Kawan-kawan setia

Sabtu, 2 Julai 2011

Bantah bersih, suka yang kotor.....

BERSIH belum satu pun buat perhimpunan, baru merancang, tapi yang menentang BERSIH (Pengotor), sudah berpuluh-puluh demonstrasi haram dah buat. Semalam media melaporkan kira-kira 1,500 orang terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro BN telah mengadakan demonstrasi secara aman (ohh pro BN dio cop aman...) dengan berarak dari Masjid Melayu Lebuh Aceh ke Komplek Tun Abdul Razak (Komtar), di sini. Perarakan sejauh kira-kira enam kilometer yang bermula 2.45 petang itu bagi membantah perhimpunan haram (dengan membuat perhimpunan haram, ...atau halal?, polis bagi permit) yang dijadualkan pada 9 Julai ini dan membantah pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng yang didakwa menyokong perhimpunan itu. Khabarnya sejurus tiba di Komtar, mereka berarak mengelilingi bangunan itu dan setibanya di Jalan Penang pada kira-kira 3.10 petang, kumpulan itu bertindak nekad dengan duduk di atas jalan raya selama 10 minit. Ha tu yang dia kata aman, mengangu lalulintas). Lebih memalukan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Mohamad Ezam Mohd Nor turut menyertai demonstrasi itu. Demonstrasi itu telah menyebabkan kesesakan di sekitar Georgetown dan banyak premis di sekitar Komtar ditutup. ha ha ha..... tu dia demonstrasi aman ala BN. Dengan manja dan kasih sayang, peserta perhimpinan haram ini diminta bersurai pada kira-kira 3.25 petang, namun kira-kira 30 orang daripada kumpulan itu bergerak ke Jambatan Pulau Pinang bagi mengadakan demonstrasi di tengah-tengah jambatan. Fikir-fikir la bagamana sika double standard pihak berkuasa dalam menangani demonstrasi antara pro BN dan pro PR, sangat berbeza. Tiada laporan tangkapan dibuat memandangkan mereka pro BN.

1 ulasan:

Zieqrie hashim berkata...

Tunjukkan ape yg bersih sgt dalam perhimpunan bersih tue...jgan menanam tebu di bibirlah...semua kotor belake..namepun perhimpunan haram..sedarlah wahai bangsaku..jgnlah biarkan diri dikaburi oleh diri sendiri...