Kawan-kawan setia

Rabu, 15 Jun 2011

BN sinonim dengan pembaziran?

Apa kerja Kementerian Pelancongan membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya. Anthony Loke (DAP-Rasah) membangkitkan mengapa sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma. Itu pun berdasarkan semakan terakhir beliau mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Kalau dibandingkan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang PR tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?”Kenapa belanja sebanyak itu?.......adusssss itulah yang rakyat katakan, BN sering membazirkan harta negara, menyusahkan rakyat. Sebelum ini pun kerajaan telah membazirkan wang rakyat dengan mengadakan e-mail 1Malaysia dengan menghabiskan wang rakyat berjuta-juta.....sedangkan e-mail boleh didapati secara percuma.

Tiada ulasan: