Kawan-kawan setia

Selasa, 22 Mac 2011

Seronoknya puak-puak Ashabulfil mengganyang Libya

Mengambil kesempatan dari kedegilan pemimpin angkuh Muammar Gadaafi turun dari kekuasaan puak-puak ashabulfil telah mengganyang semau-maunya Istana utama Pemerintah Libya, Muammar Gaddafi. Berdozen siri bom dihamburkan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) dan empat negara sekutu ashabulkahfinya dalam serangan terbaru semalam. Sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa diktator tersebut mungkin terbunuh bedasarkan istana beliau hancur lebur jadi debu. Kemungkinan juga akibat serangan tersebut anak keenam Gaddafi, Khamis komander tentera Brigade ke-32 mati dalam serangan tersebut. Serangan lewat malam itu memusnahkan sama sekali bangunan pentadbiran tiga tingkat yang terletak di dalam kawasan istana yang dikenali sebagai Bab Al-Aziziya itu.

Bangunan pentadbiran yang musnah itu terletak 50 meter dari sebuah khemah Badwi yang lazimnya digunakan oleh Gaddafi untuk menyambut tetamu negara. Kepulan asap dapat dilihat dengan jelas dari kawasan istana berkenaan. Namun kebakaran dikatakan tidak merebak walaupun serpihan konkrit berterabur di kawasan berhampiran.

Negara-negara Islam yang lain termasuk Malaysia yang kecil ini sepatutnya mengambil iktibar betapa dendamnya puak-puak ini terhadap negara-negara umat Islam. Bila ada kes sahaja yang membolehkan negara-negara Islam diperangi, secepat kilat mereka datang memusnahkan negara Islam. OIC....seperti biasa oh I see...lebih-lebih lagi bila dipimpin oleh ahli poloitik yang tiada semangat jihad, apa yang boleh diharap.

1 ulasan:

mohammad shah hassan berkata...

".....dihamburkan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) dan empat negara sekutu ashabulkahfinya dalam serangan terbaru semalam. Sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa diktator tersebut mungkin terbunuh bedasarkan istana beliau hancur lebur jadi debu...."
ASHABULKAHFINYA sepatutnya ditulis ASHABULFILnya....