Kawan-kawan setia

Rabu, 22 Jun 2011

SPR dah kantoi....

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dicabar meletak jawatan selepas Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali membuktikan penipuan pendaftar pemilih.
Beliau berkata, rumah diduduki ibunya di Kampung Klang Gate memiliki 11 pemilih berdaftar iaitu enam Melayu dan lima Cina sedangkan ibunya tinggal berseorangan.
Nama yang didaftar di rumah ibunya ialah Mohamed Azmin Ali, Tan Teek Hock, Shamshida Taharin, Mohamed Azwan Ali, Lokman Abdul Rashid, Moufed Yazli Mohd Yazit, Aminudi Harun, Cgee Tom Yahaya, Tan Teek Fong dan Lim Hock Seng.
“Saya beri 48 jam, jawab atau letak jawatan. Turun ke Kampung Klang Gate, (tunjukkan) mana pemilih Cina dan India menetap di situ,” katanya yang menegaskan kawasan itu adalah 100 peratus diduduki orang Melayu.

Menurut Azmin lagi, penempatan Kampung Klang Gate tiada bangunan tinggi tetapi pemilih didaftar menggunakan alamat ‘pangsapuri’ atau ‘kondominium’. “Ada nama yang didaftar menggunakan (alamat) pangsapuri, sebagai contoh di rumah beralamat Blok 22-5-14,” katanya yang kemudian turut mengedar salinan daftar pemilih kepada media.

Dalam berita lain portal-portal berita StarOnline dan Malaysiakini mendapat respons yang mengejutkan bila kajiselidik pendapat pembaca 99% memilih setuju dengan perhimpunan BERSIH...ini bermakna dalam sejuta pembaca 900ribu akan menyertai perhimpunan bersih...Adakah ini tanda-tanda BN akan tumbang sebelum PRU.... Menteri-menteri BN jangan cakap besar sekarang rakyat semakin sedar, TV3 boleh belah....

Tiada ulasan: