Kawan-kawan setia

Selasa, 21 Jun 2011

Negaraku yang AMAN......

KOSMO hari ini memaparkan kejadian ngeri seorang kontraktor yang terpaksa menempuh detik-detik cemas apabila menjadi mangsa samun dua lelaki berparang ketika memberhentikan keretanya di tepi Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) berdekatan Tol Setia Alam di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 3.45 pagi itu, lelaki berusia 32 tahun itu kerugian hampir RM100,000 setelah kereta Honda City miliknya dilarikan oleh dua penjenayah terbabit. Selain kereta, beberapa barangan seperti dua unit telefon bimbit Sony Erisson, Smart Tag, dompet berisi wang tunai RM240 dan seutas jam tangan turut lesap. Beliau juga terpaksa menghadapi situasi yang memalukan bila dipaksa berbogel dan ditinggalkan di tepi lebuh raya itu di Kilometer 7.1 menuju ke arah Kuala Lumpur.

Moral of the story...jangan terpengaruh dengan ungkapan para menteri BN "negara kita aman sentosa, anda boleh ke mana saja tanpa gangguan", sebaliknya kemana saja anda pergi WAJIB berhati-hati.

1 ulasan:

Hamirdin b Ithnin berkata...

Tapi ada orang kata negara aman dan makmur. Tuan berani tinggalkan kasut baru di tangga masjid buat sementara untuk solat?