Kawan-kawan setia

Isnin, 21 Mac 2011

Saman ekor, PTPTN, Tol....kenaikan minyak, membebankan rakyat

PAS menerusi presidennya sekali lagi menegaskan pendirian PR membantah keras pelaksanaan saman ekor oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia menyusah dan membebankan rakyat. Justeru, Datuk Seri TG Abdul Hadi Awang berjanji pihaknya akan menghapuskan peraturan saman tersebut sekiranya diberi peluang memerintah negara menerusi pilihan raya umum akan datang. Beliau menegaskan demikian di dalam ucapannya pada sesi ceramah sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno (HKR-PGU) Zon Besut - Setiu sebelum ini. Menurut TG presiden kesemua parti dalam Pakatan Rakyat berkongsi pendirian mengenai berbagai perkara membabitkan kepentingan rakyat termasuk isu saman ekor dimana PAS tidak setuju, DAP tak setuju, Keadilan (PKR) tak setuju. Yang setuju hanyalah Umno Barisan Nasional. Beliau malah secara sinis menganggap pelaksanaan sistem saman ekor itu sebagai bukti BN benar-benar menghayati slogan "Rakyat Didahulukan".

Memahami tekanan hidup rakyat yang semakin meningkat, maka PAS dan Pakatan Rakyat juga katanya akan mengkaji semula harga runcit minyak. Langkah itu diyakini akan turut menghalang kenaikan berterusan harga barangan keperluan harian lain. Pakatan Rakyat menjanjikan Negara Berkebajikan dimana segala kerunsingan rakyat kini akan di atasi bila rakyat memilih Pakatan Rakyat menerajui negara. Rakyat tertekan dengan harga minyak yang tak pernah turun, rakyat terbeban dengan PTPTN, begitu juga rakyat bosan bila kemana saja bergerak ditadah dengan tol....

Tiada ulasan: