Kawan-kawan setia

Ahad, 22 Mei 2011

Tragedi tanah runtuh batu 14 Hulu Langat

Kesemua 25 mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat semalam akhirnya berjaya dikeluarkan.
Dari kesemua jumlah itu, 16 mangsa meninggal dunia manakala 9 yang lain berjaya diselamatkan.
Mangsa terakhir dikeluarkan kira-kira jam 5.05 pagi tadi.
Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua mangsa.
Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.


Bagaimanapun ia akan diteruskan jam 8 pagi ini bagi memastikan tiada lagi mangsa terperangkap.
Mangsa yang meninggal dunia di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat, katanya.


Pasukan mencari dan menyelamat membabitkan seramai 754 anggota daripada pelbagai agensi bantuan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), pasukan Smart, tentera 4 Divisyen, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan St John.


Kira-kira jam 2.30 petang semalam, seramai 25 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat.


Difahamkan ketika itu, kesemua kanak-kanak itu berada dewan makan rumah anak-anak yatim itu membuat latihan persembahan bagi satu program yang akan diadakan di madrasah itu.

Tiada ulasan: