Kawan-kawan setia

Isnin, 21 Mac 2011

Peminjam PTPTN sila hadhir KUIS 3petang Ahad 27 Mac

Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan program Pertemuan Peminjam-Peminjam PTPTN pada hari Ahad, 27 Mac bermula jam 3 petang di Auditorium Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bandar Sri Putra, Kajang. Ketua penerangannya, Suhaizat Kayat berkata, pimpinan PAS dan ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) akan turut sama mendengar rintihan mereka.

Pandangan mereka, katanya akan dirumuskan selepas perjumpaan tersebut.

"Matlamat program ini adalah bagi mendengar sendiri rintihan daripada peminjam-peminjam PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional) yang sedang menghadapi tekanan bayaran balik," katanya. Jelasnya, pertemuan yang akan diadakan ini juga bertujuan bagi membentuk satu jawatankuasa bertindak mengatasi masalah yang mereka sedang hadapi.

PTPTN, ujarnya telah membelanjakan sebanyak RM37 bilion sejak 13 tahun yang lalu dan telah mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 4% dan sedang berusaha untuk membuat pindaan terhadap akta PTPTN yang bertujuan untuk mengetatkan lagi kawalan pembayaran balik pinjaman.

Menurutnya, faktor utama adalah kerana mereka tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan kos hidup yang meningkat setiap tahun khususnya di bandar.

"Diharap peminjam-peminjam PTPTN dapat hadir dalam pertemuan ini, seterusnya jawatankuasa yang bakal dibentuk dapat menyediakan plan cadangan kepada pihak kerajaan bagi mengatasi masalah yang sedang mereka hadapi. Semua peminjam PTPTN seluruh negara di jemput hadir," ujarnya

Tiada ulasan: