Kawan-kawan setia

Khamis, 10 Mac 2011

Sahabat UMNO mempetikai Islam lagi

Selepas isu bersalam dengan sarung tangan oleh calon wanita PAS, kini Soi Lek mempertikaikan pula isu mengharamkan judi di Kelantan. Nampaknya selama lebih 50tahun bersahabat, UMNO gagal mendidik sahabat karibnya MCA memahami hukum agama dan tidak meengganggu urusan agama orang lain. Sepatutnya UMNO ikut mempertahankan hukum agama yang dipertikaikan Soi Lek tetapi parti UMNO sekular-nasionalis itu bagaikan tidak peduli, bahkan seronok PAS dibuli kerana mengharamkan judi di Kelantan. Kenyataan TPM Muhyiddin Yassin terhadap serangan terbaru Presiden MCA, Chua Soi Lek ke atas PAS berhubung isu loteri di Kelantan bagaikan bulan jatuh keriba bagi UMNO sebagai peluang melihat PAS dicerca kerana mempertahankan hukum agama. Media cetak pada Rabu memetik Muhyiddin sebagai menyifatkan tindakan kerajaan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri, memperlihatkan wajah sebenar bagaimana PAS melayan masyarakat bukan Islam. Katanya lagi "Kita serahkan kepada masyarakat bukan Islam untuk menilai agaimana sikap dan pendirian kerajaan PAS dalam isu ini. Beliau mengulas kenyataan Soi Lek sehari sebelumnya yang membayangkan kemungkinan mengheret PAS ke mahkamah di atas tindakan parti itu mengharamkan judi diKelantan. Akhirnya nak tanya MCA terutama Soi Lek.."orang Cina memang suka berjudi ke?", rasanya tidak, hanya manusia yang berjiwa kacau saja yang suka berjudi. Jadi jangan jatuhkan martabat bangsa Cina dengan melebelkan mereka kaki judi....

7 ulasan:

Asim Shahzad berkata...

Very very nice post and very great information. This blog is very intresting and informative. keep it up dud!!!!!! very nice work

taio berkata...

superbschie

Khairul Amri Dalimunthe berkata...

Great blog..
Bagus sekali

-motiveme-
IND

aisah/azman berkata...

aliff, min, nun, wau.. aliff tendang wau, sarkis.. dialog sudin dalam pendekar bujang lapuk..

Mencari Sofia berkata...

Salam, YB Dr. Muslim dibunuh secara zalim di Bahrain, tidakkan terasa terpanggil untuk membela atau buat demonstrasi.....kepala pecah....kaki pecah....peluru serata badan....apa yang PAS buat ya....masih lagi mengisahkan politik dan kerusi....

Tolonglah perhatikan kerja yang lebih awla dan afdal...bukan dok pertikai hal Khairi....UMNO....Muslim di sana....dibiarkan.....

mohammad shah hassan berkata...

Kalau Lim Kit Siang atau Karpal pertikaikan perkara yang sama...seperti biasa Pok Nik Aziz akan cari hujah untuk menghalakan cara juga....tujuan utama adalah undi...dalam politik segalanya munkin....

mohammad shah hassan berkata...

Hmm...sahabat UMNO yer, "Negara Islam..? Langkah mayat saya dulu.... " kata Karpal Singh.
Paku Dulang Paku Serpih, bila tiba kempen pilihanraya, undi punya pasal dia (PAS) yg lebih...