Kawan-kawan setia

Jumaat, 25 Mac 2011

Satu catatan YB Bangi

Semasa turun padang dalam program YB Jumpa Kita ada seorang penduduk membuat aduan.

"YB Bangi datang sampai ke sini mencari aduan. Di tempat YB sendiri lampu jalan kat Bandar Baru Bangi dah lama tak menyala kenapa tak ambil tindakan? Dulu tak macam ini," dengusnya.

"Boleh saya tahu kat mana tu encik?" tanyaku cuba berhemah bagi mengawal keadaan.

"Dekat bulatan yang menghala ke UKM. Takkan itupun awak tak sedar?"


Masih marah nampaknya orang ini.

"Ini membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tidak tahu memerintah. Masalah lampu jalan pun tak boleh selesai ." tambahnya lagi tanpa memberi peluang kepadaku untuk menjawab.

"Begini encik. Maaf bertanya encik ada bayar road-tax tak?" aku bertanya.

"Huh! Kau ingat aku ni macam kau orang semua ke? Dahle makan gaji dengan kerajaan tapi jadi pembangkang pula."

"Kalau encik bayar road-tax encik cuba tanya pada JKR kemana dibelajakan duit yang encik bayartu kerana jalan itu dibawah penyelenggaran kerajaan persekutuan. Kami dah buat aduan kat TNB dan pihak mereka memberi alas an pihak JKR mempunyai tunggakan beratus ribu," jelasku padanya.

"Mereka buat belanja kat Merlimau dan Kerdau ," celah seorang rakanku acuh tak acuh.

Bukan sahaja di Bangi, yang dikuasai Pakatan Rakyat. Di tempat lain seperti di Johor ada tempat yang rakyat tak kenal seorangpun muka tokoh pembangkang, infrastruktur mereka teruk sekali. Jalannya berlopak disana sini. Mungkin menunggu wakil rakyatnya mati. Tetapi lambat lagi nampaknya. Wakil parlimennya belum berkahwin dan sangat aktif mengalahkan orang jantan

6 ulasan:

cipoi berkata...

yes...saya suka jawapan tue..tunggu tuan mati ker baru nak repair..sebagai adun yang dipilih..tuan boleh usahakan sesuatu..lagi satu tolong pantau masalah sosial dibangi...sebagai kawasan yang di naungi PAS... xder nampak beza pon dengan kawasan lain..masalh sosial makin teruk..hotel2 kecik dah tumbuh macam cendawan..pusat urut pon dah banyak...macam mana nie..dengan budak2 muda malam2 lepak kat MCD..kedai mamak... xkan nak tunggu JAIS jugak..

Choko berkata...

Assalamualaikum yb dr. shafie...
saya adalah salah seorang remaja yang tinggal di bangi ni dan sentiasa beraktiviti di kawasan tasik cempaka..
masalah di tasik ini pada sebelah malamnye terlalu gelap di sesetengah kawasan yang sememangnya ada lampu tapi tida cahaya atas sebab betapa x pedulinya pihak kerajaan terdahulu atas masalah sosial remaja kita..diharap agar yb menjengoklah ke kawasan ini sekali-sekala..

nokiamymaxis berkata...

Kenapa nak cakap jalan-jalan di johor pulak?? Sendiri jaga sendiri punya kawasan la !! Ada jer nak spin..apa bukti BN pakai duit rakyat untuk pilihanraya?? Jangan sebarang tuduh. Ingat BN takder duit ker? Aku pun bayar cukai jugak la.. Yang duit yayasan selangor makin susut tu apa pasal? Tak nak komen ker..aku tak suka divert isu tapi tengokkan perangai Dr yang suka divert isu, maka aku pun divert la ke Yayasan Selangor tu

M Syaifuddin Zuhri berkata...

salam kenal

L Garcia Muro berkata...

visit:
www.marriagewithgod.blogspot.com

dun26bangi berkata...

jiwa muda memang begitu. Penuh semangat. Namun jika ada kematangan fikiran maka jati diri pemuda yang dimiliki amat tinggi.Berfikir sebelum mengulas wajar diteteliti.