Kawan-kawan setia

Rabu, 13 April 2011

Abang Ahmad kebanggaan Bangi



Abang Mat atau handsome boy sudah mula merasakan kesibukan sebagai wakil rakyat dengan menziarahi rumah-rumah pengundi biarpun terpaksa berperahu 2 atau 3 jam. Sebelum ini abang Mat cuma mengiringi YB Dr Shafie dan turut merasakan tempias kesibukan Dr Shafie tetapi kini beliau sendiri menjadi hero sibuk tersebut. Beberapa hari lalu berlaku kemalangan rempuhan tiang letrik din DUN Beting Maro yang menyebabkan tiang elektrik terbalik dan hampir keseluruhan penduduk kawasan di Dun Beting Maro terpaksa bergelap. Khabarnya tiang elektrik tersebut patah dua akibat dilanggar sebuah van yang dinaiki Ketua JKK Kg Tambak, Sulaiman Zahari yang juga orang kuat PBB di salah satu ranting di Sitok.


Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang semalam apabila van yang dinaiki Sulaiman bersama anak saudaranya hilang kawalan sehingga kenderaan tersebut terbalik dan melanggar sebatang tiang elektrik sebelum terjatuh ke dalam parit. Selepas menerima berita kemalangan itu, sebagai calon PAS Beting Maro, Abang Ahmad Kerdi Masagus turut melawat mangsa yang kemudiannya dirawat di klinik berkenaan. Abang Ahmad yang lebih mesra dengan panggilan 'handsome boy' kali ini berkata, ini lah gambaran tahap kemudahan asas di negeri ini.

1 ulasan:

bellaluna13 berkata...

sila cek lampu2 yg tak terpasang di bbbangi,terutama dekat bulatan.. juga kesesakan waktu malam di seksyen 3 sbb ada meja atas jalan dan motorsikal parking bersepah..