Kawan-kawan setia

Sabtu, 18 Jun 2011

Manusia luar biasa.....????

Berita dari Mahkamah KUANTAN semalam amat mengguris hati setiap manusia normal tentang seorang buruh berusia 45tahun, sudah beristeri empat dan mempunyai 15 anak, dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, kerana merogol kanak-kanak anak jiranya berusia 11 tahun. Luar biasa nafsu orang ini, orang biasa satu isteri dah cukup, atau dua isteri...sudah hidup bahagia dengan melayani nafsu seadanya... Hidup bukan untuk memuja nafsu tetapi melayani nafsu mengikut syariat. Empat isteri sudah memadai bagi sebilangan kecil orang yang perlu berbuat demikian, namun orang ini empat isteri belum cukup menundukkan nafsunya. Mana boleh beristeri lima, lalu di layan nafsunya mengikut selera iblis....dengan jalan yang bercanggah dengan syarak....

Yang boleh tabik tentang kejujuran lelaki ini dimana beliau mengaku merogol anak jiran tersebut. Berdasarkan fakta kes, dia mempelawa mangsa yang pulang dari sekolah menaiki motosikal dengan alasan mahu menghantarnya pulang. Bagaimanapun, lelaki ini membawa mangsa ke dalam semak berhampiran jambatan di Kampung Seri Damai dan terus merogol mangsa. Sebagai menutup gelagat iblisnya lelaki ini memberi mangsa wang. Namun rahsia itu terbongkar selepas keluarga mangsa menyedari berlaku kejadian itu lalu membuat laporan polis di Balai Polis Jaya Gading pada 8 Jun lalu. Lagi memalukan lelaki ini juga dikenakan hukuman penjara empat tahun kerana melakukan kelucahan melampau terhadap anaknya sendiri selepas dia mengaku bersalah merangsang anaknya yang berusia 7 tahun. Renung-renungkan la.....

1 ulasan:

Blog 1 Malaysia berkata...

luar biasa...







'Lubuk Emas' Terengganu dikhianati - Generasi muda dan generasi baru Terengganu adalah generasi paling bodoh dan tolol jika BN terus berkuasa..
>>>http://Facebook-1Malaysia.blogspot.com/<<<
>>>http://Blog1Malaysia.blogspot.com/<<<