan persetubuhan itu jelas mempunyai perut yang jauh lebih besar berbanding beliau. Sebagai bukti ketika sidang media Anwar dengan senyum bangun pada sidang media untuk membolehkan jurukamera mengambil gambar perutnya. Anwar percaya video fitnah itu mempunyai hubung kait dengan kempen Umno-Barisan Nasional untuk mencari kelebihan pada pilihanraya Sarawak. Klip video itu ditayangkan untuk pihak media yang terpilih pagi tadi di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 21 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

4 ulasan:

otaklunyai berkata...

a Allah Ya Tuhan Kami. Engkaulah Penguasa Yg paling Agung dan yg Paling Berkuasa. Kami hamba2 Mu memohon perlindungan dari segala fitnah dan kezaliman oleh golongan yg sesat ini. Berilah kami Ketenangan dan Istiqamah bermunajat kepada Mu dalam menghadapi dugaan Mu ini Ya Allah. Sesungguhnya hanya dengan izin Mu Ya Allah segala fitnah dan kezaliman ini terjadi. Oleh itu Kami memohon agar kami dan keluarga kami diselamatkan dari segala bala ini.

Kembalikanlah segala fitnah dan kejahatan ini kepada mereka yg bertanggungjawab dan yg terlibat melakukannya agar menjadi pengajaran supaya mereka tidak kembali kepada Mu dengan dosa besar ini. AMIN YA RABBAL ALAMIN..

nokiamymaxis berkata...

Amin!

mohammad shah hassan berkata...

"Menjelang Piliharaya DUN Sarawak, modal utama BN ialah menjatuhkan prestasi pembangkang melalui fitnah-fitnah yang akan disebarkan dari masa ke semasa. Bermula dengan video klip lucah terhadap ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau kononnya telah dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Febuari lalu. Siapa yang rakam...?, oh Anwar yang berpakat merakam video nya...lepas tu mengarahkan supaya videonya di sebarkan. Tidak lojik...tetapi ianya akan diputar-putar seantero Malaysia, dipromosi dalam semua media, disensasikan oleh pecacai-pecacai yang membuat komen perihal video tersebut."....fitnah dalam fitnah, mentaliti seorang ahli politik pembangkang bila menulis dgn nafsu dan emosi. Apa buktinya ini adalah fitnah? Itu hanyalah pendapat saudara yang telah dipengaruhi denial syndrom. Mudah mudahan Allah tunjukkan kita semua jalan yang benar....

mohammad shah hassan berkata...

apapendapat saudara dgn yg ini - http://novandri.blogspot.com/2011/03/gempar-penemuan-tweeter-di-mana-anwar.html