Kawan-kawan setia

Isnin, 18 April 2011

Kenyataan Media: Peguam negara dijangka akan tetap mendakwa Anwar Ibrahim: Saifuddin Nasution

Saya merujuk kepada laporan yang memetik kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani bahawa siasatan videos seks telah lengkap dari setiap sudut dan ia menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah. Acryl juga dipetik berkata hasil siasatan itu akan diserah segara kepada Peguam Negara.


Kenyataan ini menunjukkan siasatan polis mendapati tidak ada sebarang asas undang-undang untuk mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam video tersebut kerana jelas beliau tidak ada kena mengena dalam isu. Ini selari dengan penafian Datuk Seri Anwar Ibrahim yang konsisten mengenainya.


Walau bagaimanapun kita yakin bahawa Peguam Negara akan tetap mencari jalan untuk mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah. Ini kerana seluruh episod konspirasi ini direka bertujuan menghancurkan kerjaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ini tidaklah mustahil kerana sebelum ini situasi sama berlaku dimana Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadapkan ke mahkamah atas dan difitnah atas dua tuduhan liwat, walau pun beliau tidak melakukannya. Parti Keadilan Rakyat kesal kerana pihak kerajaan terus menggunakan politik kotor, jijik malah menginjak batas agama dan peradaban kemanusian demi mengekalkan kuasa politik. Saifuddin Nasution Ismail Setiusaha Agung Parti Keadilan Rakyat 18 April

Tiada ulasan: