Kawan-kawan setia

Rabu, 23 Mac 2011

Setujuuuu...

Semua orang yang bencikan fitnah berleluasa bersetuju dengan Karpal supaya pihak polis menahan segera dan mengambil tindakan keras kepada 'Datuk T' kerana terlibat menayangkan rakaman video lucah. Karpal berkata penayangan video bangang tersebut, bertujuan menggambarkan Datuk Seri Anwar mengadakan hubungan seks dengan wanita yang tidak dikenali, jelas menyalahi undang-undang negara ini. Selama ini kerajaan begitu serius menghapuskan penayangan, pembuatan, penontonan video lucah, tiba-tiba mempromosikan video lucah,...apa kes?. Tak heran lah Karpal mendakwa terkejut abila mendapat tahu polis belum mengambil apa-apa tindakan untuk menahan 'Datuk T' berhubung perkara itu. BUkan sahaja Karpal...semua orang terkejut dan heran dengan sikap double standard pihak berkuasa bersabit kes video ini. Macam pihak berkuasa seronok pula, bahkan menonton ramai-ramai mengalahkan wayang Hantu Kak Limah pula. Karpal berkata, tindakan lelaki misteri itu jelas melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam oleh Datuk T.... Siapa Datuk T?....Tan, Tin atau Tun

1 ulasan:

nokiamymaxis berkata...

Bila masa pulak kerajaan membenarkan tayanagn video lucah. 3 orang aka Datuk T tu bergerak sendirian ok. Takder mintak bantuan kerajaan pun